Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Wednesday, April 24, 2013

Karpal Singh Tersungkur...??






Seremban-Setelah merasa tercabar dengan kebanjiran keluar masyarakat India dari Kapal DAP di Negeri Sembilan, akhirnya Anthony Loke mengaku kalah bahawa DAP tidak mungkin akan dapat menguasai Malaysia khususnya Negeri Sembilan sekiranya tidak menarik semula sokongan masyarakat India kepada DAP. Maka dengan itu, sekonyong konyongnya, Anthony Loke hari ini telah membawa Anak Karpal Singh TERSUNGKUR...semata-mata hanya untuk menarik semula sokongan masyarakat India di Seremban selepas John Fernandez bekas Ahli Parlimen DAP 2008-2013 bertindak keluar parti dan bertanding BEBAS.

Karpal Singh jatuh terserbam mencium lantai...?? belum pon sempat mengundi dah tersungkur...mungkin ini jugak pertanda Pakatan akan tersungkur pada 5 mei nanti....


Pertembungan Dua Calon N05 Dun Serting..







Calon BN, Dato' Shamshulkahar, bertembung dengan Calon Pas, Rahman Ramli sewaktu menghadiri satu program yang dianjurkan oleh JKKR Felda Raja Alias 3. Mereka berdua merupakan yang bertanding merebut kerusi N06 Serting. Pertembungan yang tidak sengaja ini tidak lah berlaku sebarang insiden yang tidak diingini walaupon di pahamkan rombongan pihak Pas ini cuba bertemu dengan penduduk yang hadir dalam majlis tersebut.

Pihak rombongan Pas di minta utk tidak menganggu majlis yang dijalankan,diminta untuk beredar. sewaktu melangkah kaki untuk beredar,Dato' Shamshulkahar tiba dan bersalaman dengan YDP Pas jempol itu dan menyapa dengan mesra dan Rahman Ramli beredar selepas bersalaman dengan Dato' Shamshulkahar menuju destinasi yang tidak diketahui.

Monday, April 22, 2013

Anak Najib Turun Palong..







Semua Pengundi di palong 11 terkejut bila di maklumkan kehadiran anakanda Pengerusi Barisan Nasional, Nazimuddin Bin Mohd Najib datang memberikan sokongan moral kepada Calon P127 Jempol, Ybhg Dato' Seri Utama Mohd Isa Bin Abdul Samad dan N06 Palong, Ybhg Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin.

Kebetulan Calon-Calon sedang berkempen di rumah bekas Adun Palong iaitu Ybhg Dato' Abdul Aziz Bin Shamsudin. Kehadiran anak Pengerusi BN itu menceriakan lagi kem Jentera Pilihanraya BN Felda Palong 11 dan hadirin tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan anak kesayangan Perdana Menteri itu.

Kehadiran  Nazimuddin menambahkan semangat dan tekad Jentera dan seluruh pengundi di Palong untuk memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional di DUN Palong dan Juga P127 Jempol..

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN...

Undilah Barisan Nasional...