Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH- HARIMAU MALAYA..Berakhir kemarau 14 tahun



Skuad “Harimau Malaya” akhirnya merangkul Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 meskipun di awal pertandingan, ia tumbang 5-1 dengan pasukan tuan rumah menjadi pasukan pilihan bagi menjuarai pertandingan itu.

IA JUGA BUKTI PASUKAN MALAYSIA BUKAN SAHAJA JAGUH DIGELANGANG SENDIRI MALAH DI GELANGANG LAWAN YANG PENUH DENGAN PULUHAN RIBU PENYOKONG..

Tahniah juga kepada Mohd Safee Mohd sali kerana menjadi penjaring terbanyak bagi edisi kali ini..




Tuesday, December 28, 2010

janji manis mu....Pembohong Rakyat..


‎* membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan



* bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery
...


* bantuan RM1000 setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti



* bantuan RM50 sebulan bagi setiap anak yang masuk pra sekolah



* biasiswa untuk semua anak selangor



* bantuan untuk anak-anak muda bagi mendirikan rumahtangga



* mencarum takafulRM2,500 untuk warga emas, kurang upaya dan anak yatim



* memberi elaun khas kepada ibu tunggal



* memberi elaun khas kepada suri rumah sepenu masa



* membantu setiap rakyat Selangor bagi mendapatkan kediaman sendiri

album program "MDAB"



















MEMANJATKAN PENUH KESYUKURAN KERANA MAJLIS BERJALAN DENGAN BAIK...DENGAN KEADAAN CUACA YANG BAIK..TERIMA KASIH PADA SDR KHAIRUL IDZWAN KERANA SUDI MEMBAWA KUMPULAN SOKONGAN PTAR UITM SEMALAYSIA DATANG DI PERKAMPUNGAN FELDA RAJA ALIAS 3.....
TIADA KATA SEINDAH MADAH YANG MAMPU DI UNGKAIKAN SELAIN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS TERSEBUT..HANYA ALLAH SWT YANG MAMPU MEMBALAS JASA SEMUA...AMIN

TERIMA KASIH:-

1) YB DATO' HJ LILAH BIN HJ YASIN,
- AHLI PARLIMEN JEMPOL & KETUA UMNO BAHAGIAN JEMPOL
2) YB DATO' SHAMSHULKAHAR BIN MOHD DELI,
- EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN & ADUN KAWASAN SERTING
3) ENCIK YUSOF BIN A BAKAR,
- PENGURUS RANCANGAN FELDA RAJA ALIAS 3
4) PUAN FARIDAH BIN TALIB
- KETUA PUSTAKAWAN PTAR UITM MALAYSIA
5) EN AFBAR FAREED BIN ABDUL RAZAK,
- PEGAWAI PERHUBUNGAN NEGERI SEMBILAN, GWGF
6) EN OTHMAN BIN PARMAN,
- TIMBALAN PENGERUSI GABUNGAN JKKR WILAYAH RAJA ALIAS
7) KETUA JABATAN KERAJAAN,
8) PEMIMPIN-PEMIMPIN SETEMPAT YANG SEMPAT HADIR.
9) SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN PROGRAM

* TIDAK DILUPAKAN SAHABATKU SDR KHAIRUL IDZWAN DAN BOSS AKU NOOR RUL ANUAR SALLEH YANG BERTUNGKUS LUMUS DI BELAKANG TABIR BAGI MEMASTIKAN ACARA INI MERIAH..

Monday, December 27, 2010


Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Tengku Adnan hari ini.

Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu

Timbalan: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)

Kedah

Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)

Timbalan: Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)

Pulau Pinang

Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)

Timbalan: Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)

Perak

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Timbalan: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor

Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan: Datuk Seri Noh Omar

Wilayah Persekutuan

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Negeri Sembilan

Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

Melaka

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

Johor

Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan: Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu

Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)

Timbalan: Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan

Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan: Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah

Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman

Timbalan: Datuk Seri Salleh Said Keruak

ada yg nak jawab????



