Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Wednesday, October 17, 2012

Pertugas Sosial Felda Perlu lebih Berani...



Pertugas sosial perlu lebih berani dan mesra menjadi penghubung diantara warga felda dengan pentadbiran felda.Mereka perlu menjadi penyampai maklumat kepada peneroka dan warganya, menyampaikan hasrat peneroka kepengetahuan pentadbiran felda dan kerajaan


Pertugas sosial Felda berperanan menjalankan dasar Felda ditanah rancangan ,diantaranya melaksanakan kerja -kerja pembangunan masyarakat peneroka dan warganya meliputi bidang pendidikkan, ekonomi, keselamatan,keceriaan kampung, menangani gejala sosial dan lain-lain. Petugas sosial perlu lebih agresif supaya tranformasi kearah kesejahteraan keluarga dan masyarakat peneroka dapat dicapai.


Peranan yang dimainkan oleh Pertugas Sosial ini yang telah membawa banyak kejayaan kepada Felda. Kerjasama dan Penyatuan pemikiran antara Pertugas Sosial dan Komuniti Felda di tanah rancangan menghasilkan Kemakmuran dan Kesejahteraan hidup warga Felda....

TERIMA KASIH FELDA...





Monday, October 15, 2012

Kalau Pangkah PAS boleh masuk syurga apa jaminannya??

 
 
 

Kalau Pangkah PAS boleh masuk syurga apa jaminannya??

 
 
 
 
habis tu...apek apek, aci dan ane serta nyonya yang pangkah PAS tuh..pon boleh masuk sturga jugak??....mati kena akalkan je dgn parti ni...wakakakakak

Sunday, October 14, 2012

PAS hanya penting KUASA

Pas hanya pentingkan kuasa

SAYA tidak lagi dapat meletakkan perjuangan saya melalui wadah Pas pada ketika ini. Perkembangan Pas mutakhir menjadikan saya menolak gagasan parti tersebut, walaupun PRU-12 memberi jumlah kerusi yang lebih kepada mereka, lantas memberi semangat baru dan menaruh impian tinggi pada PRU-13 nanti.

Saya dapat rasakan semakin ramai memilih untuk tidak memberi sokongan dan bersimpati dengan parti tersebut atas beberapa perkara utama.

* Pertama, tertib serta kemurnian sebuah perjuangan Islam tidak berlaku dalam Pas. Ia hanya sebuah parti politik biasa yang inginkan kuasa. Banyak amalan Islam yang boleh dilaksanakan tidak menjadi gerak kerja dan agenda, konon untuk dapat kuasa dulu.

Parti hanya mempamerkan sengketa dan memilih konfrantasi dengan lawan walaupun sesama Islam yang masih bersyahadah dan mengerjakan amalan Islam yang utama. Niat sebuah perjuangan suci seperti tidak dimanifestasikan dalam bentuk cara untuk mencapai cita-cita perjuangan Islam. Pas menjadikan perjuangan yang terikut-ikut semata-mata.

* Kedua, peribadi sebahagian pemimpinnya tidak mewakili akhlak Islam yang sejati, sebaliknya bebas mengherdik secara keterlaluan, sehingga bukan lagi sebagai ungkapan berdakwah, tetapi cercaan dan kata mengata. Lidah rasmi Harakah jauh daripada bertindak sebagai saluran mendidik dan menyampaikan tarbiyah kepada rakyat tetapi hanya mengenengahkan isu dalam usaha menjatuhkan lawan.

* Ketiga, kesal dengan usaha PAS meresapi pemikiran generasi muda dan pelajar seolah-olah nilai seorang mukmin hanya melalui perjuangan dan sokongan menjatuhkan kerajaan. Sepatutnya Islam perlu difahami sebagai ajaran yang mendamaikan, menasihati dan membimbing.

