Saturday, December 25, 2010

program "MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA"





TEMPAT :- SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA RAJA ALIAS 3.
MASA :- 9.30 PAGI - 2.00 PETANG.
TARIKH :- 23 DISEMBER 2010
KEHADIRAN :- 207 ORANG TERMASUK VIP

salam,
program ini berbentuk walkabout, dimana pemimpin masyarakat bertemu dengan anak-anak yatim dan orang susah didalam felda raja alias 3...program ini adalah anjuran bersama antara JKKR Felda Raja Alias 3, bersama-sama kumpulan sokongan PTAR UITM seMalaysia...YB Dato' HJ Lilah Bin HJ Yasin ( AHLI PARLIMEN JEMPOL & KETUA UMNO BAHAGIAN JEMPOL ) YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli ( EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN & ADUN KAWASAN SERTING )telah bersama-sama mendengar dan melihat sendiri permasalahan masyarakat di Felda Raja Alias 3...Yang Berhormat Berdua juga telah menyampaikan sendiri sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah semasa menziarahi mereka...

Semoga keperihatinan semua pihak yang sudi membantu anak-anak yatim dan orang susah pada program tersebut mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH swt...Bagi pihak Felda Raja Alias 3, saya merakamkan sekalung penghargaan kepada:-

1) YB Dato hj Lilah Bin hj Yasin
2) YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli
3) UITM Malaysia
4) JKKR Felda Raja Alias 3
5) JKKR Gabungan Wilayah Raja Alias
6) Majlis Keselamatan Negara.
7) Jasa
8) PDRM
9) Semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan
program "MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA"