Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Tuesday, November 27, 2012

Semangat Yang Kembali....



Apo kono eh jang...ghamai-ghamai datang kek sini...apo nak buek laie cik oiii
kito orang nak donga mandat YAB Perdano Montori..
nak buek azimat...
nak  buek peniup semangat..
mudo esey ni ah..bukan mudo robung cik..
walaupon mudo sey ni nak cito kek acik ni..
dah siap sedio untuk hadapi pilihanrayo

berkocak kocak air diboting
limau manih ditaruk gulo
biar tercacak korih dan lombing
hanyo BN yang pilih juwo



tengok kanan, tengok kiri
hombus dopan,hombus belakang,
memang sey tabik lahhhhh...
badiri bulu romo..
punyolah semangat acik acik pempuan tuh sey tengok
meleleh airmato pon ado...
nyanyi lagu umno
memang osahhhhh meromang
kalau buleh esok juwo nak mangkah dacing
topi sey sobakan juwo sobab tunggu YAB PM umumkan dulu




Buek acik acik ni sey tabik kek acik acik...
inilah perjuang sejati yang tanpo mengharapkan sebarang bakti
dalam hati cumo sayangkan parti
TERBAIKKKKKKKKK

jom tengok gambar yang sompek sey ambik malam tadi.....














Last sekali sey nampak insan ni...macam kona..baru sey ingat
dio nilah yang selalu orang orang UMNO dok tunggu
coloteh dan nasihat yang diberikan
Ustaz Kamal Saidin pon mai juga...Alhamdulillah..

Sunday, November 25, 2012

Apakah Maksud MELAYU

apakah itu melayu,
melayu itu bertuhan
melayu itu bertuan
melayu itu bertaulan
melayu itu berpengetahuan
melayu itu budiman



jadi tak hairanlah jika ada pemimpin politik yang mendakwa bukan orang melayu
sebab memang perangai dan sikap mereka tak bercirikan orang melayu
malah sanggup bersekongkol dengan musuh melayu untuk menghapuskan sistem beraja
malah baru baru ini kita dikejutkan dengan doa yang mahu menghancurkan orang melayu
doa yang mohon musnahkan orang melayu
kononnya sangat zalim....menindas orang, tapi mereka tisak pulak menyatakan apa yang dah ditindas...
apa yang dizalimi...malah menuduh murtad


baru ni..AAJ ada buat posting mengenai sekeping cek yang tertera nama ABDUL RAHMAN BIN RAMLI (601104-05-5123)

pemilik cek ini adalah YDP PAS kawasan Jempol, yang juga seorang peneroka Felda Raja Alias 4

cek tersebut adalah pemberian durian runtuh kepada warga felda sempena penyenaraian saham FGVH,
ianya bukti kerajaan hari ini, yang diketuai oleh orang melayu, tidak zalim sampai nak menindas orang
yang beria ia menentang penyenaraian saham FGVH..sanggup berDEMO, menghantar bantahan
bagi mengagalkan penyenaraian tersebut..

Tapi mereka terlupa...bahawa melayu itu bertuhan...Allah MAHA Pengasih lagi MAHA Penyayang..
apa yang baik untuk melayu diperkenanKAN....

Terlalu banyak JASAMU....


Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad....!!!!

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!

Kredit: Kakibising

Mereka yang positif sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk insan lain dan lebih memikirkan kebaikan yang pernah dilakukan orang lain berbanding sedikit keburukan atas kekhilafan diri mereka yang juga manusia biasa. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang positif.

Share jika anda sayangkan beliau ♥
 http://www.facebook.com/photo.php?fbid=304199413029678&set=a.111997412249880.16165.111977605585194&type=1&theater

Saturday, November 24, 2012

Jadual Penuh perlawanan AFF suzuki Cup 2012



Jom Geng..kita ramai-ramai datang Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Mari Kita berikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya
Mari Kita sokong pasukan Negara Kita

Ayuh Harimau MALAYA.....ngaaaauuuuuuuuuummmmmmmmm....