* Keempat, perkembangan pengamalan umat Islam ke atas perintah Allah seperti menutup aurat, kepekaan ke atas makanan halal, menitik berat pendidikan secara Islam, mencari corak hiburan yang lebih Islamik serta lain-lain yang mengubah peribadi mereka kepada yang lebih mulia telah dicetuskan hasil pendekatan dakwah. Wadah dakwah yang lebih hikmah dan pelbagai bentuknya telah mengubah umat Islam beramal dan menerima ajaran Islam.

Di sebalik senario tersebut, Pas yang wujud sejak tahun 50-an hanya hebat dalam berpidato dan mahir berkata-kata di atas pentas politik. Melalui Pas, rakyat hanya mendengar Islam tetapi susah melihat realiti amalan Islam dalam bentuk praktis. Peranan datang daripada mubaligh dan daie yang lebih berhemah dan berhikmah dalam mengubah masyarakat ke arah pengamalan Islam di setiap sudut.

Perubahan telah masuk dan meresap ke rumah, pejabat, sekolah, universiti, pentadbiran kerajaan dan lain-lain. Dakwah telah melancarkan amalan Islam dengan berkesan dan tertib. Pejuang Pas hanya sibuk menjelaskan isu politik, mengabaikan pengajaran ilmu dan tarbiah secara objektif.

Tiba masanya umat Islam membetulkan arah tuju perjuangan. Kekuatan sebenar terdapat kepada umat Melayu Islam yang boleh bersaing serta membentuk kekuatan sendiri, tetapi telah menjadi lemah kerana terlalu bersengketa dan berbeza pendapat.

Persoalan siapa yang paling benar, perlu diganti dengan ungkapan bagaimana harus kita bersatu dan mengelak sengketa. Pengorbanan perlu dijayakan bersama untuk mendekatkan umat yang sedang berpecah dan lemah ini. Kembalilah kepada jalan lebih mendamaikan untuk menguatkan perpaduan supaya rakyat dapat menikmati kelebihan daripada perpaduan tersebut. Semuanya perlu dijayakan atas rasa keimanan dan ketaqwaan.

HASANUDDIN AB. RAHMAN



Tampoi, Johor Bahru

Saturday, October 13, 2012

PAS di FITNAH..?


::Hukum Fitnah::

Bismillahirrahmanirrahim.

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

Firman Allah SWT :
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam : 10-12)

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT :
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar."
(An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."

(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Kita boleh lihat dengan jelas strategi pihak pembangkang yang menaburkan fitnah terhadap YAB Perdana Menteri dan Kerajaan kononnya melakukan kezaliman dan mengabaikan kebajikan kepada rakyat malaysia. Malah mereka tanpa segan silu keluar masuk kampung menjaja cerita, menjual fitnah seolah olah kerajaan tidak pernah melakukan kebaikan kepada rakyat.Mereka melakukkan ini dengan tujuan rakyat marah kepada kerajaan.rakyat benci kepada kerajaan dan menimbulkan keadaan huru hara dan akhirnya memberikan mereka kelebihan semasa PRU nanti.

Bangkitlah........, Ayuh kita bersatu padu,tolak fitnah fitnah yang bertaburan...gunakan kebijaksaan akal bukannya menggunakan emosi untuk mrnghukum tanpa selidik kebenarannya.

Friday, October 12, 2012

PAS kena KUBURkan???



En.Mohd Razali Bin Abdul Rahman mendedahkan salah satu tindakan yang dilakukan oleh DAP sekiranya Pakatan rakyat dapat memerintah Malaysia ialah menghapuskan PARTI POLITIK berteraskan AGAMA ISLAM, Jelas sekali Niat DAP ialah untuk menghapuskan PAS, Seandainya betul pakatan rakyat dapat memerintah, PAS pastinya berkubur bersama agenda agenda DAP yang lain

