Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Tuesday, April 30, 2013

Calon PKR Palong Tekan Butang Kecemasan...Mintak Tolong Bang Non....???







Akhirnyo, Calon PKR Dun Palong, Rebin...terpakso menekan butang kecemasan dengan memintak Ketuwo Umum iaitu sifu dio datang untuk berkempen untuk dio....bagi meraih undi orang palong, yang 99.0% pengundinyo adalah orang felda.

Adolah lebih kurang dalam 250 orang yang hadir mendengar cerabih Ketuwo Umum ni tadi, seperti biasa dengan penuh yakinnya si ketuwo Umum ni tadi pon bercerabihlah...kononnya semuwo isu kek malaysia ni salahkan si Nuar Berahim. yang paling kelakar, dio mengoba'an PM kito, tak berani nak berdobat dengan dio...buek apo berdebat dengan dio mengabihkan boreh jo...lobih baik PM kito gunokan maso yang ado membangunkan dan merancang pembangunan rakyat khususnyo kek palong...dari berdobat dengan orang dogil tongkar cam ketuwo umum tu..

Buek Si Rebin, sey pulak nak ngoba'an ni...redho jo lah..sobab ea..ini kali lah, Ekau kan kalah laie. pengundi kek palong dah semakin cerdik..tak terhasut doh setakat janji bulan dan bintang...Tok Lilah calon BN dan Jentero BN akan terus bekerjo keras dan memastikan PKR kecundang laie di palong...

Khas Jentero Di palong...terus tingkatkan usoho meraih undi untuk BN, pastikan palong kekal menadi kubu kuat Barisan Nasional...

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN..!!!

Sunday, April 28, 2013

Penyokong Pas Makan Rasuah...Sampai Hatimu ...Ecah????




Ecah....ecah...ecah....dh elok ko nyanyi, nak pulak jadi YB, ke hulu ke hilir jalan-jalan cari undi. malam ni ekau meragam laie...sobab kan nak undi ekau katokan macam konon ea ekau ni banyak bona berbudi...setakat populor dengan lagu " janji manismu " memanglah ohghang respek kek ekau topi, kali ni nak cari pemimpin yang buleh bawo kemajuan dan kemakmuran kek jompol ni....

Kok yo lah dengan menyanyi sajo leh bino dewan untuk kegunoan ohghang ghamai, pasti time mengundi sok sey pangkah ekau chah...kok yo lah dengan menyanyi leh naikkan "rogo" kayu gotah kek palong 15 dan menyolosaikan masalah oghang felda palong 15, sey buleh bagi jaminan oghang palong mesti sokong ekau chah....kalau dengan menyanyi leh selosaikan ghumah generasi baru felda...sey yakin ekaulah YB baru tuk P127 Jempol...

Ecah...ecah...ecah...malam ni ko meragam laie...dopan-dopan penyokong ekau ko katokan BR1M tu rasuah...soda tak ekau ecah...oghang yang ado dopan ekau tu lah penerimo BR1M, oghang depan ekau tu lah yang ambik duit BR1M kemudiannyo derma kek tabung derma jihad ekau...soda ko tidak mereka inilah yg berio-io nak monangkan ekau...sampai hati ekau kato rasuah ecah...aduyaiiiiiii....ecah..mereko itulah yang duduk paling dopan dalam dewan pejabat daerah waktu terimo BR1M, Mereko itulah berobut-robut, berasak-asak mengambil BR1m nak dermo sebab nak boghi ekau monang chah, topi ekau kato, mereko terimo rasuah ( BR1M) memang patut ekau ni di kalahkan pado pru kali ini dan sekian kalinyo.....kuburkan perjuangan ko ecah....



Saturday, April 27, 2013

Israel di serang......??

Berjuta-juta belalang menyeberangi sempadan mesir, menuju ke israel menimbulkan kebimbangan negara itu akan dibelenggu serangan serangga tersebut. Serangga tersebut telah merosakkan pelbagai tanaman di mesir dan israel mengambil langkah berjaga-jaga

Laporan mengatakan, serangga terbabit hanya tertumpu di kawasan selatan Israel tetapi ia turut dilaporkan kelihatan di merata tempat.

