Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Friday, January 18, 2013

Panassssssss... YB Pakatan Disimbah Minyak Panas...??






BACHOK: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu. 
"Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat. 


Awang Adek berkata bantuan BR1M 2 yang membabitkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. 

Katanya pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank. 

"Kesemua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira agama dan fahaman politik berhak menerimanya," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok. - BERNAMA

Thursday, January 17, 2013

Osah la...Ustaz Fathul Bari Pon Kahwin Lari Ko...??

Semalam, para pecacai Pakatan Rakyat cuba bikin gempar dan cuba memalukan Fathul Bari, pemimpin muda UMNO yang sangat lantang menyanggah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin dan para pengikut PAS.

Beramai-ramai ler mereka menyiarkan sekeping surat pengesahan pernikahan antara FATHUL BARI dengan ISTERI KEDUAnya, MARIA JOY ERLANO dengan harapan persepsi dapat dibina, kononnya Fathul Bari melarikan anak dara orang dan bernikah di Thailand, destinasi popular untuk pernikahan yang lebih mudah berbanding di Malaysia.
Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Fathul Bari Sendiri mengenai kes tersebut

                 

Berbeza dengan kes-kes popular melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim yang membawa lari anak dara orang dan diancam muncung senapang oleh bapa mertuanya, Fathul Bari pula tidak berbuat begitu. Dia sebaliknya mengislamkan seorang wanita Kristian, melalui pelbagai halangan dari negara asal wanita tersebut untuk pengesahan pertukaran agama dari Kristian ke Islam, berkahwin dengan saksi abang wanita berkenaan yang terlebih dahulu masuk Islam, dipinang oleh abang wanita berkenaan, bahkan membawa isteri pertama dan keduanya untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Ramadhan tahun lepas, Fathul Bari telah pun membuat kenduri perkahwinan dengan isteri keduanya secara sederhana atau lebih tepat lagi, berdasarkan kemampuannya. Justeru, bagi ANJING PENJILAT DAP yang cuba menyindir, kononnya elok kalau Fathul Bari membuat majlis perkahwinan besar-besaran di PWTC, Fathul Bari telah menawarkan kepada mereka untuk menjadi dan mencari penaja untuk tujuan berkenaan.

Dan memandangkan para pecacai Pakatan hanya mengeluarkan sekeping surat yang bertujuan untuk menimbulkan persepsi dan berkecenderungan melakukan fitnah, Fathul Bari telah membenarkan blog ini menyiarkan sebahagian lagi dokumen yang berkaitan untuk 'kemudahan' puak-puak berkenaan... dan ianya merupakan salinan daripada dokumen-dokumen sebenar, bukannya photostat!!!










Dan untuk pecacai Pakatan yang seronok sungguh dengan sekeping surat pemberian orang dalam Jabatan Agama Islam Terengganu itu untuk disiarkan, Fathul Bari juga ada doanya kepada mereka walaupun dia tidak berhajat untuk menyaman mereka. Doa tersebut diambilnya daripada doa Syaidina Saad bin Abi Waqqas r.a, seorang Sahabat Nabi s.a.w ketika dikatakan tidak menjalankan tugasnya dengan baik oleh seorang lelaki.

"Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya mereka ini pembohong dan pendusta dan bertujuan jahat, maka panjangkanlah usia mereka, panjangkanlah kefakiran mereka, dan timpakanlah ke atas mereka fitnah."

semua sumber ini aku ambil dan boleh didapati di the flyingkick.blogspot.com (Disini) 

Saksikan Kemalangan Ngeri...Bukan Setakat Tersepit,Terhimpit & Tergadai Body


PAS SENTIASA BERADA DI DALAM KERUGIAN

KALIMAH ALLAH : Polisi Pakatan Kekal, Tolak Keputusan Majlis Syura PAS


Inilah masa yang sesuai untuk PAS meninggalkan perjuangan Pakatan Rakyat yang dah semakin mengarut. Pas sebuah parti milik melayu islam yang selama ini berjuang untuk masyarakat islam dilihat kian suram apabila bersama DAP dan PKR selepas PRU 12..

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. 


Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.

"Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari lalu dalam banyak perkara dengan mengambil kira kepentingan bersama.



"Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu," katanya.

Azmin kemudiannya berkata Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada struktur organisasi PAS dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu. 

"Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.






Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak.

"Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tak boleh halang orang daripada bercakap," katanya.
Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Pas memutuskan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi nahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata. (SUMBER)

Wednesday, January 16, 2013

Apo kes..Sinar Harian Pon Korang Nak Boikot...??



Apo kes sinar harian diorg nak boikot ni..ado kawan pm kat aku ado dh Pages facebook ( Klik ) yang Boikot Sinar Harian. setakat sampai saat aku tulis ni dh ado 110 org yang like pages tersebut dan dah ado limo posting yang dibuek oleh admin...