En.Mohd Razali Bin Abdul Rahman, bekas pegawai tugas tugas Khas kepada Khalifah Tokong Guan Eng, turut mendedahkan bagaimana DAP mendapatkan bantuan dari Yahudi dengan balasan Malaysia akan menyerahkan Port Dickson sebagai Markas Tentera Israel



Kepada Pengikut PAS, beliau turut menyatakan bahawa DAP memang memperkudakan PAS untuk meraih undi orang melayu, Mempergunakan PAS untuk meraih undi orang orang ISLAM demi merebut kuasa politik malaysia


pepecahan dalam PAS terbahagi kepada 2 kumpulan juga dipergunakan sebaik mungkin oleh DAP yang meresap dalam pemikiran pengikut pengikut PAS. Seperti yang di nyatakan oleh DR Shanon Ahmad, PAS kini hilang kredibiliti parti yang mempertahankan Syariat ISLAM
#kata ANJ senang je...marilah kita bersatu demi Agama,Bangsa Dan Negara...demi kuasa yg akan menentukan hala tuju kita orang islam..

Baik PAS, UMNO dan PKR....bersatulah Demi ISLAM,Berpadulah Demi BANGSA dan Bergandinganlah Demi NEGARA


Bila Ibu Berbicara

Oh Ibu~

ada satu cerita yang di copy paste. 

Cerita interesting pagi tadi.
Tadi ada appointment kat hospital PPUM. Masa tunggu nombor dipanggil, ada seorang makcik yang umur dalam 60an, jalan pelan2 dengan tongkat dan membongkok, bersama anak pompuannya dalam lingkungan 22 tahun. Diorang duduk dekat dgn tempat saya duduk. Anak dia mengomel: "Dah sejam tunggu.. letih la mak.."
selang beberapa minit: "Aduh.. bosannye tunggu lama camni.."
selang beberapa minit: "Sakit pinggang tunggu macam ni.."
selang beberapa minit: "Buat rasa mengantok je laahh.."

Tiba-tiba makcik tu berkata, (sila baca dengan nada perlahan, lemah lembut, dan penuh sayu):
"Masa mak mengandungkan kau 9 bulan, satu saat pun mak tak pernah mengeluh, Mira"

BAAAMMM..!!!! Terdiam minah tu. Dan ayat tu seriously umpama beribu2 anak panah menikam jantung & hati saya. Terkesan sangat. Lalu termenangis kat situ..

Thursday, October 11, 2012

Pemain Baru Red Devil

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=435798466467598&set=a.435760636471381.94661.373963425984436&type=3&theater
Danish El Zhariff Bin Mohammad Razif Fazihan...born 21.01.2012

From My Friend Facebook, ask for all my friend "vote for my son DANISH...but u need to click like on the fan page first... PLEASE...thanks"-Dayang Rabiah http://www.facebook.com/dayang.rabiah

BMU Contest -27-

# Bicara Tok Jampi Sonang Jo...semuwo kawan kawan...tolong like pado Gambar adik Danish El Zhariff....kek
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=435798466467598&set=a.435760636471381.94661.373963425984436&type=3&theater# 

terimo kasih banyak banyak pado yang like dan yang tak like, sampai hati tak maun like...kocik hati tok jampi...wakakakakakakaka

Pencipta Nama Proton Saga


Staf Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen di Pulau Pinang telah diisytihar pemenang  menamakan motokar nasional sebagai Proton Saga. Pelancaran Proton Saga telah dilakukan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1985. 

seluruh rakyat telah dipelawa untuk mengambil bahagian menamakan motokar nasional tersebut. Peraduan anjuran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) telah menarik penyertaan 102,823 orang. 

Gambar: Pemenang Pencipta nama kereta Proton Saga Yang Pertama Saudara Staf Sarjan Ismail —
*sumber dari Barisan Nasional Volunteer

Bila Gendang PRU berbunyi...Hudud akan bernyanyi...


PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA

Pelaksanaan hukum Hudud bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Di sebuah batu bersurat yang bertulis dengan tulisan Jawi yang telah dijumpai di suatu tempat berhampiran Kampung Buluh di Sungai Tersat, Kuala Berang di Hulu Terengganu yang mana tarikhnya ialah 22 Februari 1303 bersamaan dengan 4 Rejab 702 A.H. disebutkan:-

“Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu dimatikan.”

Namun, selepas di kaji melalui bacaan buku Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia karangan Ahmad Mohamed Ibrahim, dapatlah disimpulkan bahawa tidak ada undang-undang Malaysia yang mengikut hukum Hudud atau menggunakan hukum Hudud secara tepat seperti yang disyari’atkan. Sebagai contoh dinyatakan bahawa apabila berzina, hukuman had yang sepatutnya dikenakan dalam Hudud adalah dirotan 100 kali bagi pesalah bukan muhshan, dan direjam sampai mati bagi pesalah muhshan. Namun dalam undang-undang Malaysia, pesalah zina dan rogol dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan tidak melebihi 10 sebatan dan denda di bawah Seksyen 46(2) (cabul), Seksyen 10 (sumbang mahram), Seksyen 11 (zina), dan Seksyen 16 (kehamilan di luar nikah) dalam Kanun Jenayah Syariah 1985, serta Seksyen 375 dan 376 (mengenai rogol) dalam Kanun Keseksaan.

Undang-undang Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri. Ini bermakna kuasa perundangan dan pentadbiran undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Badan yang berkuasa untuk membuat undang-undang berkaitan agama Islam adalah Dewan Undangan Negeri. Keadaan ini menjadikan setiap negeri perlu membuat enakmen tersendiri berkaitan perundangan dan pentadbiran Islam selagi mematuhi Perlembagaan dan tidak melangkaui sebutan-sebutan dalam Undang-undang rasmi negara.... JADI APA LAGI ALASAN PAS UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN??UMNO TIDAK PERNAH TOLAK HUDUD TAPI UMNO MENOLAK HUKUM HUDUD ACUAN PAS YANG JAUH MENYIMPANG.... DEKAT PILIHANRAYA HUKUM HUDUD PUN DI PALU SELESAI PILIHANRAYA,BISU TIDAK BERSUARA



- Sumber Suara Generasi Baru

Datuk Seri Anwar Ibrahim Menempelak Nik Aziz



Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Musyidul Am Pas,dengan mengatakan Nik Abdul Aziz perlu lebih Konsisten dalam pendiriannya terutama perkara berkaitan prinsip dan keadilan dalam islam

"Pas pula apabila pemimpinnya ditangkap khalwat dan didakwa oleh JHEAIK,terus menuduh ada pakatan oleh pihak lain.

"Itu bermakna,semua orang PAS bebas melakukan sebab mereka rasa semuanya muslihat orang lain,Malahan kalau ditangkap di bilik berkunci, masih dikatakan muslihat,"katanya

Anwar mengulas demikian apabila Nik Abdul Aziz mempertahankan Mohamad Sabu
 ( Ketika itu Ahli Parlimen Nilam Puri ) yang ditangkap khalwat dengan isteri orang






Tuesday, October 9, 2012

Sarjana UK sahkan Mat Indera komunis

Sarjana UK sahkan Mat Indera komunis

PULAU PINANG 9 Okt. - Seorang sarjana dari United Kingdom (UK) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan kenyataan Mat Indera kepada pihak polis ketika ditahan, dia mengakui sebagai anggota komunis.
Dr. Karl Hack, 46, pensyarah kanan dari Jabatan Sejarah di The Open University, UK berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong juga menggunakan perjuangan komunis sebagai alat untuk menentang British ketika itu.
Menurut Karl yang dianggap pakar dalam kajian darurat dan komunis di Malaysia, beliau membuat kesimpulan Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan.
Bagaimanapun dalam hal ini, katanya, beliau tidak bergantung kepada buku Memoir Abdullah C.D. kerana buku tersebut ditulis hanya melalui ingatan bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) itu tanpa sokongan dokumen-dokumen...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Sumber Dari Utusan Malaysia


