Tuesday, April 16, 2013

Janji Di Tepati VS Janji Manismu


Siapa Sangka Cempedak boleh jadi nangka, selepas 8 bulan menjadi Ahli Pas,Penyanyi Tanahair yang terkenal dengan lagu "janji manismu " diumumkan sebagai calon yang mewakili Pas di P127 Parlimen Jempol...dan Lawannya bukan calang calang orang juga...iaitu Pengerusi Felda, Ybhg Dato Seri Utama Tan Sri Mohd Isa Bin Abdul Samad.

Tan Sri Mohd Isa Bin Abdul Samad pastinya akan mendendangkan lagu " Akujanji" JANJI DITEPATI, tradisi membela rakyat..Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Manakala Aishah akan cuba meraih undi dengan populariti sebagai artis yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu...

Pengundi Jempol perlu bijak memilih pemimpin mereka. Adakah mereka memerlukan seorang pemimpin yang akan membawa kemajuan dan kemakmuran di Jempol..atau seorang artis yang merdu suaranya namun tidak pasti lagi janji manisnya itu mampu ditunaikan..??

UNDI adalah Rahsia..tetapi tersilap undi kita semua kan merana...Pilihlah Yang betul betul berkhidmat untuk rakyat bukannya yang datang menabur janji kemudian mengutip duit rakyat demi kepentingan sendiri.....