Amaran serangan belalang menjelma sewaktu menjelangnya perayaan Pesach (perayaan yang disambut masyarakat Yahudi).

Menteri Pertanian Mesir berkata, belalang yang melintasi negaranya merupakan sebahagian daripada penghijrahan yang normal dilakukan dari utara timur Sudan ke Arab Saudi.

Dia turut menekankan bahawa negara Mesir hanya bertindak sebagai ‘stesen pemindahan’ belalang terbabit yang mempunyai jumlah besar tahun ini.

Serangga terbabit yang tertumpu di ladang pertanian terutama di Giza dan Kaherah, menyebabkan berlakunya kerosakan yang besar.

Sekali gus, mencetuskan kebimbangan merebaknya masalah sedemikian ke Israel.

*** Inilah balasan dari Allah SWT akibat kekejaman dan kejahatan Zionis. Apabila Belalang Juta ini menyerang sememangnya banyak kerosakkan pasti yang akan berlaku. Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau seberat jisim badan mereka setiap hari...***
.

Friday, April 26, 2013

Bukan Saja Sepongkis, Seinci pon tak terusik...??















Felda Bukit Rokan Barat- " Tidak Seinci pon Tanah Peneroka yang tergadai," ujar Calon P127 Parlimen Jempol Ybg Tan Sri Mohd Isa Bin Hj Abdul Samad menjawab soalan yang di tanya wartawan mengenai kempen calon PKR N06 Palong, Sdr Rebin yang mengatakan penyenaraian saham FGVH, meyebabkan peneroka telah tergadai tanah yang mereka miliki.

Menurut Tan Sri Mohd Isa Bin hj Abdul Samad, Felda hanya memajakkan Tanah Felda Plantation, Bukannya tanah yang menjadi hak milik peneroka Felda. Beliau juga percaya, pembangkang terdesak untuk meracuni pemikiran warga felda demi meraih undi pada pilihanraya nanti. Inilah taktik taktik pakatan bagi memberikan gambaran yang tidak betul tentang felda.

Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan sepetang di Felda Bukit Rokan Barat, Melawat beberapa orang warga Felda Bukit Rokan Barat yang Uzur serta meninjau tanah tanah kosong yang boleh didirikan perumahan generasi baru.

Tan Sri Mohd Isa, ketika dalam ucapannya mengajak semua warga Felda di Bukit Rokan Barat supaya mengundi Parti yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan membangunkan negara. Sepanjang 56 tahun merdeka hanya Parti Barisan Nasional sahaja yang serius membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum, terutama peneroka felda, yang dahulunya datang dari golongan yang susah dan kini disegani. yang kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komuniti lain.

Malah kerajaan BN tidak jemu membantu warga felda dengan mengadakan beberapa program melahirkan usahawan dan memberikan pendidikan tinggi kepada generasi baru felda. malah bagi mereka yang ingin membesarkan rumah juga ada skim pinjaman pembesaran rumah yang disediakan oleh pihak felda..

*** 5hb nanti, peneroka,gpw,belia & beliawanis serta seluruh warga felda di Jempol akan memastikan kemenangan semua calon BN di parlimen jempol dan Dun-Dun didalamnya***

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN...!!!



Thursday, April 25, 2013

Uikkk..Artis Weiiii...Tak Nak ke...??









Wakakakakakaa...apo nak buekkan..suko tak semestinyo buleh buek suko-suko, heran gak lah..artis terkenal, topi tak dapek diterimo dek peneroko dan warga felda sobab ea...wargo felda cari pemimpin yang buleh membela rakyat..pemimpin yang buleh membawa kemajuan kepado peneroka dan felda...bukannyo penyanyi...yang nak belo nasib artis...bukan ea nak belo nasib pengundi di jempol ni..

kesian kek ketuwo pemudo pas jempol, si fairuz, setahun buek kojo, nak jadi calon pas...datang kak ecah, terbuang budak tu...sampai hari ni sey tak nampak..mano agak ea poie budak tu..baik budak tu..ustaz lak tu...?? pas ni berdogar-dogar jo kato perjuang isalam...topi tolak ustaz..ambik penyanyi jadi calon...abih camno..

gambar kek ateh tu..kak ecah di tunjuk dek peneroko dan omak-omak GPW jalan balik...konon ea nak cubo berkempen sayangnyo di tolak montah-montah oleh peneroko dan omak-omak GPW...tertutuplah harapan kak ecah nak belo nasib artis..