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121010/dn_01/Sarjana-UK-sahkan-Mat-Indera-komunis#ixzz28rwPfVe9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bila NADI berdenyut

Berapa Banyak Program Yang Kita Buat Berjaya dengan cemerlang??
Adakah Pernah Melalui Waktu GAGAL menguruskan Program?
Pernahkah Kita GAGAL mencari kewangan untuk menjalankan Program??.
MUNGKIN..!!! pernah


DI Kem NADI,semua diperingkat Kepimpinan Dalam Tanah Rancangan Felda
di'SUNGKAI' supaya berjaya menjalankan program ditempat masing masing

Disini juga, semua peserta diberikan motivasi dan membakar semangat supaya setiap pesertanya berjiwa besar dan menyayangi NEGARA

Peserta diajar,bagaimana merancang dan menguruskan program dengan betul.Mereka juga diberikan tunjuk ajar dan bekerja dalam satu kumpulan. Rata-rata peserta yang pernah melalui program di Kem Nadi Ini tidak sabar untuk mempraktikkan apa yg mereka dapat disini

Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Maufakat
Bakti DiSemai Bukti Dituai

"Felda Hanya Satu Didunia"

SPRM DIMINTA SIASAT BAS MEWAH PKR

 MUTAKHIR

NGO minta SPRM siasat bas mewah PKR
PUTRAJAYA: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini berhubung pembelian dan pemilikan bas mewah dua tingkat untuk kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, berharap SPRM menyiasat perkara itu secepat mungkin atau dalam masa sebulan dari sekarang kerana disyaki wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian, pemilikan dan penyewaan bas itu yang dianggarkan bernilai RM900,000. Hamidzun mendakwa bas bernombor pendaftaran BLU 8719, didaftarkan pada 3 September lalu untuk kegunaan persendirian dengan nama pemilik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ia berjenama Dong Feng iaitu syarikat yang sama membekalkan 50 lori kompaktor sampah kepada Selangor.
Sehubungan itu, katanya, Abdul Khalid perlu bersedia menjawab beberapa persoalan.
"Antaranya bank yang sanggup memberikan pinjaman itu, sedangkan beliau masih menghadapi saman Bank Islam Malaysia Berhad kerana gagal menjelaskan pinjaman RM60 juta," kata Hamidzun, bekas setiausaha UMNO Bahagian Kapar, kepada pemberita sebelum membuat laporan itu.
- BERNAMA

DAP akan kuburkan PAS

 seperti yg didedahkan baru baru ini, kabinet bayangan oleh pakatan rakyat kalau dapat menerajui negara jelas di polupori oleh PKR dimana Anuar ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Manakala isteri beliau dan anaknya Nurul Izzah sebagai menteri penuh..Manakala Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Lim Guang Eng Sebagai Timbalan Perdana Menteri II

Cuma yang melucukan kabinet bayangan ini membuktikan serakah pakatan rakyat yang mengamalkan nepotisme dan kronisme yang selama ini dilaung laungkan oleh pakatan rakyat yang menuduh Barisan Nasional mengamalkan Kronisme dan Nepotisme

belum pernah dalam sejarah malaysia suami, isteri dan anak akan bergandingan dalam satu kabinet sekiranya pakatan rakyat diberikan mandat untuk memerintah malaysia
 yang nyata tiada nama seperti Nik Aziz dan Mat sabu dalam kabinet bayangan tersebut...seolah olah men'IYA'kan kata kata sdr Mohamad Razali Bin Abdul Rahman bekas pegawai khas Jeef Oii,bahawa sekiranya pakatan rakyat dapat memerintah, DAP akan memastikan parti yang berlandaskan agama ISLAM seperti PAS berkubur
oleh itu ANJ ingin mengajak semua penyokong UMNO dan PAS untuk bersatu pada PRU13 ini bagi mengekalkan kuasa melayu yang mendokong agama ISLAM terus bertapak dibumi MALAYSIA bertuah ini..Ayuhhhhhhhhhhhhhhhh...!!

