Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Sunday, June 29, 2014

Belanda Iringi Brazil Dan Colombia Ke Suku Akhir

Piala Dunia: 
Keputusan : Belanda  2 - 1  Mecixo


Finalis empat tahun lalu, Belanda melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Mexico 2-1 pada perlawanan penuh dramatik di Stadium Castelao, Fortaleza, sebentar tadi.
Jaringan kemenangan Belanda dijaringkan Klaas-Jan Huntelaar pada masa kecederaan hasil sepakan penalti selepas Arjen Robben dikasari pertahanan Mexico, Rafael Marquez. 
Mexico terlebih dulu di depan menerusi Giovani dos Santos (m48) sebelum Wesley Sneijder menyamakan kedudukan pada minit ke-88.

YAB NajibRazak Melawat Tn Hj Hadi Di IJN

Mencari Persamaan Bukan Perbezaan 
Semoga Ramadhan Ini Memberikan Penuh Keberkatan Dan Kerahmatan Buat 2 Pemimpin ini
Semoga Tn Hj Hadi Segera Sembuh Seperti Biasa...










Saturday, June 28, 2014

Perutusan Bulan Ramadhan 1435H YAB Perdana Menteri

 28th, 2014 by Najib Razak

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

  1. Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.
  2. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  3. Ramadhan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni. Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT.
  4. Oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian kita bernegara.
  5. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadhan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara.
  6. Dalam pada itu, di samping kita isi dan hiasi Ramadhan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah kita lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186 semasa menyentuh berkenaan Ramadhan yang bermaksud:
  7. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu…”

  8. Semoga Ramadhan tetap menjadi bulan untuk kita mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang. Diakhiri perutusan ini dengan harapan, semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita dalam meninggikan kalimah Allah di bumi tercinta ini.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Rodriguez Bawa Colombia Ke Suku Akhir

James Rodriguez sekali lagi muncul wira Colombia dengan menjaringkan 2 gol buat pasukannya sekaligus mengesahkan kemenangan mereka ke atas Uruguay. Uruguay yang beraksi tanpa Luis Suarez gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan tersebut. Kemenangan ini bermakna Colombia mengikuti jejak langkah Brazil yang telah layak ke pusingan suku akhir.

Sumber - Astro Awani

Brazil Layak Suku Akhir

Brazil melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Chile dalam penentuan sepakan penalti ( 3 - 2 ) Sebelum itu kedua pasukan terikat 1 - 1 sehingga tamat masa tambahan.


Moh Kito Ghamai-Ghamai Menunaikan Solat Sunat Terawih Kat Masjid

Selamat Mengerjakan Ibadah Terawih
Semoga Kita Semua Mendapat Berkat Dan Rahmat Di Bulan Yang Penuh Keberkatan Ini





Friday, June 27, 2014

Program Sentuhan Kasih Felda


Sambutan Hari Ibu Dan Bapa - MIC Mahsan


Majlis anjuran MIC Caw. Mahsan Jaya dengan kerjasama MIC Caw. Ladang Bahau. Majlis bertujuan meraikan sambutan sempana hari ibu dan Bapa serta menyampaikan sumbangan berupa bungkusan barangan dapur kepada 50 orang golongan warga emas (ibubapa) yang terpilih. 

YB Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Abdul Samad, di dalam ucapannya mengajak semua untuk menghormati kepada kedua ibubapa dan menyayangi negara demi mewujudkan suasana harmoni dan makmur serta menjalani kehidupan dengan aman dan sejahtera

Ramadhan Muncul Kembali

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jempol, Cik Nurfasliza Binti Salleh Dan Barisan Exco Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam Terutama Di Bahagian Jempol .. Moh Kito Poso Yo...

Tuesday, June 24, 2014

MERAIKAN ANAK YATIM & BUKA PUASA



Mesyuarat Penyelarasan Majlis Berbuka Puasa & Meraikan Anak Yatim Bersama YB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Abdul Samad, Pengerusi Felda Merangkap Ahli Parlimen Jempol Anjuran Yayasan Felda

Objektif Program

Program meraikan anak yatim merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Yayasan Felda sejak 10 tahun lepas.Program ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial Kumpulan Felda bukan sahaja kepada warga peneroka malah kepada seluruh rakyat malaysia 

Setiap tahun Yayasan Felda akan menganjurkan Majlis Meraikan Anak Yatim dan sehingga kini hampir semua anak yatim di negeri semenanjung Malaysia telah diraikan. Yayasan Felda akan memperuntukkan sejumlah dana  untuk diagihkan kepada anak yatim/fakir bagi membantu menambah ceria menyambut Syawal dengan sedikit sumbangan duit raya

Pada tahun ini 2014, Yayasan Felda akan meraikan anak anak Yatim dari kawasan Parlimen Jempol yang dikenalpasti oleh wakil setempat dan anak anak yatim di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Daerah Jempol

Pada kali ini, program Parlimen Jempol  dilaksanakan dengan kerjasama Tuan Pegawai Daerah serta Ketua Ketua Jabatan Daerah Jempol. kelangsungan ini akan memperlihatkan hubungan komunikasi dan jalinan mesra antara kepimpinan politik & komuniti serta pentabiran daerah

Majlis Berbuka Puasa & Meraikan Anak Yatim Akan Diadakan Seperti Berikut :-

Tarikh :- 18 Julai 2014 ( Jumaat )
Tempat :- Masjid Besar Tuanku Mukhriz, Jempol
Masa :- 5.00 Petang

Sebuah Impian Segunung Harapan

Pemimpin Kena Berani Berjuang Untuk Rakyat
Rakyat Akan Lebih Berani Berjuang Untuk Pemimpin ...

Tak Kira Besar Atau Kecil
yang Penting Berjasa Kepada Rakyat
Yang Menjadi Dasar Barisan Nasional

Dari 22 Julai 1955  Sehingga 5 Mei 2013
Rakyat Tidak Pernah Gagal Melantik Kerajaan Barisan Nasional Sebagai Pemerintah
Jempol Tidak Pernah Gagal Memastikan BN menang

Hanya Doa, Hasrat Dan Harapan
Sebuah RTC Untuk Kegunaan Semua
" SATU HENTIAN PELBAGAI PERKHIDMATAN "
Agar Jempol Tidak Ketinggalan....




Monday, June 23, 2014

MAJLIS PENYERAHAN CERMIN MATA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JEMPOL


MAJLIS PENYERAHAN CERMIN MATA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JEMPOL

Bertempat Dewan Besar Pejabat Tanah dan Daerah JEMPOL, Bandar Seri Jempol, JEMPOL. 
Majlis disempurnakan oleh Dato Shamsulkahar bin Md Deli ( ADUN Serting / Ahli Exco Kerajaan NS ).

Kehadiran seramai lebih kurang 250 orang. Turut hadir Datuk Zurainah Binti Musa, Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad.Majlis adalah menyampaikan cermin mata kepada 201 orang pelajar sekolah rendah yang terpilih di daerah JEMPOL. 

Pemberian cermin mata ini adalah hasil  daripada perancangan Pergerakan Wanita UMNO  Pusat bagi membantu para pelajar mendapatkan cermin mata secara percuma dan mengatasi masalah penglihatan pelajar dalam pembelajaran. 

Cermin mata tersebut disumbangkan oleh Berjaya Corporation Berhad Sebahagian Khidmat Masyarakat Syarikat tersebut.