PEMUDA UMNO MALAYSIA pada 26hb Disember pukul 5.58 ptg Lapor
1. PASS hanya ada seorg berbangsa Cina dalam seluruh partinya. Kenapa ? Adakah PASS praktikkan Ketuanan Melayu ?
2. Dlm PRU-12, parti DAPP hanya memilih bangsa Cina dari partinya utk bertanding di semua kerusi DUN dan Parliament. Adakah kep...impinan DAPP racist terhadap bangsa yg lain ?
3. Pemilihan pucuk kepimpinan PKRR yg baru lepas, dicemari dgn pergaduhan, protes, undi hantu, undi tak dibenarkan, yg menyaksikan Zahiid Ibrahiim keluar dari parti kerana kecewa dgn keTidakAdilan parti yg konon nya memperjuangkan Keadilan.
4. Parti PKRR sudah jadi parti anak beranak. Kenapa penyokong pakatan Lalang membiarkan perkara ini jadi. Ayah/Ibu/Anak/Lover semua jadi pemimpin atasan PKRR. Tak malu ker ?
5. Bangsa India telah ditolak ramai2 oleh pemilih dlm pertandingan PKRR baru2 ini. Skrg Pemimpin PKRR melantik seorg India dalam barisan Naib Presiden Parti. Tetapi dia tak boleh cakap atau tulis dalam India, jadi macam mana nak berhubung dengan Bangsa nya sendiri ?
6. Di mana letaknya Islam dalam parti PASS apabila berpakat dengan parti DAPP yg jelas hanya bertujuan porak perandakan bangsa Melayu dan umat Islam di negara.
7. Kenyataan Nizar di sidang DUN Perak bahawa Hudud dan Islam tak ada dalam mana...2 perlembagaan parti PASS atau mana2 memo dari partinya. Nizar itu adalah ahli parti DAPP atau PASS ?
8. Isu Apko telah dijelaskan melalui satu surat dari Apko ke Malaysia yg menafikan kenyataan Anuwar pasal 1Malaysia. Kalau pakatan lalang tak percaya, kenapa percaya pulak pada superimpose2 surat perundingan Apko/Kerajaan Malaysia yg dibawa oleh blog2 pakatan Lalang ?
9. Isu Hasil Haram yg difatwakan halal oleh YAB MB Kelantan. Di mana hasil dari judi dan arak dari Negeri Kelantan digunakan utk pembangunan Kelantan dihalalkan oleh Menteri Besarnya sendiri. Kenapa penyokong pakatan lalang tuduh Kerajaan ...Pusat yg berbilang kaum, bila Kerajaan nya sendiri yang kononnya mengikut Islam menghalalkan hasil haram ?
10. Kenapa ramai ADUN/MP dari pakatan 3 jahanam telah keluar dari parti lalang mereka sejak PRU-12 ? Dulu penyokong kata ADUN/MP Barisan Nasional akan keluar sertai pakatan, sampai hari ini, habuk pun tader ?
11. Tanah adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri, jadi bagaimana BN boleh dituduh pasal tanah skrg ? Sudah lebih 2 tahun berlalu sejak PRU-12, apa2 isu tanah adalah isu pakatan 3 jahanam. Spt Surau di Rawang yg dituduh pakatan lalang adalah kerana BN. Bagaimana isu ini boleh jadi isu BN kalau tanah sejak lebih 2 tahun telah dibawah kuasa Kerajaan Negeri Pakatan Lalang ? Pelik bin ajaib.
12. Menantu Menteri Besar Kelantan telah dilantik dulu sebagai CEO Perbadanan MB Kelantan. Ini adalah satu badan Kerajaan yg dibiayai oleh wang rakyat. Bukan satu syarikat Sdn Bhd di bawah parti PASS. Adakah penyokong pakatan Lalang menyat...akan bahawa mereka merestui nepotisma di dalam pakatan 3 jahanam tetapi tidak utk di luar ? Adakah penyokong parti PASS buta kepada nepotisma atau adakah nepotisma halal dalam Islam yg kononnya dibawa oleh mereka.
13. Anak kpd YB Lim Kit Siang telah mengambil alih tempat berkuasa di parti DAPP. Adakah parti DAPP jugak menjadi pembiakkan nepotisma ? Adakah penyokong parti DAPP pun suka pada nepotisma tetapi bukan di luar ? Kenapa parti DAPP yg beranakkan YB Lim Kit Siang dan skrg YB Karpal Singh tidak mengambil tindakan tolak nepotisma di dalam parti. Apakah perjuangan mereka yg sebenarnya ?
14. Apa kaitan PASS for ALL dengan ISRAEL FOR ALL ? Nampak sangat bahawa kenyataan ini adalah sama. Adakah PASS kerjasama Israel ? Kalau tidak, kenapa PASS tak tolak "PASS FOR ALL" ?
