Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Thursday, September 25, 2014

Cantik Lagi Gadis Nismilan..


Monday, July 21, 2014

2 Kotak Hitam Di Serahkan Kepada Malaysia

#pray4MH17
#justiceformh17

Mari kita semua mendoakan agar segala urusan membawa keluar mayat mangsa MH17 dari lokasi dipermudahkan..Amin 

peragut dirempuh warga Kazakhstan

Kuala Lumpur: Seorang peragut bermotosikal parah manakala rakannya melarikan diri selepas dirempuh dengan kereta oleh wanita warga Kazakhstan diragut mereka di Jalan Tun Razak di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, kedua-dua suspek berusia 18 tahun pada mulanya memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan cota sebelum mengambil beg tangan diletakkan di bahagian kaki penumpang hadapan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tindakan itu mengakibatkan mangsa yang juga pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini kerugian hampir RM2,000 termasuk mata wang asing dan dokumen peribadi.
“Berang dengan tindakan suspek, mangsa mengejar suspek sehingga ke Lorong Raja Muda Abdul Aziz menghala ke Jalan Tun Razak.
seterusnya baca disini - klik

Monday, July 14, 2014

Tarbiah Pas..??



Aku tidaklah pelik kalau cina ni boleh baca hadis...
Tapi aku pelik orang islam yang minta Cina tu bacakan....

Persoalan yang timbul dalam kepala aku..
Kalau betul Cina tu percaya dengan hadis mengapa dia tidak memeluk agama islam???

Mengapa perlukan tazkirah dari orang yang bukan ahlinya?
Masuk dalam rumah Allah, dengan kencing berak tak cebok..
Berdiri di ruangan solat..
Sapa ajar??

Pas tarbiah Dap atau Dap yang tarbiah kan Pas?!

Wednesday, July 9, 2014

Mahathir Sindir Cina

7 Sindiran Tun Mahathir kepada orang cina

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun oran cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.


- Tun Mahathir -

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

sumber - http://kumankumin.wordpress.com/2014/07/06/tun-mahathir-sindir-kaum-cina/


Sunday, July 6, 2014

Jom Sokong Produk Anak Felda

Majlis Belia Felda Malaysia melalui Koperasi MBFM akan mengeluarkan produk beras jenama 'Belda' dan akan dilancarkan petang nanti di Casa Helifolia D'Saji, Felda oleh YB Dato' Utama Hj Mohd Isa Bin Abdul Samad, Pengerusi Felda.

Beras keluaran Koperasi MBFM ini, boleh di dapati di kedai D'mart tidak lama lagi, dijamin bersih dan halal tanpa was was. Daya usaha MBFM ini patut disokong dan menambah lagi jenama Felda di pasaran.

Ayuh semua warga Felda kita sokong produk keluaran Felda tanpa ragu dan was was. Mencari yang halal itu adalah fardu...Jom dapatkan Belda Di Pasaran. Menang membeli menang memakai.

Saturday, July 5, 2014

Yayasan Terbitkan Al-Quran Dwi Bahasa


Yayasan Felda buat pertama kalinya mengambil inisiatif menerbitkan naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris – Mushaf Al-Mukminin Al-Quran Al-Karim (Rasm Uthmani).

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar berkata dengan adanya terjemahan dwibahasa ini, ia membantu memudahkan dan meningkatkan kefahaman mereka yang membaca kitab suci itu.

“Dengan terjemahan dwibahasa ini adalah diharapkan mereka yang membaca kitab suci ini akan dapat memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan menyelami intipati al-Quran.

“Dengan pemahaman serta penghayatan itu, Insya-Allah kita akan lebih meningkatkan kecintaan dan ketaatan kepada Allah SWT. Walaupun langkah ini mungkin kecil, namun adalah diharapkan ia dapat membuka ruang kepada kita untuk sama-sama menjadi lebih akrab dengan kitab Allah ini,” katanya kepada pemberita di sini, malam Jumaat.

Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran yayasan itu dan Parlimen Jempol di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol di sini,

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat ke majlis itu.

Turut hadir Pengerusi Felda yang juga anggota Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Dr Emel Faizal berkata pihaknya mengambil kira pelbagai aspek termasuk daripada aspek kajian dan penyelidikan sebelum naskah al-Quran terjemahan ini diterbitkan.

Katanya naskah al-Quran terjemahan ini diterbitkan setelah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Februari lepas.

“Untuk fasa pertama ini sebanyak 7,000 naskhah al-Quran terjemahan ini telah dicetak (disiapkan) dan 2,000 naskhah telah kita diedarkan pada majlis malam tadi. Kita akan edarkan al-Quran terjemahan ini berperingkat-peringkat dan tumpuan adalah di kawasan Felda di seluruh negara. Kita juga akan edarkan ke tempat lain mengikut keperluan dan kesesuaiannya,” katanya.

Katanya naskah al-Quran terjemahan ini tidak dijual dan bagi mereka yang ingin mendapatkannya boleh menghubungi Yayasan Felda. 


Sumber - Felda Voice

Friday, July 4, 2014

SRCC Tawan P127 Jempol

SRCC ( Kelab Sukan Dan Rekreasi Komuniti Parlimen Jempol ) Di Ketuai Saudara Noor Rul Anuar Bin Hj Salleh dan ahli jawatankuasa menjayakan program singgah sahur dengan memberikan makanan dan cenderahati kepada ahli bomba, anggota polis dan hospital jempol.

Program singgah sahur ini dirancang dengan jayanya sementara menunggu siaran langsung perlawanan antara Brazil VS Colombia sempena SRCC Jempol menganjurkan Fiesta Samba Brazil 2014. Berbagai aktiviti yang akan dianjurkan oleh SRCC Jempol sepanjang 5 - 14 Julai 2014.

Makanan di sediakan oleh SRCC manakala cendahati berupa senaskah terjemahan Al-Quran Dwi Bahasa iaitu bahasa Melayu dan English. Surah Yasin dan kurma sumbangan dari Yayasan Felda.






Jempol Berpesta Gol

SRCC  ( Kelab Sukan Dan Rekreasi Parlimen Jempo ) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Jempol menganjurkan tayangan skrin besar perlawanan Bolasepak Piala Dunia Brazil 2014 di perkarangan stesen bas Bandar Seri Jempol.

Hampir 100 orang belia dan masyarakat setempat berkumpul beramai-ramai menyaksikan perlawanan antara Perancis dan Jerman memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka. Pihak penganjur juga menyediakan juadah bersahur kepada pengunjung.

Penganjur juga mengadakan cabutan bertuah dan teka coklat bola dan paling mengujakan pesta makan buah durian secara percuma kepada pengunjung. Tayangan ini bermula dari 5 Julai sehinggalah perlawanan akhir pada 14 Julai 2014

Penganjur menjangkakan pengunjung akan lebih ramai lagi pada perlawanan yang akan datang

Tahniah SRCC Parlimen Jempol
Tahniah Jabatan Belia Dan Sukan Jempol
Tahniah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol Dan Ajk










Wednesday, July 2, 2014

Lapangan Antarabangsa Kulim - Rancakkan Pertumbuhan Ekonomi

Sidang Media YAB Dato'Seri Mukhriz Tun Mahathir berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.


"Lapangan terbang ini tujuan tentulah untuk mengangkat lagi ekonomi bukan setakat negeri (Kedah) sahaja, tetapi seluruh zon utara termasuklah Pulau Pinang, Perlis dan sebelah utara Perak."

"Ini satu keperluan yang semakin mendesak memandangkan kapasiti di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu semakin sibuk, jadi jumlah penumpangnya semakin ramai dan kita tidak mahulah atas kekangan itu maka kita tidak dapat menarik ramai pelabur ke utara ini."

