Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Monday, December 31, 2012

Saya Sayang DS Najib Razak - ♥ ♥ ♥





Saya Sayang DS Najib Razak - ♥ ♥ ♥

Perutusan Sempena Menyambut Tahun Baru 2013 Daripada YAB DS Najib Tun Razak :

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,

1. Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.

2. Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, “Doing Business 2013” misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan “World Competitiveness Yearbook 2012” telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,

3. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.

4. Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

5. Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.

6. Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

7. Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan. Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.





Rakyat Malaysia Yang DiHormati,

8. Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi serta teliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.

9. Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita.

10. Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.

Rakyat Malaysia Sekalian,

11. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.

12. Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang. Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi. Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.

13. Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.

Selamat Tahun Baru 2013.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tan Sri Isa...Buatkan Mazlan Aliman Kocut Poghutt....




Wowwwwwww.....tak mampu terungkap dengan kata-kata begitu ramai warga felda yang hadir untuk mendengar amanat dari pengerusi felda Tan Sri Mohd Isa Samad sempena Program Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 di Padang Awam Felda Raja Alias 2, Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Dianggarkan 15 Ribu orang terdiri dari warga felda Wilayah Raja Alias,datang beramai-ramai menyambut kedatangan tahun baru 2013

YB Tan Sri Isa Samad, didalam ucapannya mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan menasihatkan warga felda jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang memang kerjanya menimbulkan rasa ketidakselesaan dan tidak tenteram didalam tanah rancangan felda. malah YB Tan Sri sempat berjenaka bila mana menceritakan himpunan oren yang berarak membawa replika patung berwajah YB Tan Sri.

Didalam ucapannya,Felda akan terus membantu peneroka dan warganya..kajian sedang dijalankan untuk membangunkan Perumahan Generasi baru dan kegiatan ekonomi khususnya belia belia yang tinggal didalam tanah felda.


Tan Sri Isa juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga felda yg setia terus bersama dengan felda dan mengucapkan syabas kepada belia belia felda yang membantu menyelesaikan masalah felda di negeri sembilan baru baru ni

Turut hadir dalam majlis ini..YB Dato Lilah Bin Yasin, Ahli Parlimen Jempol..YB Dato Shamshulkahar Bin Mohd Deli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang merupakan ADUN Kawasan Serting..Seorang lagi Exco kerajaan Negeri yang sempat bersama ialah YB Dato' VS Mogan yang merupakan ADUN Kawasan Jeram Padang..RGM Felda Wilayah RajaAlias dan ARGM..Othman Parman, Ketua Peneroka Felda Wilayah Raja Alias. Tuan DO Daerah Jempol...dan beberapa tetamu vip yang lain...turut serta ketua-ketua dan ahli komponen Barisan Nasional Parlimen jempol..

Tahniah kepada Urusetia, semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang bertungkus lumus menjayakan sambutan tahun baru ni..Kredit kepada Cikgu Azman yang memimpin dan memantau bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar...TAHNIAH kepada YB Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin ( Ahli Parlimen Jempol ) yang berjaya menggerakan Jentera Barisan Nasional sehingga mendapat kehadiran diluar jangkaan...Tahniahhhhhh YB Dato Lilah......









#Kata aku...Kalau mcm ni yang  datang...kompomlah BN yang dipangkah dek peneroko..Org ghumah eaa dan anak cucu....



Sunday, December 30, 2012

Rakyat Singapore pon Sokong BN....


PENGAKUAN SEORANG RAKYAT SINGAPURA YANG MENYOKONG BN! 

Apa yang di lakukan parti PAP di Singapura tidak tumpah seperti mana yang di lakukan parti DAP di Malaysia kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai pertalian seperti adik dan abang di dalam menghapuskan keistimewaan hak milik bangsa Melayu di dunia.

Dahulunya di Singapura, PAP meletakan pemimpin dari kalangan orang Melayu untuk mendapatkan kuasa politik. Namun kini setelah PAP dapat mempengaruhi orang Melayu Singapura melalui politik orang Melayu, PAP telah menunjukan belang apabila tidak mengiktiraf peranan bangsa Melayu di dalam pentadbiran Negara tersebut.

Semasa Singapura masih di dalam Malaysia, Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew, sebagaimana yang dicatatkan di dalam akhbar Strait Times bertarikh 5 Mei 1965, telah mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan bahawa taraf pribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika dibandingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain.

Di dorong sama ada oleh agenda politik yang menjurus untuk memajukan kepentingan politik Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura ataupun kerana memang betul-betul jahil tentang sejarah, budaya, dan penduduk pribumi di rantau ini, Lee mengaitkan orang Melayu Malaysia dari keturunan Indonesia sebagai pendatang yang sepatutnya setaraf dengan masyarakat pendatang yang lain.

Kesimpulan serupa yang meragui kepribumian orang Melayu terus dilakukan oleh orang bukan Melayu di Singapura dan sesetengah ahli politik bukan Melayu di Malaysia, sama ada oleh pihak pembangkang mahupun parti pemerintah. Perkara ini dapat dilihat melalui contoh kenyataan yang diberikan oleh Tan Lian Hoe (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) ataupun Chong Eng (DAP).