15. Anuwar telah menipu rakyat pada 16 SEP 2008 kerana me...nyatakan bahawa dia akan ambil alih Kerajaan Persekutuan pada tarikh itu. Kenapa penyokong lalang tak nak jawab isu ini ? Dan kenapa pakatan lalang merestui rampasan kuasa ? Adakah negara Malaysia ini tempat permainan politik untuk mereka ?
16. YAB MB Kelantan Nik Aziz telah MENDOA BALA kepada Perdana Menteri Malaysia DS Najib. Penyokong pakatan lalang kata tak ada masalah kerana mereka rasai bahawa MenDOA BALA lebih baik drpd mendoakan baik utk umat Islam. Bila ditanya BILA YAB MB Kelantan Nik Aziz PERNAH MenDOA BALA utk mana2 pemimpin PASS, penyokong pakatan lalang semua senyap. Kenapa ? Utk Perdana Menteri penyokong PASS telah menghalalkan.
17. Adakah YAB MB Kelantan disamakan dgn mana2 nabi ? Penyokong PASS rela lompat dari jambatan daripada menegur YAB MB Kelantan ? Islam ajaran siapa yg dibawa oleh penyokong2 pakatan lalang ?
18. ADUN/MP DAPP dan PKRR kafir yang menggunakan... surau/Masjid utk membawa mesej politik diHalalkan oleh parti PASS. PASS kata SETUJU utk kafir membaca surah kerana Insyallah memberi hidayah kpd mereka utk masuk Islam. Dah lama dah, YAB Lim Guan Eng sudah masuk Islam tak ? Mana2 yg lain sudah masuk Islam tak ? Kenapa lama sangat ? Atau parti PASS menipu rakyat hanya kerana nak dapat sokongan dan habuan dari parti DAPP ?
19. YB Azmeen Ali telah menang dlm pilihan tertinggi kepimpinan, walaupun sehari sebelum 1000 undi pun tak cukup ? Macam mana benda ini boleh terjadi, dan adakah penyokong pakatan lalang menghalalkan ala demokrasi di PkRR supaya parti anak beranak boleh terus berupaya di arena politik semasa ?
20. YAB MB Kedah telah dituduh pergi main golf pada hari pertama Banjir besar 2010 di negeri Kedah? Penyokong pakatan lalang kenapa tak ada fakta di mana Menteri Besar mereka ? Mereka hanya beri jawapan2 yg tak ada isi, spt 'buat kerja ken...a tunjuk, kenapa nak tunjuk' dan macam2 lagi. Tetapi bukti bahawa YAB MB Kedah turun padang hari pertama Banjir Besar habuk pun tader.
21. Isu SYABAS vs Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa pakatan lalang hantar memo bantahan kepada DYMM Agong di Istana Negara, dan bukan kepada DYMM Sultan Selangor ? Selangor ini duduk di mana ? Di Kuala Lumpur ker ? Kenapa penyokong pakatan lalang mengikut ke Istana Negara walaupun tahu cara ini salah ?
22. Penyokong tegar PASS melaungkan Takbir dan menyifatkan tindakan mereka menghalalkan cara kerana perjuangan mereka ? Kenapa Islam diketepikan HANYA utk menghalalkan cara ? Penyokong tegar PASS main api di alam maya, membawa hasutan dan... fitnah dalam bentuk profile tipu dan nama kafir. Adakah ini dibenarkan dalam Islam, atau adakah mereka hanya pandai tabur surah dan nas tetapi tak pernah memahami apa yang mereka letak ? Ahli PASS cepat marah, dan digolongkan dalam kategori fanatik kerana tak boleh menggunakan akal utk bezakan apa yg betul dan apa yang salah ? Sekali lagi, adakah semua benda yg mereka buat dihalalkan hanya kerana politikus untuk segelintir pemimpin mereka ?
23. Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) mengeluarkan kenyataan bahawa dalam 2010, permintaan kebajikan daripada mereka yang miskin di Negeri Kelantan telah meningkat berbanding dengan tahun 2009. Ini bermakna lebih banyak org telah masuk dalam zon kemiskinan di bawah Kerajaan Negeri PASS. Kenapa penyokong PASS tidak menyelidik sikit dalam soal ini ? Mereka hanya pandai bising spt anjing di atas bukit, tetapi benda2 yang jadi di belakang rumah sendiri, mereka abaikan. Rakyat miskin adalah rakyat juga.
