Monday, October 8, 2012

Tranformasi ABATA Felda


Program ABATA Felda yang diadakan di Kem NADI, di Sungkai, Perak.
 Peserta peserta yang terdiri dari pemimpin komuniti tanah rancangan Felda Wilayah Raja Alias, seramai 159 orang mengisi slot kali ini
 Peserta didedahkan dengan modul ciri ciri pemimpin yang berlandaskan islam dan berkharisma
malah peserta juga diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan idea, berkerja dalam satu kumpulan dengan harapan apabila pulang di tanah rancangan masing masing, perserta boleh mempraktikkan
dan mengongsikan ilmu, menyatukan pemikiran masyarakat felda
bagi membangunkan dan memperindahkan lagi
komuniti rancangan masing masing
Dengan kehadiran Ybhg Encik Anuar Bin Malek,Pengarah Pembangunan Komuniti Dan Koordinasi
FELDA,memberikan penerangan,nasihat dan pandangan, jelas menampakkan kematangan FELDA
dalam menuju Tranformasi Felda seperti yang dikehendaki oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Beliau menyeru agar Pemimpin Pemimpin Masyarakat Felda supaya peka dengan
perkara yang berlaku disekeliling Felda.Beliau menuntut supaya pemimpin pemimpin ini menjadi mata
dan telinga, malah menjadi pengerak yang membangunkan Felda

Pemimpin Pemimpin yang menjadi peserta kursus kali ini, jelas terpancar keazaman
bertekad untuk terus gemilang bersama FELDA, mereka berikrar apabila pulang ditanah
rancangan masing masing, akan berusaha dengan gigih dan menolak dakyah dakyah luar
yang cuba memecahkan perpaduan dalam masyarakat FELDA.