Selepas Singapura ditendang keluar dari Malaysia, Pemerintah Singapura telah menjalankan pelbagai usaha untuk melemahkan kuasa politik Melayu yang merupakan kaum asal di negeri ini. 


Antara usaha yang dilakukan adalah mengekalkan taraf minoriti penduduk Melayu di Republik tersebut. Dalam akhbar Straits Times bertarikh 15 Disember 1986, Lee Kuan Yew dalam forum di Universiti Nasional Singapura telah mendedahkan niat Pemerintah Singapura untuk mengekalkan dominasi penduduk Cina Singapura kerana bimbang dengan kemerosotan kadar kelahiran penduduk keturunan Cina.

Isu ini telah dinyatakan sebagai salah satu masalah negara di dalam Hari Kebangsaan 1988 dan Lee Kuan Yew mendedahkan Pemerintah Singapura akan meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong. Etnik minoriti terutamanya Melayu sedar dasar ‘Mengekalkan Imbangan Kaum’ di Singapura sebenarnya lebih kepada mengekalkan Ketuanan Cina.

Tindakan kedua yang dilakukan adalah dengan menghapuskan kawasan kubu majoriti Melayu terutamanya kampung-kampung menerusi program mega penempatan semula bandar dan Dasar Perumahan Awam dengan menempatkan masyarakat Melayu ke merata kawasan perumahan baru.

Perkara ini telah diakui oleh James Fu dalam kenyataan di akhbar Straits Times bertarikh 4 Mac 1988. Tindakan ini telah menjejaskan undi kolektif masyarakat Melayu dan menghalang mereka untuk bertindak sebagai gerakan penting dalam menentukan keputusan pilihanraya.

Kenangan kampung di Singapura sekitar tahun 1960-an.

Tidak cukup dengan itu, Pemerintah Singapura telah memperkenalkan pula sistem Kuota Kediaman Etnik pada tahun 1989 untuk kawasan perumahan awam bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk blok perumahan awam, kerana dikatakan menjadi tumpuan perkauman. Sedangkan yang peliknya, bagi masyarakat Cina, kuota mereka dibiarkan sehingga melebihi 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam, atas alasan untuk memastikan ‘percampuran kaum yang seimbang’.

Bagi melemahkan lagi kuasa politik masyarakat Melayu terutamanya Parti Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), sistem Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) telah diperkenalkan. Melalui sistem ini, sesebuah kawasan / wad akan dipertandingan secara berkumpulan, bukannya secara individu. Sistem ini telah melemahkan mana-mana calon etnik minoriti termasuk Melayu daripada menyuarakan sebarang isu sensitif yang menjurus kepada etniknya kerana akan dituduh sebagai perkauman dan seterusnya melemahkan sokongan etnik dominan untuk pasukan GRCnya. Sumber 

Mazle Alime Macam Pacat laa...





















Aku terkejut bila peneroka kemahang 3,sanggup datang Kuala Lumpur beramai-ramai. Aku ingat diorng ni nak sokong Mazle Alime yang mengadakan demo Oren 2, katanya nak suruh Tan Sri Isa dipecat dari Jawatan sebagai Pengerusi Felda. Kononnya TSI tak sesuai jadi Pengerusi Felda. Rupa-rupanya ada cerita yang tersembunyi sehinggakan Peneroka Kemahang 3, sanggup datang beramai-ramai ke Kuala Lumpur sebab nak hantar Memorundum kepada Mazle Alime. Mereka dah cuba hubungi Mazle Alime berbagai cara untuk meminta penjelasan mengenai pembahagian RM 11Juta hasil Kes Saman Kemahang 3.

Namun untuk sekian kalinya, Mereka gagal untuk serahkan memorundum tersebut, sama ada Mazlan Aliman tak nak terima atau Mazle Alime tak tahu ataupon Mazle Alime takut, itu aku tak pasti...cuma yang aku pasti selepas gagal menyerahkan memorundum ini, Peneroka Kemahang 3 membuat kenyataan seperti yang ada dalam Youtube ini.



Aku kata Mazle Alime ni mcm pacat...lepas hisap terus hilanggggg

Wednesday, December 26, 2012

8 Kesesatan Ketara Dikenalpasti MAIK Dalam AMANAT HAJI HADI

8 Kesesatan Ketara Dikenalpasti MAIK Dalam AMANAT HAJI HADI

Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak. Apabila dikritik atau dipersoal 

tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.

Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS. Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat di atas. Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya.

Begitu juga dengan Presiden PAS, iaitu Dato’ Seri Hadi Awang yang juga berkongsi sifat yang sama. Lebih buruk lagi, Hadi Awang juga nampaknya seorang yang pengecut apabila tidak berani tampil memberi respon terhadap isu Amanat Kafir yang difatwakannya sendiri hampir 3 dekad lalu. Walaupun sudah berhari-hari isu ini ‘dipanaskan’ semula oleh media-media perdana, tetapi Hadi Awang masih membisu hatta langsung hilang dari ‘radar’. 


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang. Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan. Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya: 

1. percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO,

2. percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

3. percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4. percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

5. percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

6. percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.

7. percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

8. percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.




Pihak PAS berusaha menolak dan menutup isu ini dengan alasan ia telah basi, namun soal syahadah dan akidah, soal hubungan suci suami isteri, hubungan darah daging, soal kesinambungan hidup serta kehilangan nyawa, serta soal murni perpaduan ummah dan masyarakat setempat, tidak mungkin basi kerana ia bukan sahaja membabitkan dunia, tetapi merupakan soal rohaniah yang bakal dibangkitkan di akhirat kelak.

Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut, maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir? Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur, dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir?

Dan siapa yang perlu dipersalahkan apabila anak-anak yatim Memali kehilangan bapa kerana bapa mereka percaya yang mereka berjihad menentang orang-orang kafir?!

Apakah Hadi Awang ingin berkata bahawa penyokong-penyokong PAS sendiri yang bersalah kerana terlalu bodoh sehingga ‘tersalah tafsir’ amanatnya? Jika ya, beliau tetap bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan apakah tafsiran yang sebenarnya.

Justeru, penyokong-penyokong PAS wajib menyeru Hadi Awang agar keluar dari persembunyian dan berhadapan dengan amanatnya sendiri sebagai anak jantan kalaupun tidak sebagai seorang ulama.

Penyokong-penyokong PAS perlukan satu kepastian sama ada untuk terus berpegang kepada amanat tersebut dan bahawa 8 perkara di atas adalah wajar, tepat dan benar – ataupun tidak.

Adalah tidak wajar bagi Hadi Awang untuk terus membisu membiarkan penyokong-penyokong tegarnya yang terlibat, termangu-mangu bertanya kafir atau tidaknya ibu mereka yang telah meninggal dunia atau isteri mereka yang telah diceraikan sebegitu lama?

Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW: “Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya.(KLIK)

"APA JASA PAKATAN RAKYAT KEPADA FELDA???

"APA JASA PAKATAN RAKYAT KEPADA FELDA???


1. Memecahbelahkan Warga Felda

2. Mengalakkan Ceramah Maki-Hamun dan Fitnah
3. Kutip derma dari Warga Felda untuk kepentingan Pemimpin Atasan 
4.Mensabotaj Kepentingan Felda demi Agenda Parti Komunis DAP

Terima Kasih kepada MYMassa Voice ( KLIK )



Monday, December 24, 2012

" Anak Felda " mengamukkkkkkk...di Bangi



Tahniah kepada pasukan bolasepak dari Wilayah Trolak yang telah berjaya menjuarai kejohanan bolasepak Sukan Warga Felda 2012. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Institut Penyelidikan Negara ( INSPEN ) telah menemukan pasukan Wilayah Trolak dan Wilayah Kuantan di pertandingan akhir...Keputusannya Wilayah Trolak berjaya menjadi juara dengan jaringan 2-1...Perlawanan yang menghiburkan dengan masing menunjukkan skil dan kawalan bola yang baik disaksikan sama En.Anuar Bin Malek, Pengarah Pembangunan Komuniti Dan Koordinasi Felda yang sempat meluangkan masa menyaksikan bakat bakat anak muda felda didalam bolasepak...Tahniahhhhh buat pasukan bolasepak Wilayah Trolak dan Tahniahhh juga kepada jabatan Komuniti Felda yang berjaya menganjurkan Sukan Warga Felda 2012 dengan jayanya...





Sukan Warga Felda 2012




Sukan Warga Felda kembali lagi, kali ini bertempat di Institut Penyelidikan Negara (INSPEN) Bangi.
bermula dari 21 Disember 2012 dan akan berakhir pada 25 Disember 2012. Pelbagai acara dipertandingkan seperti Bolasepak,Futsal,Bola Jaring,Bola Tampar, Tinju dan lain-lain lagi...malah ada satu acara yang lain dari sukan iaitu Pidato yang diwakili oleh Petugas Sosial di Felda...



Memang menarik, selain dapat menyihatkan tubuh badan ianya juga dapat merapatkan jalinan ukhwah sesama warga felda....selain itu dapat berkongsi rasa,cerita dan pengalaman dan mengcungkil bakat bakat warga felda....terima kasih FELDA kerana menyatukan pemikiran dan pemahaman kami dan aktiviti dalam Sukan...menyatukan kami dalam tindakan...Sekalung tahniah juga kepada En Anuar Bin Malek, Pengarah Pembangunan Komuniti Dan Koordinasi Felda dan seluruh warga kerjanya....yang bertungkus lumus menjayakan SUKAN WARGA FELDA.." Sukan Untuk Kesihatan " jommmm kita selongkar apa yang berlaku......











En. Anuar Bin Malek, Pengarah Pembangunan Komuniti Dan Koordinasi, sempat meluangkan masa menyaksikan pertandingan pidato petugas sosial ( SDA ) untuk memberikan sokongan moral kepada peserta. Tahniah...walaupon kesibukan dengan tugasan masih sempat meluangkan waktu...Inilah amalan seorang ketua yang baik untuk ditiru oleh Staff...Tahniahhh sekali lagi terbaikkk..