***** jompol mano ado artis kak ecah...semang ado lah....wakakakakakaka*****





Wednesday, April 24, 2013

Karpal Singh Tersungkur...??






Seremban-Setelah merasa tercabar dengan kebanjiran keluar masyarakat India dari Kapal DAP di Negeri Sembilan, akhirnya Anthony Loke mengaku kalah bahawa DAP tidak mungkin akan dapat menguasai Malaysia khususnya Negeri Sembilan sekiranya tidak menarik semula sokongan masyarakat India kepada DAP. Maka dengan itu, sekonyong konyongnya, Anthony Loke hari ini telah membawa Anak Karpal Singh TERSUNGKUR...semata-mata hanya untuk menarik semula sokongan masyarakat India di Seremban selepas John Fernandez bekas Ahli Parlimen DAP 2008-2013 bertindak keluar parti dan bertanding BEBAS.

Karpal Singh jatuh terserbam mencium lantai...?? belum pon sempat mengundi dah tersungkur...mungkin ini jugak pertanda Pakatan akan tersungkur pada 5 mei nanti....


Pertembungan Dua Calon N05 Dun Serting..







Calon BN, Dato' Shamshulkahar, bertembung dengan Calon Pas, Rahman Ramli sewaktu menghadiri satu program yang dianjurkan oleh JKKR Felda Raja Alias 3. Mereka berdua merupakan yang bertanding merebut kerusi N06 Serting. Pertembungan yang tidak sengaja ini tidak lah berlaku sebarang insiden yang tidak diingini walaupon di pahamkan rombongan pihak Pas ini cuba bertemu dengan penduduk yang hadir dalam majlis tersebut.

Pihak rombongan Pas di minta utk tidak menganggu majlis yang dijalankan,diminta untuk beredar. sewaktu melangkah kaki untuk beredar,Dato' Shamshulkahar tiba dan bersalaman dengan YDP Pas jempol itu dan menyapa dengan mesra dan Rahman Ramli beredar selepas bersalaman dengan Dato' Shamshulkahar menuju destinasi yang tidak diketahui.

Monday, April 22, 2013

Anak Najib Turun Palong..







Semua Pengundi di palong 11 terkejut bila di maklumkan kehadiran anakanda Pengerusi Barisan Nasional, Nazimuddin Bin Mohd Najib datang memberikan sokongan moral kepada Calon P127 Jempol, Ybhg Dato' Seri Utama Mohd Isa Bin Abdul Samad dan N06 Palong, Ybhg Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin.

Kebetulan Calon-Calon sedang berkempen di rumah bekas Adun Palong iaitu Ybhg Dato' Abdul Aziz Bin Shamsudin. Kehadiran anak Pengerusi BN itu menceriakan lagi kem Jentera Pilihanraya BN Felda Palong 11 dan hadirin tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan anak kesayangan Perdana Menteri itu.

Kehadiran  Nazimuddin menambahkan semangat dan tekad Jentera dan seluruh pengundi di Palong untuk memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional di DUN Palong dan Juga P127 Jempol..

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN...

Undilah Barisan Nasional...

Akhirnya Semua Kembali Seperti Biasa...









" Mari kita bekerja bagi memastikan kemenangan Calon BN di Dun Palong dan Parlimen Jempol." itulah ucapan Ybhg Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin dihadapan penyokongnya di Felda Palong 11. Ybhg Dato' meminta agar semua pengundi di Dun Palong menyokong penuh calon BN Dun Palong iaitu Ybhg Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin.

Ybhg Dato' Abdul Aziz, menjadi YB Dun Palong selama 2 penggal, dan pada kali ini nama beliau digugurkan untuk memberi laluan kepada Ybhg Dato' Hj Lilah bin Hj Yasin.di harapkan selepas ini semua jentera di palong boleh teruskan usaha keras bagi memastikan kerusi Dun palong terus di isi dengan wakili dari BN.

Kepada Semua Jentera....Ayuh kita kuburkan PKR di Palong..


Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN...!!!