24. Penang telah menghalalkan duit judi untuk diberi kepada bangsa Melayu Islam sebagai saguhati. Parti PASS telah mengeluarkan statement bahawa Kerajaan Pusat buat benda yang sama. Adakah ini bermakna bahawa Parti PASS dan Barisan Nasional bawa perjuangan yang sama ? Di mana letak nya pendirian parti PASS dalam soal ini. Kenapa sampai hari ini tak ada seorang penyokong parti ini memberi jawapan yang munasabah kepada golongan tua Melayu Islam di Penang ?
25. Kenapa pakatan 3 jahanam suka berdemonstrasi ? Apa yang di dapat dari soal Islam, bila penyokong pakatan 3 jahanam berdemonstrasi ?
26. Di mana bukti perbelanjaan Kerajaan2 Negeri Pakatan Lalang ? Dulu sebelum PRU 12, pakatan lalang telah keluar banyak kenyataan bahawa mereka adalah parti untuk rakyat, kerajaan untuk rakyat, tetapi sampai sekarang, lebih 2 tahun sudah berlalu, rakyat masih tak tahu apa mereka buat dengan semua duit negeri ? Kata YAB MB Penang, ada benda yang rakyat tak patut tahu, itu lah sebab kita masih ada OSA. Jadi janji2 manis untuk menang PRU itu semua penipuan untuk mendapat simpati dari rakyat ?
27. Wikileaks sudah menyatakan bahawa Singapura dan Australia tahu bahawa Anuwar adalah seorang peliwat. Dulu Singapura jadi tetamu rasmi di Kota Bahru, di bawa oleh DAPP, di sambut oleh YAB MB Kelantan Nik Aziz. Adakah YAB MB Kelantan Nik Aziz malu dia bawa bekas PM Singapura sekarang, atau dia masih angkuh percaya bahawa Anuwar bukan seorang peliwat ?
28. Isu Tabung Memali. Apa sudah jadi dengan Tabung Memali parti PASS ? Sampai hari ini keluarga mangsa2 Memali habuk pun takdak nampak dari Tabung Memali ini ? Di mana semua duit yang org telah sedekah di setiap tempat parti PASS telah pe...rgi kutip ? Kenapa tak ada penyokong PASS tanya di mana semua duit ini ? Siapa sudah ambik ? Macam mana boleh hilang ?
29. YB Karpal Singh dulu minta YB Anuwar, YB Lim Kit Siang dan YB Lim Guan Eng BERTAUBAT. Adakah ketiga2 dari YB ini sudah bertaubat dan minta maaf kepada YB Karpal Singh ? Kenapa penyokong pakatan 3 jahanam buat tak tahu pasal insiden besar ini ?
30. Terdapat banyak kes larikan anak oleh ahli PASS sendiri, yang di HALALKAN oleh YAB MB Kelantan, seperti kes lari anak oleh bekas Ketua Penerangan Pemuda Kelantan PASS. Depan2 ayah perempuan itu pemimpin PASS buat tak kisah, dan larikan anak dia. Perempuan itu pulak nak dijadikan Bini Nombor 2. Ini bukan kes cinta nak kahwin, tetapi nafsu pemimpin PASS yang terlalu luar kawalan. Kenapa penyokong PASS biarkan benda ini di HALALKAN oleh YAB MB Kelantan ? Adakah YAB MB Kelantan ayah kepada perempuan2 Melayu Islam di Malaysia ? Adakah penyokong PASS sudah nabikan YAB MB Kelantan kerana nafsu menghalalkan cara.
31. YB Elizabeth Wong telah disahkan berlakon di depan kamera. YB ini dah lah bogel, tapi main kat tempat2 privisi dia di depan kamera. Tak kan tak tahu dia sedang di rakam. PASS menyatakan benda itu HALAL kerana di ambik dalam rumah dia. Tetapi PASS lupa bahawa yang ambik video itu adalah seorang Melayu Islam. Jadi untuk menghalalkan pornografi YB Elizabeth Wong, parti PASS keluarkan kenyataan bahawa benda itu tak salah. Parti PASS siap bawa YB Elizabeth Wong masuk dalam Masjid selepas itu utk tazkirah dengan umat Islam, menyatakan bahawa pornografi dalam rumah HALAL dari pandangan YAB MB Kelantan. Tak salah. Kenapa ?
32. Penyokong pakatan lalang menyatakan bahawa Anuwar tersenarai dalam TOP 100 di Times Magazine sebagai org yang berpengaruh di dunia :) Bila link ini ditunjuk kepada mereka, tak ada jawapan tetapi spin ker tempat lain pulak. http://www.time.com/time/specials/packages/completelist/0,29569,1725112,00.html

Saturday, December 25, 2010

program "MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA"





TEMPAT :- SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA RAJA ALIAS 3.
MASA :- 9.30 PAGI - 2.00 PETANG.
TARIKH :- 23 DISEMBER 2010
KEHADIRAN :- 207 ORANG TERMASUK VIP

salam,
program ini berbentuk walkabout, dimana pemimpin masyarakat bertemu dengan anak-anak yatim dan orang susah didalam felda raja alias 3...program ini adalah anjuran bersama antara JKKR Felda Raja Alias 3, bersama-sama kumpulan sokongan PTAR UITM seMalaysia...YB Dato' HJ Lilah Bin HJ Yasin ( AHLI PARLIMEN JEMPOL & KETUA UMNO BAHAGIAN JEMPOL ) YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli ( EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN & ADUN KAWASAN SERTING )telah bersama-sama mendengar dan melihat sendiri permasalahan masyarakat di Felda Raja Alias 3...Yang Berhormat Berdua juga telah menyampaikan sendiri sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah semasa menziarahi mereka...

Semoga keperihatinan semua pihak yang sudi membantu anak-anak yatim dan orang susah pada program tersebut mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH swt...Bagi pihak Felda Raja Alias 3, saya merakamkan sekalung penghargaan kepada:-

1) YB Dato hj Lilah Bin hj Yasin
2) YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli
3) UITM Malaysia
4) JKKR Felda Raja Alias 3
5) JKKR Gabungan Wilayah Raja Alias
6) Majlis Keselamatan Negara.
7) Jasa
8) PDRM
9) Semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan
program "MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA"

Monday, August 23, 2010

masih ada lagi...karya Anuar mohd Nor...

TITIK PERTEMUAN..


alhamdulillah...selepas 18 thn berpisah...aku akan jumpa semula kawan-kawan sekolah sekolah menengah Lui Barat...

Friday, August 13, 2010

KPG ( Kadar perahan Gred ) sawit...

ini adalah yg sempat aku copy dari komen didalm laman fb ( anti anwar ibrahim club ) yg beri komen nih bernama mohd fathudin..sila baca dgn teliti....

Aku dah baca...

"Menurut peguam Sivarasa Rasiah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus"...

hai... manalah dapat 24 hingga 25 peratus???... Mari kita berkongsi sedikit maklumat...

Setandan buah sawit secara teorinya memang mempunyai sebanyak 22%-25% kandungan yield atau minyak yang terdapat di dalamnya mengikut kawasan, baja yang digunakan, tanah dan sebagainya. Ini termasuk minyak yang terdapat di dalam tandan kosong, minyak yang terkandung di dalam tempurung dan minyak pada PKC. Secara teorinya, minyak di dalam sabut kelapa sawit di anggarkan sebanyak 20% hingga 22% dan selebihnya terdapat pada tandan kosong, tempurungnya dan isirong sawit.

Kadar perahan sawit (OER) adalah sememangnya kurang daripada nilai teori disebabkan banyak faktor.