Monday, October 8, 2012

BR1M 2.0 Kembali Lagi

Permohonan BR1M 2.0 boleh dibuat secara online
di laman web Kementerian Kewangan atau
 menggunakan borang mulai 1 November ini




Tranformasi ABATA Felda


Program ABATA Felda yang diadakan di Kem NADI, di Sungkai, Perak.
 Peserta peserta yang terdiri dari pemimpin komuniti tanah rancangan Felda Wilayah Raja Alias, seramai 159 orang mengisi slot kali ini
 Peserta didedahkan dengan modul ciri ciri pemimpin yang berlandaskan islam dan berkharisma
malah peserta juga diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan idea, berkerja dalam satu kumpulan dengan harapan apabila pulang di tanah rancangan masing masing, perserta boleh mempraktikkan
dan mengongsikan ilmu, menyatukan pemikiran masyarakat felda
bagi membangunkan dan memperindahkan lagi
komuniti rancangan masing masing
Dengan kehadiran Ybhg Encik Anuar Bin Malek,Pengarah Pembangunan Komuniti Dan Koordinasi
FELDA,memberikan penerangan,nasihat dan pandangan, jelas menampakkan kematangan FELDA
dalam menuju Tranformasi Felda seperti yang dikehendaki oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Beliau menyeru agar Pemimpin Pemimpin Masyarakat Felda supaya peka dengan
perkara yang berlaku disekeliling Felda.Beliau menuntut supaya pemimpin pemimpin ini menjadi mata
dan telinga, malah menjadi pengerak yang membangunkan Felda

Pemimpin Pemimpin yang menjadi peserta kursus kali ini, jelas terpancar keazaman
bertekad untuk terus gemilang bersama FELDA, mereka berikrar apabila pulang ditanah
rancangan masing masing, akan berusaha dengan gigih dan menolak dakyah dakyah luar
yang cuba memecahkan perpaduan dalam masyarakat FELDA.


Thursday, October 4, 2012

Bakal PM malaysia

~cakap sini abis sini eaa~.....kih kih kih

Jenama Dunia

sejak penubuhan FELDA dari 1956 sehinggalah hari ini...Felda telah berjaya mengangkat mertabat khususnya orang orang melayu keluar dari garis kemiskinan


seramai 112 635 keluarga yang terpilih menjadi peneroka felda dan kini warga felda telah melebihi 1.5 juta telah menjadi komuniti contoh kepada komuniti luar bandar


hari ini dunia menyaksikan kemegahan FELDA diserata dunia, kemana saja kita pergi...ke Amerika, Arab Saudi, London dan sebagainya kita boleh melihat Lambang Felda dimerata tempat.sebagai Anak Felda " aku amat bangga "

Wednesday, October 3, 2012

Komunis menyerang Malaysia

Kita cuma kenal Chin Peng, Rashid Maidin, Mat Indera, Shamsiah Fakeh dan sebagainya...adalah pemimpin parti Komunis malaya....

kita kenal ke, Min Yuen pasukan gerakan bawah tanah yg ditubuhkan oleh PKM untuk menyusup masuk dalam masyarakat dengan tugas membekalkan gerila, perubatan, makanan,wang dan maklumat serta membunuh agen2 dan pembelot kepada komunis??

Adakah Min Yuen ini turut terbubur dgn perletakan senjata oleh PKM...atau meresap dalam masyarakat hari ini seterusnya meneruskan agenda untuk menakluki malaysia melalui politik
anak cucu mereka kini bertebaran diserata malaysia menjalankan misi tidak selesai oleh datuk dan ayah mereka...