Friday, November 23, 2012

APA.....di BAYAR...??ish ish ish...Patutlah....??



kih kih kih

Patutlah selama ini, setiap perhimpunan atau demo yang dianjurkan oleh Budak Bukit Ramun tu..ada je anak muda yang ikut...aku ingatkan pengaruh dia besar dan aura dia memang kuat...rupanya ada cerita sebaliknya


 setiap perhimpunan yang menggunakan anak2 muda rupanya ada udang disebalik mee goreng mamak...aku memang hairanlah betul ke anak anak muda ini mengikut telunjuk budak tu kerana nak berjuang demi Agama..sebab tengok pada wajah kesian mak ayah yang menghantar anak ke Universiti, mahu anak jadi orang yang berjaya...tapi anak membazirkan masa menyertai demontrasi yang tidak berfaedah


Dengar kabar ada yang tulis 2000 orang yg datang...maklumlah kalam dia....malaysiakini kata 700 je..tapi kawan kata 500 camtuh lah...



Rahsianya....lihat sendiri, gambar dimana peserta demontarasi ini sedang dibayar....aduiii..patutlah ramai....ingatkan memang nak demo...ada ongkosssssssss rupanya...??


 tapi musykil gak aku yang datang ni betul2 ke orang felda...atau org  yg kempunan nak jadi org felda...sbb kalau tgk muka...tak nampak bayang feldanya...



kih kih kih...tahniahlah kat budak bukit ramun tu....hari tuh nak serah tenggaroh kat DAP...hari ni...suap orang muda dengan duit untuk sama berDEMO....ini yang mendabik kata kata HERO...pirahhhhh


Thursday, November 22, 2012

Lagi BUKTI Umno Zalimmmmmmm......



aku dok tgk gambar-gambar dalam fb tetiba terjumpa lak gambar ni
sbbnya aku dok ingat dh hilang..sbb lap top kena virus hari tu...rupanyer ALLAH Maha pengasih dan Maha Penyayang maka dapatlah aku tunjukkan pada kawan-kawan bukti bahawa kerajaan BN/Umno tidak sezalim dan seburuk yang di dakwa oleh Pas dan sekutu PR nya

Gambar Cek ini...tertera nama ABDUL RAHMAN BIN RAMLI 601104-0505123 berjumlah FIVE THOUSAND ONLY iaitu RM 5000.00 kepunyaan Yang Dipertua PAS kawasan Jempol...Beliau merupakan peneroka Felda Raja Alias 04, dengar kabar hari tuh beliau adalah pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan ( BANGKIT )

Apa yg aku nak tulis...walaupon beliau adalah dikalangan orang yg kuat mendesak untuk membatalkan penyenaraian saham FGVH...Felda dan kerajaan tetap jugak bagi RM 5000.00...membuktikan kerajaan hari ni..tidak pernah mengenepikan hak peneroka dan warganya...

Felda dah cantik dan indah...felda dah jadi komuniti contoh...hasrat Tun Razak mahu melihat bangsanya keluar dari garis kemiskinan sudah berjaya...tapi sayangnya ada juga dikalangan bangsanya...yg mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin sanggup mengadaikaan perjuangan...dan menyalakan api kebencian terhadap kerajaan dan felda...kononya terlalu zalim menindas peneroka dan warga felda...

Cek itu tidak mungkin mampu bercakap...tetapi sebagai bukti Kerajaan Barisan Nasional dan Felda tidak pernah kejam dan zalim kepada peneroka...intai-intai dan tengoklah renungkanlah....


Wednesday, November 21, 2012

IKRAR PAKATAN RAKYAT UTK PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN LORD REID..

IKRAR PAKATAN RAKYAT UTK PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN LORD REID..


wakakakaa...abih semua org kg di jilat...kono muhung hidup2...mati berdiri diakalkan....dek Puckatan 

Lagi Bukti Felda Jual Minyak Sawit Ke..... Israel!!!