Faktor 1) Tidak mungkin untuk memerah 100% daripada jumlah minyak yang ada dalam kelapa sawit. Mana-mana kilang sawit juga tidak akan dapat 100% OER. cth seperti makanan, tak mungkin badan kita akan menyerap 100% nutrisi yang terdapat dalam makanan, mesti akan ada yang tertinggal walau sesihat manapun badan kita. Antara kilang yang terbaik di Malaysia yang dipunyai oleh Sime Darby kadar OER paling tinggi adalah 95%.

Faktor 2) Kebanyakkan kilang sawit tidak memperoses minyak yang terdapat pada tandan kosong disebabkan ketidak ekonomi untuk menyediakan fasiliti berbanding hasil yang diperolehi... secara teorinya, terdapat 0.8% hingga 1.2% minyak tedapat pada tandan kosong sawit, tetapi kaedah yang terbaik yang terdapat di pasaran hanya dapat mengeluarkan 50% minyak pada tandan. Jika tidak di proses, maka kadar OER perlulah di tolak dari baki yang terdapat pada tandan kosong.

Faktor 3) Buah kecil dan mempunyai kadar minyak yang rendah disebabkan kurang nutrisi pada pokok.

Faktor 4) Pokok kurang baik disebabkan kurang baja dan penghasilan yield yang rendah.

Faktor 5) Buah muda.

FELDA terkenal kerana mempunyai fasiliti kilang yang tercanggih di negara kita dan mempunyai ladang paling besar di dunia, namun kadar perahan OER di FELDA memang menunjukkan kadar yang rendah. banyak faktor yang saya tahu berlaku di FELDA dan kelima-lima faktor di atas banyak disebut2 menjadi faktor mengapa kadar perahan minyak di kilang FELDA adalah rendah. Terdapat beberapa kilang dan kawasan yang kadar OER sangat rendah mencecah 17% hingga 18% disebabkan sikap peneroka sendiri yang tamak menjual buah muda, malas membaja, malas membersihkan kawasan, dan sebagainya... ladang FELDA milik peneroka juga agak terkenal dengan buahnya yang kecil (gred B) berbanding ladang milik Sime Darby disebabkan kurang nutrisi yang betul. Kadar penggunaan baja hanya separuh dari kadar yang sepatutnya... Ini semua adalah faktor peneroka sendiri.

Oleh yang demikian, kadar perahan minyak sawit di FELDA adalah rendah dan nilai 19% mungkin bertepatan. Kadar perahan yang di rekod oleh Sime Darby adalah sekitar 20%-21%. Perbezaan 1% disebabkan oleh faktor di atas.

Untuk pengetahuan, kenaikan kadar OER sebanyak 1% tidak memberi impak yang banyak kepada peneroka FELDA disebabkan mereka hanya berjaya menghasilkan kira2 16-20 tan sawit sehektar setahun. Seorang peneroka mempunyai 10 ekar atau 4 hektar tanah sawit setiap orang. maka perbezaan pendapatan yg diperolehi hanya sekitar RM 140 sebulan (jumlah ini belum tolak upah memproses oleh kilang), serta bayaran kepada kerajaan berdasarkan kenaikan OER. Dianggarkan hanya separuh boleh diperolehi oleh peneroka iaitu tambahan RM 70 sebulan. Tetapi pendapatan dapat ditingkatkan dengan penggunaan jumlah baja yang betol dan kedah penanaman yang berkesan. penggunaan baja yang betol dapat meningkatkan hasil sawit kepada 24-28 tan sawit sehektar (cth ladang lain di Malaysia). perbezaan 8-10 tan setiap hektar ini memberi perbezaan pendapatan bersih sebanyak sehingga RM 700 setiap bulan setelah ditolak baja, upah baja dan sebagainya juga berdasarkan harga semasa sawit.

Jadi kepada para peneroka yang terlibat, peluang untuk menang dan dapat duit secara mudah RM260K seorang adalah sukar dan tidak betul kaedah yang digunapakai. Sepatutnya nak duit lebih, berusaha lah lebih untuk tingkatkan hasil. Semaklah fakta dengan betul dahulu sebelum bertindak... 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"...

