Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Tuesday, June 14, 2011

mimpi yg tak sudah...

MAZLAN ALIMAN...dengan mitosnya...nak memberikan dan mengagih agihkan tanah felda plantation apabila kerajan PR memerintah malaysia....

kan dh ada 5 negeri yg diperintah oleh PR...mengapa tidak buka rancangan felda???...kuasa tanah kan pada kerajaan negeri....jangan nak mengomong omong kosong kat raja alias lak...tak abisabis menipu je kejenya......

buat dulu kat selangor....buat kat kelantan...buat kat kedah....buat kat penang...tunjukkan PR boleh...bukan menjaja jaja nak buat tapi hanya sebuah mimpi yang tak sudah.....

Tuesday, May 31, 2011

pergimu sukar dicari ganti


telah kembali kerahmahtullah pada 31/5/2011....alfatihah

Saturday, May 7, 2011

PSSGMM cawangan felda raja alias 3


MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG
PERSATUAN SENI SILAT GAYONG
MA'RIFAT MALAYSIA
( PSSGMM )


FELDA RAJA ALIAS 3
BANDAR SERI JEMPOL

oleh

TKS DATUK PADUKA DR AZAM ZULKIFLI AL-QADIRI
( Guru Utama/Pengasas/Ketua Dewan Perguruan Dan Adat Istiadat PSSGMM )

Pada
07 mei 2011, Jam 3.00 petang

tempat
Sekolah Rendah Agama Rakyat ( F ) Raja Alias 3,
Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

ditubuhkan pada 1990'an, telah diasakan oleh Guru Utama YTM TKS Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al- Qadiri

Asal Ilmu seni silat gayong ma'rifat ini adalah gabungan 3 silat tua...iaitu sumatera, pahang dan melaka seperti yang pernah dimiliki oleh Dato' Laksamana Hang Tuah, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan Pendekar melayu yang terdahulu.
Berpegang kepada fahaman Sunnah Waljamaah dengan mentauhidkan ALLAH swt, mendidik ahli ahlinya berdisplin dan mendekati Allah dan ajaran Rasulullah saw.

dengan tertubuhnya PSSGMM, maka diharapkan mampu mengembang menghidupkan memumupuk dan memelihara warisan seni dan membenteras fahaman karut , tahyul dan khurafat serta menanmkan sifat berdikari, kecerdasan mental dan kecergasan diri, meninggikan nilai akhlak sempurna dan terpuji dan berperibadian tinggi
membina generasi yang bermoral serta memelihara warisan kesenian pusaka bangsa yang berdaulat....

ADA 7 JENIS PERMAINAN DALAM SILAT GAYONG MA'RIFAT :-
1. Buah Pukul Minang
2. Sendeng 2 Beradik
3.Terlak sumatera
4.Cekak Minang
5. Harimau Minang
6. Panglima
7. Laksamana

Friday, April 29, 2011

untungnya jadi anak felda...


bayaran kembali pinjaman

Pinjaman bagi pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma ditukar sebahagian Biasiswa sebagai hadiah Kecemerlangan FELDA yang diberi kepada peminjam dengan keputusan dan pencapaian CGPA atau yang selaras dengan CGPA seperti situasi berikut :-

BIL

PENCAPAIAN

( CGPA )

% BAYARAN

PELAJAR

% SUMBANGAN

FELDA

1

3.8 SEHINGGA 4.0

10

90

2

3.5 SEHINGGA 3.7

20

80

3

3.0 SEHINGGA 3.4

30

70

4

2.5 SEHINGGA 2.9

40

60

5

2.0 SEHINGGA 2.4

50

50

6

KURANG 2.0

100

0

Thursday, April 21, 2011

21 april ...... dalam lipatan sejarah hidupku........

hari ini genap setahun aku kehilangan ayah...genap setahun aku tidak lagi berbicara dengan ayah...genap setahun tanpa gurau senda, dan usik mengusik...
Ayah perginya tanpa pesan..tanpa wasiat..tanpa ungkapan..tanpa lambaian
aku masih lagi terpinga-pinga mencari pengertian..
cuma yang aku tahu aku amat merinduimu ...AYAH

kekadang aku rasa bingung..kekadang aku rasa keliru...
kekadang aku sedikit jemu..
aku bukan hilang seorang ayah..
tetapi aku kehilangan seorang penasihat
aku kehilangan kawan..
aku kehilangan tempat rujukan..
aku kehilangan dunia..
sebab itu aku trauma dengan 21 april..
walaupun aku marah...
IANYA PASTI AKAN DATANG JUA

Sunday, April 10, 2011

AKKF 2011


inilah rumah Timbalan Pengerusi jkkr Felda Raja Alias 3 ( Saiman Bin Paimin )



berlabuh punggung dirumah ketua kampung

Apo yang lucu bona tuh uncle SAM??


Pertandingan Keceriaan Kawasan Kampung

Felda (AKKF) 2011

Felda Raja Alias 3

Tarikh : 10/4/2011

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Felda Raja Alias 3

Panel Hakim

1. Yg Berbahagia Encik Abidin Bin Abdul Rahman

-Timbalan Pengarah Besar ( Pembangunan Komuniti )

2. Yg Berbahagia Encik Samsudin Bin Othman

-Ahli Jawatankuasa Perunding Peneroka Felda ( JKPP )

3. Yg Berbahagia Encik Sulong Jamil Bin Mohamed Shariff AMP

-Ahli Jawatankuasa Perunding Peneroka Felda ( JKPP )

Rumusan.

Felda Raja Alias 3 sekali lagi, memasuki pertandingan AKKF. Dengan motto “ BERSIH, INDAH , BERMUAFAKAT BUDAYA HIDUP KAMI “. Tidak meletakkan sasaran, kalah menang adat bertanding.

Apa yang pasti dengan memasuki pertandingan AKKF ini, Felda Raja Alias 3 telah Berjaya menyediakan persekitaran kampung yang bersih. Masyarakat yang bersatu dan berkerjasama memastikan kampung cantik dan indah. Melahirkan insan yang berteloransi dan inovasi serta dinamik. Mengalakkan warganya mengisi masa lapang dengan aktiviti berkumpulan dan berfaedah..

Akhirnya bila kampung sudah cantik indah dan bersih, maka warganya akan hidup dalam keadaan yang amat selesa.Jauh dari wabak penyakit.dan melahirkan warga yang sihat, cergas dan berwibawa menjadi komuniti contoh kepada yang lain…