Ustaz Nor Azizuddin Abdul Manan wrote:
HUBUNGAN DAGANG M'SIA-ISRAEL : ISU PENJUALAN MINYAK KELAPA SAWIT

1. Alhamdulillah, seharian saya berada di hadapan laptop, mencari, mengkaji dan menyelidiki maklumat berkenaan hubungan dagang M'sia-Is
rael yag heboh diperkatakan. Puncanya bermula daripada laman blog Cikgu Bard yang mengatakan M'sia menjual minyak kelapa sawit kepada Isreal, bagaikan mendapat peluru ditangan, blogger dan pencacai "Syaitan Bertopeng Muka Manusia" menyalahkan BN dan Kerajaan M'sia atas isu ini.

2. Agak mencabar untuk saya menulis isu berkaitan ekonomi, pagi tadi saya ke Perpustakaan Awam P.Pinang Sbrg Jaya, saya mendapatkan beberapa buah buku mengenai ekonomi dan "bertapalah" saya disitu dengan anak sulung saya, Ihsan.

3. Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut, saya tegaskan disini bhw M'sia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Haram Israel, walaupun begitu berdasarkan kepada perjanjian Multilateral Trade Relations WTO yang dimetrai pada tahun 1995 (tahun itu juga M'sia secara sah menjadi Ahli dalam WTO, rujuk link :http://www.wto.org/english/thewto_e/countries_e/malaysia_e.htm). Perjanjian ini merujuk kepada hubungan dagang dlm pelbagai pihak dgn tujuan menggalakkan perdagangan bebas dalam dunia globalisasi. Satu lagi perkara yang paling penting dalam soal hubungan dagang M'sia-Israel terdapat satu terma yang dilaksanakan oleh Kerajaan M'sia iaitu : Mengikut Akta Larangan Kastam 1967,semua jenis barangan yang hendak dieksport/diimport ke/dari Israel memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Kem. Perdagangan A'bangsa & Industri (MITI).

4. Dalam ertikata lain, segala urusan import-eksport yang keluar dari M'sia ke Israel atau sebaliknya perlu mempunyai "alasan yang kuat untuk dibenarkan transaksi keluar-masuk barangan itu ke/atau dari Israel". Sebagai cth : barangan yang terpaksa diimport dari Israel ialah mesin2 teknologi tinggi yang tiada diproduksi di negara lain dan pengilang tidak mempunyai pilihan ,maka pihak pengilang mengimport teknologi itu dari Israel tetapi dlm pada masa yang sama mereka perlu melalui beberapa prosuder tapisan. Seperti yang dinyatakan dlm akta di atas, kerajaan M'sia juga perlu menjaga kepentigan kepada pengilang-pengilang atau pelabur2.

5. Perlu juga saya nyatakan pengilang2 @ pelabur2 yang mempunyai hubungan industri dengan Israel adalah terdiri dari pelabur2 luar negara (Foreign Investor) yang merancakkan ekonomi domestik. Teknologi2 yang dibawa oleh pelabur2 ini ada yang dalam proses pengeluaran dan ada yang berkaitan dgn teknologi yang berasal dari Israel , misalnya teknologi berasaskan mikrocip semikonduktor dan antara syarikat yang terlibat ialah Intel (sbg contoh). Andaikata kerajaan M'sia bertegas dalam soal ini spt mengenakan sekatan industri (embargo) tanpa memikirkan kerugian bakal ditanggung pengilang/pelabur2 ini, maka pelabur akan keluar dari Malaysia , impak masa hadapan akan menimbulkan keraguan pelabur2 asing yang lain untuk melabur di Malaysia (Bad Impression). Walau bagaimanapun kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan M'sia ini hanyalah sebagai langkah terakhir, dan pengilang2 ini tak boleh sewenang-wenangnya mengimport/mengeksport barangan2 dari/ke negara Israel tanpa melalui prosedur yang ditetapkan dalam Akta Kastam 1967 yang telah saya nyatakan.

6. Walaupun terdapat data yang dikeluarkan oleh Direktorat Jeneral Kesatuan Eropah Untuk Perdagangan (DGEUT sumber :http://ec.europa.eu/trade/about/) yang mengatakan M'sia adalah rakan dagang ke-25 (Import) dan ke-11 (Eksport) pada tahun 2010, perlu dinyatakan juga ia melibatkan syarikat2 luar yang melaburkan dan membuka perniagaan di M'sia sbg cth dalam isu Minyak Kelapa Sawit ini ialah Wilmar International Co. Ltd yang membuka 5 syarikat berorietasikan Minyak Kelapa Sawit seperti DUBOIS NATURAL ESTERS SDN BHD, NATURAL OLEOCHEMICALS SDN BHD, NATURAL SOAPS SDN BHD, NATURAL WAX SDN BHD dan PGEO GROUP SDN BHD. Bukan sahaja Wilmar I'ntl yang terlibat dalam industri minyak kelapa sawit malahan terdapat lebih 10 buah syarikat A'bangsa yang terlibat dalam industri ini bahkan syarikat2 ini juga pengeksport terbesar minyak kelapa sawit ke seluruh dunia termasuklah ke Israel. Jangan salahkan FELDA semata-mata dalam isu ini. Sumber : http://econ.mpob.gov.my/economy/exporters/EID_exporter.htm

7. Agak menarik perhatian saya dalam laman blog Cikgu Bard mengenai usaha Israel menyimpan stok minyak sawit hingga boleh mengawal harga adalah agak melucukan, kenyataan yang dibuat tanpa mengambil kira fakta pengeluaran negara2 pengeluar sawit di dunia dan jumlah import minyak sawit Israel berbanding negara2 lain menunjukkan kebodohan yang nyata. Data daripada Indexmundi.com jelas menunjukkan M'sia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit ke-5 TERBESAR diDUNIA dalam ISRAEL sebenarnya tidak terdapat langsung dalam senarai negara2 pengeksport minyak kelapa sawit. Sumber :http://www.indexmundi.com/agriculture/?commodity=palm-oil&graph=production

8. Masakan mungkin Israel mahu menjadi spekulator dalam menentukan harga minyak kelapa sawit dunia sedangkan masih terdapat 10 negara terbesar pengeluar minyak kelapa sawit dunia yag menjadi "pemain" dalam industri ini termasuklah M'sia. Fakta ini boleh jadi bakal memakan kembali daging lidah Cikgu Bard kelak.

9. Pencacai PAS yang 'amuk' dalam dinding fb saya tanpa usul periksa, kaji selidik sekaligus membuat konklusi mengatakan bahawa "Malaysia menghantar minyak sawit TERUS ke israel.
(dari Tanjung pelepas Terus ke israel) sedangkan di Malaysia tk cukup minyak sawit. Minyak sawit yg dihantar ke israel tu diambil dari mana? Dari byk tempat dlm malaysia ni, FELDA adalah salah satu daripada nye... (Sumber IOI Group) apa kaitan nye?". Inilah tahap mentaliti pencacai PAS dan Pakatan, sedarkah mereka bahawa urusan pembekalan minyak kelapa sawit berlaku di kilang, pelabuhan adalah tempat produksi penyerahan bekalan yang dibeli oleh negara2 lain untuk dibawa dengan kapal ke sana. Dakwaan M'sia menghantar terus minyak kelapa sawit itu menimbulkan persoalan, syarikat mana yang terlibat dlm urusan penjualan itu (selain FELDA) dan syarikat mana di Israel yang menerima pesanan minyak sawit tersebut ?. Selain Felda, telah saya nyatakan terdapat lebih 10 syarikat lagi yang terlibat dengan industri, rujuk link diatas. Jika FELDA terlibat dalam penjualan minyak sawit ke Israel, saya pasti FELDA telah mematuhi prosedur dibawah Akta Kastam 1967. Tetapi, Dato' Ahmad Maslan menafikan segala produk FELDA pernah dijual ke Israel tetapi wujud penjualan ke Palestine.