Tambahan lagi, peneroka juga dibayar gaji atau elaun RM500 sebulan ketika proses tanam semula sawit dijalankan selama 3 tahun sementara menunggu sawit berbuah... (masa ni tak payah jual sawit pon dapat duit, so, mana datang duit tu??) yang ini nak beri balik pada kerajaan tak??

Wednesday, July 14, 2010

sejarah ringkas Felda Raja Alias 3

Felda Raja Alias 3..dahulunya dikenali sebagai Felda Serting 3..mendapat nama dari bekas pengerusi felda iaitu Tan Sri Raja Alias..mula dibuka pada 1977 dan menerima kemasukan peneroka pada julai 1983..

Terletak di tepi jalan Bahau-Triang, bersempadan dengan Felda Raja Alias 1 dan Air hitam..dgn tanah seluas 1147.84 hektar..Felda Raja Alias tersergam megah.sebagai salah satu daripada 316 buah felda yg wujud dalam Malaysia..

felda raja alias3 adalah salah sebuah rancangan dalam felda digugusan raja alias..terletak dalam mukim serting ilir,daerah jempol, negeri sembilan darul khusus...

pekan yg terdekat adalah pekan bahau yg jaraknya lebih kurang 8 km...walau bagaimanapun.
kini bandar seri jempol membangun dengan pesat dimana disinilah terletak nya pusat pentadbiran daerah..iaitu pejabat daerah jempol dan majlis daerah jempol...

felda raja alias 3 terletak dalam kawasan DUN serting yang diwakili oleh Dato' Shamsul Kahar Bin Mohd Deli...manakala kawasan parlimen diwakili oleh Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin...

sekarang ini pengurusan felda raja alias dipimpin oleh seorang pengurus iaitu En Yusof Bin Bakar dan jumlah peneroka ialah seramai 259 orang..penduduk seramai lebih kurang 1500 orang...

aku mula menapakkan kaki ku di felda ini pada 27/7/1983...waktu itu terlalu sukar ku rasakan..tapi kini setelah 27 tahun berlalu..aku sangat sayangkan felda..penduduknya maju bersama arus pembangunan yg disusun teratur..mengikut acuan yg cuba dibentuk oleh allahyarham Tun Abdul Razak..kini..Felda Raja Alias 3..gemilang..

Monday, July 12, 2010

pantun kepahlawanan

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung

Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan kulepaskan lagi

Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata

Patah rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal
Langkah pahlawan di tengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal

Banyak batang tumbuh cendawan
Cendawan kukur jalan ke huma
Banyak orang mengaku pahlawan
Sambutlah pukul tikam pertama

Putus sudah tali temberang
Semasa belayar di sampan kotak
Jangan berlagak jaguh yang garang
Kepala sendiri nanti yang retak

Apa guna padi bukit
Padi dibendang menabur bunga
Apa guna hati sakit
Mati bertikam termasyhur lama

Tebu bukannya bangkut
Rama-rama terbang ke kuala
Bukan kami kaki penakut
Berani kami korbankan nyawa

Memang pahit buah peria
Makanan orang pergi menjala
Jikalau mengaku taat setia
Bersamalah kita pertahan negara

Cik Embun orang berbidan
Pandai mengurut sakit kepala
Biar berkalang nyawa di badan
Kedaulatan negara kupertahankan jua

Kalau mengail di lubuk dangkal
Dapat ikan sepenuh raga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris di pinggang
Kalau tidak berani mati

Adakah perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara
Adakah bisai tahu takut
Kami pun muda lagi perkasa

Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh

Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata

Orang menyeberang gunakan titi
Titi dibuat tinggi di atas
Dalam telur lagikan dinanti
Inikan pula sudah menetas

Jika terjumpa ular tedung
Carilah buluh kayu pemukul
Berani buat beranilah tanggung
Tangan menjinjing bahu memikul

Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara

Sungguh cantik bunga yang merah
Malangnya lama tidak disirami
Kalau jasadku rebah ke tanah
Rela aku disemadikan di sini

Telur itik dari Senggora
Pandan terletak dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
Badannya terhantar di Langkawi

Tuan puteri pergi ke Lukut
Bawa pulang kacang panjang
Sedikit pun hamba tak takut
Kalau berani turun gelanggang

bagaimana org yahudi bijak ye????

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

melayu...

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing... Lihat seterusnya..
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan