Tuesday, June 24, 2014

MERAIKAN ANAK YATIM & BUKA PUASA



Mesyuarat Penyelarasan Majlis Berbuka Puasa & Meraikan Anak Yatim Bersama YB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Abdul Samad, Pengerusi Felda Merangkap Ahli Parlimen Jempol Anjuran Yayasan Felda

Objektif Program

Program meraikan anak yatim merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Yayasan Felda sejak 10 tahun lepas.Program ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial Kumpulan Felda bukan sahaja kepada warga peneroka malah kepada seluruh rakyat malaysia 

Setiap tahun Yayasan Felda akan menganjurkan Majlis Meraikan Anak Yatim dan sehingga kini hampir semua anak yatim di negeri semenanjung Malaysia telah diraikan. Yayasan Felda akan memperuntukkan sejumlah dana  untuk diagihkan kepada anak yatim/fakir bagi membantu menambah ceria menyambut Syawal dengan sedikit sumbangan duit raya

Pada tahun ini 2014, Yayasan Felda akan meraikan anak anak Yatim dari kawasan Parlimen Jempol yang dikenalpasti oleh wakil setempat dan anak anak yatim di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Daerah Jempol

Pada kali ini, program Parlimen Jempol  dilaksanakan dengan kerjasama Tuan Pegawai Daerah serta Ketua Ketua Jabatan Daerah Jempol. kelangsungan ini akan memperlihatkan hubungan komunikasi dan jalinan mesra antara kepimpinan politik & komuniti serta pentabiran daerah

Majlis Berbuka Puasa & Meraikan Anak Yatim Akan Diadakan Seperti Berikut :-

Tarikh :- 18 Julai 2014 ( Jumaat )
Tempat :- Masjid Besar Tuanku Mukhriz, Jempol
Masa :- 5.00 Petang