Keterangan lanjut klik Disini 

Mana tinggalnya Melayu

Orang Melayu nak hapuskan hak orang Melayu..?
Orang Melayu nak serah keistimewaan Melayu kepada kaum lain..?
Orang Melayu nak hapuskan status Melayu bumiputera..?
Mana tinggalnya Melayu..?
Kalau semuanya nak dihapuskan..?

Akan Kelautlah Kata Kata Hang Tuah..

" Takkan Hilang Melayu Di Dunia "

Tuesday, July 1, 2014

Daulat Tuanku


Sunday, June 29, 2014

Belanda Iringi Brazil Dan Colombia Ke Suku Akhir

Piala Dunia: 
Keputusan : Belanda  2 - 1  Mecixo


Finalis empat tahun lalu, Belanda melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Mexico 2-1 pada perlawanan penuh dramatik di Stadium Castelao, Fortaleza, sebentar tadi.
Jaringan kemenangan Belanda dijaringkan Klaas-Jan Huntelaar pada masa kecederaan hasil sepakan penalti selepas Arjen Robben dikasari pertahanan Mexico, Rafael Marquez. 
Mexico terlebih dulu di depan menerusi Giovani dos Santos (m48) sebelum Wesley Sneijder menyamakan kedudukan pada minit ke-88.

YAB NajibRazak Melawat Tn Hj Hadi Di IJN

Mencari Persamaan Bukan Perbezaan 
Semoga Ramadhan Ini Memberikan Penuh Keberkatan Dan Kerahmatan Buat 2 Pemimpin ini
Semoga Tn Hj Hadi Segera Sembuh Seperti Biasa...










Saturday, June 28, 2014

Perutusan Bulan Ramadhan 1435H YAB Perdana Menteri

 28th, 2014 by Najib Razak

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

  1. Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.
  2. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  3. Ramadhan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni. Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT.
  4. Oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian kita bernegara.
  5. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadhan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara.
  6. Dalam pada itu, di samping kita isi dan hiasi Ramadhan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah kita lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186 semasa menyentuh berkenaan Ramadhan yang bermaksud:
  7. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu…”

  8. Semoga Ramadhan tetap menjadi bulan untuk kita mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang. Diakhiri perutusan ini dengan harapan, semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita dalam meninggikan kalimah Allah di bumi tercinta ini.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Rodriguez Bawa Colombia Ke Suku Akhir

James Rodriguez sekali lagi muncul wira Colombia dengan menjaringkan 2 gol buat pasukannya sekaligus mengesahkan kemenangan mereka ke atas Uruguay. Uruguay yang beraksi tanpa Luis Suarez gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan tersebut. Kemenangan ini bermakna Colombia mengikuti jejak langkah Brazil yang telah layak ke pusingan suku akhir.

Sumber - Astro Awani

Brazil Layak Suku Akhir

Brazil melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Chile dalam penentuan sepakan penalti ( 3 - 2 ) Sebelum itu kedua pasukan terikat 1 - 1 sehingga tamat masa tambahan.


Moh Kito Ghamai-Ghamai Menunaikan Solat Sunat Terawih Kat Masjid

Selamat Mengerjakan Ibadah Terawih
Semoga Kita Semua Mendapat Berkat Dan Rahmat Di Bulan Yang Penuh Keberkatan Ini





Friday, June 27, 2014

Program Sentuhan Kasih Felda


Sambutan Hari Ibu Dan Bapa - MIC Mahsan


Majlis anjuran MIC Caw. Mahsan Jaya dengan kerjasama MIC Caw. Ladang Bahau. Majlis bertujuan meraikan sambutan sempana hari ibu dan Bapa serta menyampaikan sumbangan berupa bungkusan barangan dapur kepada 50 orang golongan warga emas (ibubapa) yang terpilih. 

YB Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Abdul Samad, di dalam ucapannya mengajak semua untuk menghormati kepada kedua ibubapa dan menyayangi negara demi mewujudkan suasana harmoni dan makmur serta menjalani kehidupan dengan aman dan sejahtera