10. Jika masih mahu mengatakan FELDA pernah menjual minyak kelapa sawit ke Israel, ianya melibatkan Pelabuhan Ashdod, Israel kerana sebuah syarikat di Palestine iaitu Ajjawi Commercial Stores Company telah memesan barangan itu daripada FELDA. Mengapa menggunakan pelabuhan Ashdod ?, hal ini kerana Isreal mengenakan embargo laut, udara dan darat ke atas Palestine, jadi segala penghantaran barangan ke Palestine mesti melalui pelabuhan Israel terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke Palestine melalui jalan darat Israel.

11. Fakta yang menarik yang boleh dikongsikan bersama ialah, Palestine juga mempunyai syarikat pengeluar minyak kelapa sawit iaitu Vegetable Oil Industries Co. (VOIC) yang bersekutu dengan Palestine Industrial Invesment Compame (rujuk link : http://www.piico.ps/etemplate.php?id=66) tetapi bahan mentah untuk memproses minyak kelapa sawit itu didapati daripada syarikat IFFCO yang berpusat di Dubai UEA yang mana syarikat ini telah menjalinkan hubungan dengan Felda Global Venture (FGVH). IFFCO merupakan rakan dagang M'sia-UAE yang berasaskan minyak kelapa sawit, rujuk link : http://www.iffco.com/iffco_international_malaysia.html. Jadi tidak hairanlah jika minyak kelapa sawit ke Palestine dihubungkan melalui Ashdod dek kerana embargo yang dikenakan oleh Israel. Dalam pada masa yag sama juga, M'sia turut menyumbang dalam perkembagan ekonomi Palestine !, ini FAKTA !.

12. Kesimpulannya, kadang2 saya terfikir juga, jadi pencacai Pakatan amat senang sekali, hanya perlu "dengar" kemudian "publish" tanpa mengambil kira fakta, data dan analisis Itulah bahananya jika akal mendahului ILMU. Jadi, memang munasabahlah ALLAH menurunkan wahyu pertama yang dimulai dengan IQRA' dalam ertikata lain ALLAH mahu manusia ini mengkaji, menyelidik, menganalisis dan sebagainya bukan semberono membuat interpretasi dan konklusi tanpa ILMU.

p/s : saya bukan menunjuk pandai dalam bab ekonomi tetapi melihat 'kebodohan' melampau pencacai PAS dan Pakatan membuatkan saya rimas dengan karenah mereka. Allahumma Asyhad !.
WTO | Malaysia - Member information
wto.org
MEMBER INFORMATION: Malaysia and the WTO - This page gathers key information on Malaysia's participation in the WTO. Malaysia has been a WTO member since 1 January 1995.
 Sumber:http://www.facebook.com/groups/jombersamawargafelda/permalink/368213563272662/


Badar Amal berani ke pergi berjuang di GAZA..??


" Malaysia Sedia hantar TENTERA Pengaman" demikianlah yang diujarkan oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sekiranya terdapat permintaan daripada PBB untuk mewujudkan keamana Di GAZA. malah Tentera kita mempunyai rekod yang baik ditahap kehadapan untuk mewujudkan keamanan contohnya pasukan Sementara PBB di Lebanon ( Unifil )



tetapi lain yang berlaku didalam negara kita, Parti yang melaung laungkan kononnya memperjuangkan islam, yang berdabik dada melaksanakan islam mendoakan kehancuran kepada saudara mereka sendiri..
" Apakah mereka terlupa..?? Ada ayah yang isteri dan anaknya berada dan menyokong UMNO dan BN, Apakah Orang Muda yang terpesona dengan dakyah PAS lalu menyokong perjuangan mereka...terlupa...yang ayah dan ibu mereka orang UMNO dan BN...???"

