Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Thursday, March 31, 2011

boto laa tuh....

KUALA LUMPUR: 01 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Berikutan itu, satu laporan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, polis menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kes itu. – BERNAMA

Wednesday, March 30, 2011

KAU BOLEHHHHH.....


persatuan belia dan beliawanis felda raja alias 3, telah menyampai sumbangan kepada adik NUR MASTURA AFIFI BIN ABDUL RASHID, pelajar Sekolah MenengahSeri Jempol yang telah mendapat 9A pada SPM 2010

Persatuan Belia & Beliawanis Merakamkan Jutaan tahniah dan syabas kepada adik Nur Mastura Afifi. Persatuan sangat bangga dengan pencapaian itu..dan pencapaian sinambungan daripada kejayaan cemerlang 3 orang pejar SMSJ yang telah berjaya mendapat 8A pada PMR 2010 yang lalu...

Semua mereka adalah anak peneroka Felda Raja Alias 3,yang dahulunya dapat ke tanah felda untuk mengubah cara hidup... tak sia-sia emak ayah menghantar mereka ke sekolah..Semoga kejayaan seperti ini dapat menyuntik semangat adik-adik yang lain untuk terus berjaya dalam akademik dan kokurikulom..

syabas...Nur Mastura Afifi...Nurshahida..Nurul Aqilah dan Alif Akma...sumbangan yang diberikan oleh persatuan hanya sekadar termampu...namun semoga dapat menyuntikkan lagi semangat mahukan kejayaan pada kalian dan rakan-rakan yang lain....


video

Monday, March 28, 2011

KOPERASI GENERASI BARU FELDA RAJA ALIAS 3 JEMPOL BERHAD

Atas rasa tanggungjawab dan ingin mengubah untung nasib, sekumpulan anak muda generasi kedua Felda Raja Alias 3 telah menubuhkan Koperasi Generasi Baru Felda Raja Alias 3 Jempol Berhad. Mesyuarat Agung Permulaan telah diadakan pada 27/3/2011 susulan setelah mendapat kelulusan penubuhan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 14/2/2011.


Berteraskan perkhidmatan, Koperasi Generasi Baru Felda Raja Alias 3 Jempol Berhad menyediakan Perkhidmatan Sewaan Khemah, Sewa Gelanggang Futsal Dan Kerja-Kerja Perladangan. Keporasi ini mensasarkan sehingga 1000 org ahli menjelang hujung tahun nanti. Dengan tertubuhnya koperasi ini, diharap dapat memberikan peluang pekerjaan kepada golongan belia terutama yang ingin tinggal dalam kawasan felda raja alias 3

Harapan besar, kepada pihak felda dapat memberikan sebarang peluang kepada Koperasi Generasi Baru Felda Raja Alias 3 Jempol Berhad sejajar dengan kehendak YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang ingin membangunkan potensi generasi baru felda


Friday, March 18, 2011

Apo Kono....

Isu Al Kitab: Mufti Perak bimbang umat Islam marah, tak puas hati

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.

“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.

Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.

Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.

Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.

Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.

Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.

Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.

“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.

Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.

“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?

“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.

Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.

“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.

Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.

“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?

“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.

Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.

“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya.


Apo yg eden heran mengapo kek Philipina dan Thailand indak heboh lak nak guno perkataan Allah....Apo kono kek sini beriyo bona nak guno...Eden harap kerajaan boleh menyolosaikan masalah ni dengan bijak....

Thursday, March 17, 2011

harga getah sekerap kena tsunami......





Lopeh balik dari prk merlimau....pastuh gi lak kursus kek jando baik...hari nie den mulokan balik kojo lamo den..iaitu motong gotah..satu-satunyo kojo yg den boleh dapek wat Phd kalau ado subjek tuh kek Universiti...

bangun pagi-pagi gosok gigi sambil menyanyi....
hati ado sonang...esok leh kutip hasil jual kek pmg,
dapek duek leh gi joli...
singgah kodai abg bd seperti biaso makan roti canai, minum air kopi..
Nak tersembur keluar semuo air kopi bilo ado sembang pagi...
diorang kato hargo lantun jatuh laie...

diorang kato laie,ini semuo kerano tsunami, org jopon tak boli laie lantun kini...sebab heboh dek kono tsunami...

