Wednesday, July 14, 2010

sejarah ringkas Felda Raja Alias 3

Felda Raja Alias 3..dahulunya dikenali sebagai Felda Serting 3..mendapat nama dari bekas pengerusi felda iaitu Tan Sri Raja Alias..mula dibuka pada 1977 dan menerima kemasukan peneroka pada julai 1983..

Terletak di tepi jalan Bahau-Triang, bersempadan dengan Felda Raja Alias 1 dan Air hitam..dgn tanah seluas 1147.84 hektar..Felda Raja Alias tersergam megah.sebagai salah satu daripada 316 buah felda yg wujud dalam Malaysia..

felda raja alias3 adalah salah sebuah rancangan dalam felda digugusan raja alias..terletak dalam mukim serting ilir,daerah jempol, negeri sembilan darul khusus...

pekan yg terdekat adalah pekan bahau yg jaraknya lebih kurang 8 km...walau bagaimanapun.
kini bandar seri jempol membangun dengan pesat dimana disinilah terletak nya pusat pentadbiran daerah..iaitu pejabat daerah jempol dan majlis daerah jempol...

felda raja alias 3 terletak dalam kawasan DUN serting yang diwakili oleh Dato' Shamsul Kahar Bin Mohd Deli...manakala kawasan parlimen diwakili oleh Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin...

sekarang ini pengurusan felda raja alias dipimpin oleh seorang pengurus iaitu En Yusof Bin Bakar dan jumlah peneroka ialah seramai 259 orang..penduduk seramai lebih kurang 1500 orang...

aku mula menapakkan kaki ku di felda ini pada 27/7/1983...waktu itu terlalu sukar ku rasakan..tapi kini setelah 27 tahun berlalu..aku sangat sayangkan felda..penduduknya maju bersama arus pembangunan yg disusun teratur..mengikut acuan yg cuba dibentuk oleh allahyarham Tun Abdul Razak..kini..Felda Raja Alias 3..gemilang..