Tergamakkah..Ayah mendoakan kehancuran untuk darah dagingnya sendiri??
Tergamakkah seorang Anak mendoakan kebinasaan kepada Ayah Dan Ibu mereka??

PAS sudah terpesong daripada perjuangan
                           PAS sudah tersesat dalam jalan yang terang

Sahhhhh....Minyak Felda Ke Israel..!!!


YB Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir menjawab soalan Dr MAZA melalui  twitter, dimana minyak sawit yang dihantar ke Palestin untuk  sebuah Syarikat muslim yang berdaftar di Palestin melalui pelabuhan Ashdod, di Israel. mungkin dengan terbukanya sepadan Mesir-Gaza dai Rafah dibawah kepimpinan Mesir yang baru akan memudahkan penghantaran mintak sawit kepada rakyat palestin...

sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3754988604892&set=a.1954589076029.2089962.1581763689&type=1&theater

Boikot Facebook???


Dalam isu boikot ni... aku suka amik jalan tengah... Aku memang tak suka mekdi sejak azali.... Franchais Mekdi di Malaysia dimiliki oleh Berjaya Group, yang juga pemilik Sport Toto...

Dari segi perniagaan, Mekdi adalah syarikat Amerika sama macam Starbucks, Coke, Pepsi dan lain-lain... Jika nak boikot produk Israel atau Yahudi... pertama-tama perlu korang boikot adalah Facebook yang jelas lagi ternyata terang takyah suluh, Mark Zuckemberg tu seorang Yahudi malahan kerajaan Israel adalah kerajaan pertama dalam dunia yang menyediakan pages dalam FB.... So.. Berani boikot FB????

Kedua.. Penyumbang cukai asing terbesar Israel adalah Intel... tahukah korang kebanyakkan prosessor Intel dikeluarkan di kilang mereka di Israel, dihantar ke Malaysia hanya untuk packaging sahaja??? At least wafer buat di Israel... lain2 dibuat di negara ketiga seperti Malaysia....

Mekdi juga menyumbangkan donation pada rakyat Malaysia sama seperti sumbangan mereka pada rakyat Israel seperti Schneider Children's Hospital, Make A Wish Association, dan The Fighting Cancer Association... Di Malaysia, Ronald McDonald House Charities sendiri menyumbangkan ratusan ribu ringgit antaranya seperti menyediakan Ronald McDonald House di PPUKM bagi tempat tinggal tinggal keluarga yang susah semasa anak di rawat di PPUKM... Begitu juga dengan Biasiswa Tunas Wawasan untuk pelajar miskin... Persoalannya, perlukah kita memboikot semata-mata Mekdi ada cawangan di Israel dan menderma untuk rakyat Israel....

Sukalah aku merujuk pada sejarah Mekdi di Israel, Mekdi hanya membuka cawangan di Israel pada 1993 berikutan boikot Liga Arab terhadap Israel... bermakna Mekdi juga menyokong boikot terhadap Israel semasa Liga Arab memboikotnya dahulu... Malahan sehingga hari ini, Mekdi tidak membuka cawangan di Bukit Golan dan Tebing Barat malahan Mekdi Israel juga mengajikan ramai pekerja Arab di Mekdi malahan mempunyai cawangan dalam kawasan Palestin...

kalau betui nak boikot Israel.... mulakan dengan memboikot Facebook selama sejam diseluruh dunia.... tetapkan tarikh, dapatkan sokongan, take time dan tutup Facebook.... Kita juga boleh menyatakan bantahan kita pada Israel dengan memadamkan lampu selama sejam dan berhimpun ramai2 di Dataran Merdeka dengan membawa sebatang lilin... sebatang lilin menerangi alam...

