Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Saturday, January 4, 2014

Melayu..ayuh maju

kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 2014. dan musim persekolahan juga telah bermula.Harga barangan sedikit meningkat naik memeningkan kepala.Mana mahu menguruskan anak naik sekolah,begitu juga dengan keperluan dapur. Rata-rata ramai menyatakan tekanan dengan kenaikan harga barangan

Ramai yang menyalahkan pihak kerajaan kerana menarik subsidi minyak menyebabkan berlaku kenaikan kos operasi seterusnya berlaku kenaikan barangan keperluan. Namun berapa ramai yang cuba mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan sampingan bagi meringankan bebanan kenaikan harga barangan

"Dimana ada kemahuan di situ ada jalan" begitulah yang dilakukan oleh seorang peneroka Felda Palong 15 iaitu En.Kamarulzaman Bin Kamaruddin  yang mengusahakan tanaman tebu seluas 10 ekar di tanah ladang getahnya yang baru sahaja ditebang untuk proses mengantikan pokok getah yang baru. Sementara menunggu proses tanam semula ini,beliau dengan keyakinan yang tinggi telah mengusahakan tanaman tebu berserta dengan beberapa tanaman lain yang memberikan pulangan sampingan.

Tanaman tebu ini dijangka boleh dipasarkan pada bulan puasa nanti. Selain itu juga beliau ada menanam jagung dan kelapa matak. Usaha seperti in dilakukan oleh beliau untuk mencari pendapatan baru setelah pokok getah ditebang dan menjaga kesihatan kerana kita semua maklum warga peneroka merupakan mereka yang biasa bekerja berat diladang
Aku ingin menyarankan terutama kepada anak-anak peneroka yang tinggal di dalam kawasan Felda agar menggunakan kesempatan yang ada mencari pendapatan dengan mengusahakan tanah ayah mereka. Ayuh janganlah kita membuang masa. Marilah kita buktikan warga Felda sebagai komuniti contoh di luar bandar.ditambah pula dengan keadaan sekarang yang memerlukan kita berjimat cermat .jangan bimbang kerana setiap usaha gigih pastikan berjaya

Wednesday, January 1, 2014

Aku Budak Kampung



Aku ini datang dari kampung
betul cakap aku tidak bohong
baru tinggal disini..masih bujang lagi..
belum ada bini..

namaku orang panggil boca
buta huruf tidak tahu membaca
baru kerja disini..poket ku kosong lagi
belum dapat gaji..

Aku bagai katak bawah tempurung
kerana aku budak kampung
tetapi aku tidak pernah sombong
orang susah aku tolong

dulunya aku punya pacar
rupa lawa kerja gaji besar
tapi dh putus cinta
emak bapak tak suka
sebab aku bujang tua...


Tahun Baru 2014

Hari ni 1 Januari 2014 telah pon tiba..rata-rata semua mempunyai azam untuk memenuhi cita-cita. Macam-macam azam...namun apa pon sekali azam ..aku doa semoga berjaya dicapai..dan yang paling  juga semoga kita semua di berkati dan dirahmati Allah

Aku harapkan kenikmatan menghirup keamanan di malaysia ini berpanjangan ...jauh dari keadaan huru hara seperti yang selalu dipapar di dada akhbar dan media yang berlaku di negara luar...