Macam2 ni jam...Apo nak dikato..kebebasan bersuaro..org leh buek apo dio suko...topi ado gak batasnyo..pandai2lah ko jang...nak kan anak org nak ado gak kojo...kalau tidak ekau yang sengsaro..menyosa tak do guno...kih kih kih

Tuesday, January 15, 2013

Wowwwwwww.....Boto boto langsi....



Adokah ini statement Patrick Teoh dalam laman Facebook Dio ..??

Kalau bona  osah dio boto boto langsi...kasi bakar api...( Klik disini )



Monday, January 14, 2013

KHAS....UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA....



ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH : SEKIRANYA MEREKA BENAR2 MAHU MENGGUNAKANNYA MAKA MARILAH BERSAMA KAMI DIDALAM AGAMA TAUHID YG SEBENAR2NYA, YG MENGESAKAN ALLAH DAN MENJADI HAMBA YG BERSERAH DIRI BULAT2 PADANYA (MUSLIM).

 'Katakanlah Allah itu satu (Esa). Allah sajalah tempat bergantung. Tidak Ia beranak dan tidak Ia diperanakkan. Dan tidak Ia menyerupai dengan suatu apa pun.' (Surah Al Ikhlas - ayat 1-4).

Sunday, January 13, 2013

Mat Sabu Umumkan Jumlah Kutipan HKR#KL112...??







Kih kih kih..Aku ditanyo dek rakan rakan berapokah..jumlah wang yang berjayo dikutip dalam HKR#KL112..Bilo Mat Sabu Akan umumkan jumlah kutipan yang sebona..??
kalau ikut cakap Hishamuddin Rais yang mengumumkan jumlah kehadiran seramai 500 000 ribu orang...kalau seorang derma seringgit dah dapek kumpulkan RM 1/2 Juta...tapi takkan semuwo dermo seringgit...ado yang limo...ado yang sepuluh ..ado jugak yang limo puloh...kalau didarab bagi campur dan tolak katokanlah pukul rato RM 3 seorang....jawapannyo RM 1.5 Juta telah dikumpulkan...wowwww

Topi jumlah yang topat dan sebona hanyo mat sabu jo yang tahu...kito tunggulah kok dio nak buek pengumuman...itu pon kalau dio nak umumkan...sbb tabung memali pon sampai hari ni sonyappppp jo..

# Tak Harap Mat Sabu Nak Umumkan Berapo Jumlah Kutipan...


Peserta HKR #KL112 Bertemu Jodoh Di Stadium Merdeka...wakakakaka




Macam2 ragam dan feel peserto HKR#KL112 nih..yang cubo2 mati pon ado...yang bawak anak pon ado..yang kata dtg kena bayauuu pon ado.tapi mamat ni menarik sikit...mungkin teringin nak berumahtanggo tapi duit tak cukup ker aper??...dtg semata mintak perhatian supaya hantaran kahwin diturunkan...wakakakakaka, takkanlah bab kahwin pon berkiro...nak ambik anak orang tuh bhai...bukan anak beruk...sekarang beruk pon ado regho tau...tak boleh main mintak2 jo..kenduri bergolek sapo nak settle...?? rompah ratus sapo nak boli??mak andam laie??Togak Balai?? Kugiran?? macam2 lah kehondak ea??...kih kih kih

Aku tak tahu apo motif mamat ni..Cumo aku nak mintak mamat ni tolong kiralah sikit, nak anak org kenalah berduit...nikah kat siam pon kawan aku koba keno bayau gak...bukan free...sebagai sokongan aku pado mamat ni supaya tak lah dia raso terbiar..terima lah lagu ku ini untukmu...wakakakakakaka

Aku Kenal Dia...Aku Jatuh Cinta...wakakakakaka





Panass...Kerana Marahkan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan...UMNO JEMPOL Keluar beramai-ramai


sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ke JEMPOL















Saya Mahu Terus Berjuang....


















Presiden FAM, KDYMM Sultan Ahmad Shah tidak melayan desakan supaya baginda berundur sebaliknya KDYMM tuanku menegaskan masih banyak tugas yang belum selesai bersama badan induk kebangsaan itu.

" Saya akan meneruskan tugas sebagai Presiden. Saya seorang Pejuang dan banyak perkara berkaitan bolasepak yang perlu saya selesaikan," Ujar KDYMM Tuanku.sekali gus  menjawab desakan ditimbulkan sekumpulan penyokong tegar bolasepak negara yang menuntut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran kegagalan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala AFF

Memorundum diserahkan kepada KDYMM Sultan Ahmad Shah, supaya Tuanku terus memimpin FAM, diserahkan sendiri oleh Pengerusi Badan bertindak Penyokong Presiden FAM, Saudara Mohd Hafizan Hassan yang mengetuai 103 orang penyokong yang sempat hadir,mewakili berbagai badan NGO serentak dengan laungan " DAULAT TUANKU"

KDYMM Sultan Ahmad Shah sempat beramah mesra dan bergambar dengan Badan Bertindak Penyokong Presiden FAM,