McDonalds-Israel owner and general manager, Omri Padan, said in an interview published in the Israeli newspaper Ha’aretz on January 15, 1998 that,

“McDonald’s-Israel neither did nor will open a branch at any Israeli settlement beyond the Green Line [the 1967 borders]. Already when I was the general manager of Kitan Textiles I told the board I would resign immediately if they move to open a plant on the West Bank. I have the privilege of not needing to compromise on my principles.”

Persoalan yang ingin aku tujukan... Adakah anda bersetuju dengan Omri Padan ini??? Sekalipun dia seorang Yahudi di Israel... Dia menentang perluasan sempadan haram oleh Israel.... Perlukah kita boikot Mekdi dan menambah seorang lagi musuh yang sebelum ini Pro-Keamanan?


Sumber : http://www.facebook.com/kernelstackdump/posts/4351366655766

Monday, November 19, 2012

Dh Sampai Serting....


Debaran Generasi Baru Felda Raja Alias 1,2,3 dan 4 akan berakhir bila hari ini upacara penyampaian cek Durian runtuh Fasa 3 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semasa Himpunan Generasi baru,Di UITM Shah Alam pada 10 November 2012 yang lalu...akan berlangsung seperti berikut:-
1. Sesi Pagi - Felda Raja Alias 1 & 2
                               2.Sesi Petang - Felda Raja Alias 3 & 4


Majlis penyerahan cek akan berlangsung di Dewan Serbaguna Felda Raja Alias 2 dan majlis dijangka akan disempurnakan oleh YB Dato Shamshulkahar Bin Mohd Deli, Exco pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan,merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting


Seramai 1700 orang penerima cek dijangkakan, dan melibatkan RM 8.5 juta.

terima kasih YAB PM
terima kasih diatas pemberian Durian Runtuh...


Bicara UFB tentang doa PAS hancurkan UMNO




jelas sangat sangat


Sunday, November 18, 2012

Tolak,Tolak,Tolak....Zalim





CIRI ORANG @ KERAJAAN ZALIM;

Menurut al-Quran, ciri-ciri kezaliman ialah dengan mendustakan atau menduakan (mensyirikkan) Allah s.w.t ataupun yang mengingkari dua kalimah syahadat yang dituntut sebagai asas utama bagi menentukan sama ada beriman atau kufurnya seseorang itu. Tegas kitab suci, jika seseorang itu mendustakan Allah s.w.t, ia adalah manusia yang zalim. Ini dijelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat besar. (Surah Luqman, ayat 13).

Ciri kedua, sesuatu perbuatan atau tindakan itu dikatakan zalim kerana ia terkeluar daripada prinsip-prinsip kemanusiaan. Contohnya, membunuh orang sesuka hati atau melakukan sesuatu tindakan yang di luar perikemanusiaan. Ada yang menganggap bahawa kerajaan zalim kerana meruntuhkan rumah atau tempat ibadat yang didirikan di atas tanah milik kerajaan walhal pada pandangan Islam, mereka yang menceroboh itu sebenarnya lebih zalim daripada mereka yang merun
tuhkan rumah tersebut.

(ΜOOD: PELIK KENAPA PAS XGUNA CIRI-CIRI NI)
*hanya ingin berkongsi
 —

sumber:http://www.facebook.com/gonzolwan/posts/3885052372571

Syiah Bergerak Bebas Meracuni PAS??


 Samurah bin Jundub ra berkata, bahwa 
Rasulullah saw telah bersabda:
 “Janganlah kamu saling* melaknati dengan laknat Allah, dengan kemurkaan Allah, dan jangan pula kamu saling melaknati dengan siksa neraka.” (HR. Abu Dawud dan Urmidzi, dan dia berkata bahwa hadis ini hasan shahih).

