Tuesday, October 9, 2012

Sarjana UK sahkan Mat Indera komunis

Sarjana UK sahkan Mat Indera komunis

PULAU PINANG 9 Okt. - Seorang sarjana dari United Kingdom (UK) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan kenyataan Mat Indera kepada pihak polis ketika ditahan, dia mengakui sebagai anggota komunis.
Dr. Karl Hack, 46, pensyarah kanan dari Jabatan Sejarah di The Open University, UK berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong juga menggunakan perjuangan komunis sebagai alat untuk menentang British ketika itu.
Menurut Karl yang dianggap pakar dalam kajian darurat dan komunis di Malaysia, beliau membuat kesimpulan Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan.
Bagaimanapun dalam hal ini, katanya, beliau tidak bergantung kepada buku Memoir Abdullah C.D. kerana buku tersebut ditulis hanya melalui ingatan bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) itu tanpa sokongan dokumen-dokumen...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Sumber Dari Utusan Malaysia


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121010/dn_01/Sarjana-UK-sahkan-Mat-Indera-komunis#ixzz28rwPfVe9
© Utusan Melayu (M) Bhd