Dalam hati den bersyukur..sbb kek malaysia takdo bencano alam....yg ado bencano kek sini ialah dakyah pembangkang yg suko tgk semuo org huru hara...syukur sbb sosiopolitik malaysia pun masih dalam kawalan..takdo huru hara gaduh sano sini..
Walaupon hargo gotah jatuh sedikit tetapi syukur alhamdulillah masih laie dapek motong...kalau kono tsunami kek sini mano laie nak cari makan...bersyukurlah..kerano malaysiaku aman dan damai

sesal yg tak sudah

Seorang peneroka menceritakan ..Ia bertemu dgn seorang sahabatnya bekas seorang ...peneroka yg lari meninggalkan rancangan kerana tak mampu menghadapi kesusahan diperingkat awal menjadi peneroka....
Beliau bertanya teman tersebut kenapa beliau keluar dari tanah rancangan.Jawab kawannya itu...masa mula-mula dulu susah,tiada air paip, saban hari terpaksa memikul air perigi dgn tong dari bawah bukit kira2 200 meter dari rumahnya...suatu hari ia tersalah arah sampai ke rumah jirannya....penatnya x terkata...
Hari ini bekas peneroka tersebut amat menyesal kerana tidak bersabar menghadapi dugaan awal sebagai peneroka felda.Bila melihat kawan2 di Felda sudah boleh hidup mewah sedangkan dia di kampung masih hidup miskin sebagai nelayan...

Wednesday, March 16, 2011

Nasib...oh Nasib....

13,000 GSTT Diambil Semula



KINABATANGAN 3 Mac – Nasib hampir 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditamatkan tugas baru-baru ini bakal terbela apabila kerajaan bersetuju mengambil semula mereka untuk berkhidmat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan berita gembira itu berkata, kerajaan telah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersetuju untuk menarik semula tindakan memberhentikan tugas kumpulan pengajar tersebut dan berusaha menempatkan mereka di kawasan yang memerlukan.

Bagaimanapun katanya, kumpulan GSTT tersebut harus bersedia ditempatkan di mana-mana kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara.

“Mereka inginkan jawatan ini, maka mereka juga harus bersedia untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung semula perkhidmatan GSTT yang ditamatkan pada akhir tahun lalu dengan tiada sebarang pelantikan baru bagi tahun ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, individu yang pernah memegang jawatan GSTT sebelum ini, terutama yang berkhidmat selama dua atau tiga tahun akan diberi peluang untuk terus berkhidmat.

“Kumpulan tersebut mempunyai pengalaman mengajar dan khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kumpulan GSTT yang diberhentikan itu juga akan diberi peluang menjadi guru terlatih dengan menyertai pelbagai kursus meningkatkan kemahiran yang disediakan kerajaan seperti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti.

Beliau berkata, penambahan kursus-kursus tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran mereka dalam mata pelajaran pilihan seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ditanya bilakah kumpulan tersebut akan berkhidmat semula, Muhyiddin berkata, arahan mengambil semula kumpulan GSTT itu telah dikeluarkan kepada pihak terbabit sejak dua bulan lalu.

“Ia kini dalam proses pengurusan logistik dan penempatan semula kumpulan GSTT tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengambilan GSTT kali ini akan dilakukan dengan lebih teliti dengan memberi keutamaan kepada mereka yang pernah berkhidmat.

Justeru, beliau meminta semua Pengarah Pelajaran Negeri dalam pemilihan nanti supaya memberi perhatian kepada individu yang telah berkhidmat sebagai GSTT sebelum ini dan hanya mengambil mereka yang benar-benar layak.

Apa yang aku nampak sudah 2 minggu, kenyataan ini dikeluarkan tetapi masih belum ada pekeliling yg dikeluarkan oleh kementerian untuk menangani masalah ini,...Menteri dah umum tetapi mana silapnya sampai hari nih 13,000 yang disebut masih tertunggu-tunggu??? atau perlu rombakan dalam kementerian pendidikan ke??? BERUBAH ATAU DIUBAH???

Wednesday, March 9, 2011

KEBENARAN AKAN TERBUKTI JUA AKHIRNYA

Mungkin saat yang ceria bagi Anwar kerana Hakim memutuskan untuk menolak 3 bukti ( Sabun, Tuala Good Morning Dan Berus Gigi ) yang padan dengan sampel MR Y...

Sekarang ini, hanya dengan keterangan dan kredibiliti Saiful Bukhari yang akan menjadi benteng terakhir dalam kes ini. Perlu diingat, kredibiliti Saiful sangat teguh, kerana peguambela GAGAL mematahkan Saiful. Juga keterangannya yang konsisten dari awal sampai akhir.

Begitu juga keterangan dan kredibiliti Pakar-Pakar HKL, masih releven untuk menguatkan kes ini dan menyokong segala dakwaan Saiful.

Dan Anwar kenas ingat, kerana KEBENARAN AKAN TERBUKTI JUA AKHIRNYA..." ALLAH TIDAK PERNAH MUNGKIR JANJI"

Seluruh mata tertumpu menantikan kesudahan sebuah kisah yg berherokan seorang yang bernama ANWAR IBRAHIM.....

*psttttt:- agaknya berapa lama lagi baru selesai kes nih?? asyik tanguh2...takut ker?? dh takde alasan nak tangguh lagi...dh tak payah gi parlimen wat nuaar mahupon peguambelanya....selamat berbicara sambil menyanyikan lagu " aku pulang ke sg buloh"