Abi Darda’ ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Apabila seseorang melaknati sesuatu, maka l
aknat itu akan naik ke langit kemudian seluruh pintu-pintu langit dikunci. Lalu laknat itu mengambil posisi ke kanan dan ke kiri. Bila tidak ada tempat kosong, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang dilaknati bila dia pantas untuk mendapatkan laknat Tetapi kalau orang yang dilaknati tidak pantas mendapat­kan laknat, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang mengucapkan laknat tersebut.” (HR. Abu Dawud).

Solat Hajat beramai ramai yang dianjurkan oleh PAS, yang mendoakan kehancuran orang BN dan UMNO, menampakkan politik dendam,busuk hati dan khianat. Apakah Ahli PAS sendiri tidak sedar bahawa dalam UMNO dan BN ada juga saudara mereka? Isteri Mereka? Anak Mereka..? Apakah mereka mahu melihat saudara mereka ditimpa bencana daan kecelakaan??..suatu perbuatan yang tidak masuk akal bagi orang yang mengamalkan ajaran islam yang tulen

Hanya syiah sahaja yang mahu melihat orang islam dari sunnah dihancurkan...seperti yang ingin PAS lakukan??...apakah ajaran syiah telah merebak begitu cepat didalam PAS...hingga terlupa kewajiban terhadap saudaranya sendiri....SYIAH semakin bertapak didalam PAS dan tidak hairan mengapa MAT SABU sanggup ke SYRIA....??

Monday, November 12, 2012

Felda Dihati,Janji Ditepati Wilayah Segamat



Jelajah Tranformasi Felda kini berada di Felda Pemanis 2,Wilayah Segamat...berbagai acara diatur
seperti sukaneka, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata percuma, pameran dari jabatan dibawah Felda.



Pendaftaran menjadi sahabat iktiraf oleh Seranta Felda



Pemeriksaan Mata dan Pemberian cermin mata percuma





Saturday, November 10, 2012

Sabotaj Himpunan Generasi Baru Felda??

 1-apa yg DAP buat sekarang

-pecah belahkan melayu mengunakan pas...
-mengunakan pengaruh pas dan pkr utk menawan putrajaya melalui PR

2-apa yg akan DAP laksanakan jika berjaya menang PRU 13 melalui persepakatan dgn pas dan pkr (PR)

-mengurangkan harga keperluan asas spt minyak gula,beras dan lain2
-hapus kan tol dan mengurangkan herga kereta di pasaran tempatan
-berikan pendidikan percuma
(semua ini akan terlaksana dgn bantuan dana asing)
akibatnya..a) rakyat akan gembira sehinga memuja kecekapan pentadbiran DAP dan PR


b)percambahan ekonomi negara akan rancak dlm masa tidak sampai setahun melebihi pencapaian terbaik yg kerajaan BN pernah lakukan
selepas 3 tahun DAP akan melaksanakn PRU 14....dan pasti akan menang melebihi majoriti 2/3 parlimen kerana rakyat terlalu memuja cara pentadbiran DAP yg berkebajikan penuh pada rakyat nnt






TAPI WAJIB DI INGAT

masa itu lah DAP akan memulakan segala pra perancangan mereka selama ini

dgn kuasa melebihi 2/3 parlimen DAP boleh mengubah perlembagaan negara

-tiada lagi islam agama persekutuan
-melayu hilang hak exclusive 
-kuasa raja2 akan di hapuskan
-bubar kan ATM
-tanah rezab melayu dan tanah2 felda yg kini rezab melayu akan di buang status rezab melayu dan boleh di jual beli oleh bukan melayu
-menghapuskan istilah negara persekutuan dan di tukar pada republik
-mengimport warga cina dr luar utk menjadi warganegara malaysia spt yg singapore lakukan 50 tahun dulu...yg akhirnya mereka akn jadi kuasa majoriti malaysia mengalahkan bangsa melayu

jangan percaya kata abe polong ini2 ini adalah auta dr abe polong....
tapi inilah yg abe polong lakukan jika abe polong adalah LIM guan eng (DAP)