Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan
Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386
Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol
Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800
Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku
Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami
Thursday, September 25, 2014
Monday, July 21, 2014
peragut dirempuh warga Kazakhstan
Monday, July 14, 2014
Tarbiah Pas..??
Wednesday, July 9, 2014
Mahathir Sindir Cina
7 Sindiran Tun Mahathir kepada orang cina
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.
2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.
3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.
4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.
5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.
6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.
7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun oran cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.
- Tun Mahathir -
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber - http://kumankumin.wordpress.com/2014/07/06/tun-mahathir-sindir-kaum-cina/
Sunday, July 6, 2014
Jom Sokong Produk Anak Felda
Saturday, July 5, 2014
Yayasan Terbitkan Al-Quran Dwi Bahasa
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar berkata dengan adanya terjemahan dwibahasa ini, ia membantu memudahkan dan meningkatkan kefahaman mereka yang membaca kitab suci itu.
“Dengan terjemahan dwibahasa ini adalah diharapkan mereka yang membaca kitab suci ini akan dapat memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan menyelami intipati al-Quran.
“Dengan pemahaman serta penghayatan itu, Insya-Allah kita akan lebih meningkatkan kecintaan dan ketaatan kepada Allah SWT. Walaupun langkah ini mungkin kecil, namun adalah diharapkan ia dapat membuka ruang kepada kita untuk sama-sama menjadi lebih akrab dengan kitab Allah ini,” katanya kepada pemberita di sini, malam Jumaat.
Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran yayasan itu dan Parlimen Jempol di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol di sini,
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat ke majlis itu.
Turut hadir Pengerusi Felda yang juga anggota Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Dr Emel Faizal berkata pihaknya mengambil kira pelbagai aspek termasuk daripada aspek kajian dan penyelidikan sebelum naskah al-Quran terjemahan ini diterbitkan.
Katanya naskah al-Quran terjemahan ini diterbitkan setelah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Februari lepas.
“Untuk fasa pertama ini sebanyak 7,000 naskhah al-Quran terjemahan ini telah dicetak (disiapkan) dan 2,000 naskhah telah kita diedarkan pada majlis malam tadi. Kita akan edarkan al-Quran terjemahan ini berperingkat-peringkat dan tumpuan adalah di kawasan Felda di seluruh negara. Kita juga akan edarkan ke tempat lain mengikut keperluan dan kesesuaiannya,” katanya.
Katanya naskah al-Quran terjemahan ini tidak dijual dan bagi mereka yang ingin mendapatkannya boleh menghubungi Yayasan Felda.
Friday, July 4, 2014
SRCC Tawan P127 Jempol
Jempol Berpesta Gol
Wednesday, July 2, 2014
Lapangan Antarabangsa Kulim - Rancakkan Pertumbuhan Ekonomi
Keterangan lanjut klik Disini
Mana tinggalnya Melayu
Tuesday, July 1, 2014
Sunday, June 29, 2014
Belanda Iringi Brazil Dan Colombia Ke Suku Akhir
Jaringan kemenangan Belanda dijaringkan Klaas-Jan Huntelaar pada masa kecederaan hasil sepakan penalti selepas Arjen Robben dikasari pertahanan Mexico, Rafael Marquez.
Mexico terlebih dulu di depan menerusi Giovani dos Santos (m48) sebelum Wesley Sneijder menyamakan kedudukan pada minit ke-88.
YAB NajibRazak Melawat Tn Hj Hadi Di IJN
Saturday, June 28, 2014
Perutusan Bulan Ramadhan 1435H YAB Perdana Menteri
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
- Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.
- Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Ramadhan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni. Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT.
- Oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian kita bernegara.
- Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadhan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara.
- Dalam pada itu, di samping kita isi dan hiasi Ramadhan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah kita lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186 semasa menyentuh berkenaan Ramadhan yang bermaksud:
- Semoga Ramadhan tetap menjadi bulan untuk kita mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang. Diakhiri perutusan ini dengan harapan, semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita dalam meninggikan kalimah Allah di bumi tercinta ini.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu…”
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Rodriguez Bawa Colombia Ke Suku Akhir
Brazil Layak Suku Akhir
Moh Kito Ghamai-Ghamai Menunaikan Solat Sunat Terawih Kat Masjid
Friday, June 27, 2014
Sambutan Hari Ibu Dan Bapa - MIC Mahsan
Ramadhan Muncul Kembali
Tuesday, June 24, 2014
MERAIKAN ANAK YATIM & BUKA PUASA
Sebuah Impian Segunung Harapan
Rakyat Akan Lebih Berani Berjuang Untuk Pemimpin ...
Tak Kira Besar Atau Kecil
yang Penting Berjasa Kepada Rakyat
Yang Menjadi Dasar Barisan Nasional
Dari 22 Julai 1955 Sehingga 5 Mei 2013
Rakyat Tidak Pernah Gagal Melantik Kerajaan Barisan Nasional Sebagai Pemerintah
Jempol Tidak Pernah Gagal Memastikan BN menang
Hanya Doa, Hasrat Dan Harapan
Sebuah RTC Untuk Kegunaan Semua
" SATU HENTIAN PELBAGAI PERKHIDMATAN "
Agar Jempol Tidak Ketinggalan....
Monday, June 23, 2014
MAJLIS PENYERAHAN CERMIN MATA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JEMPOL
Saturday, January 4, 2014
Melayu..ayuh maju
Wednesday, January 1, 2014
Aku Budak Kampung
Tahun Baru 2014