Friday, August 13, 2010

KPG ( Kadar perahan Gred ) sawit...

ini adalah yg sempat aku copy dari komen didalm laman fb ( anti anwar ibrahim club ) yg beri komen nih bernama mohd fathudin..sila baca dgn teliti....

Aku dah baca...

"Menurut peguam Sivarasa Rasiah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus"...

hai... manalah dapat 24 hingga 25 peratus???... Mari kita berkongsi sedikit maklumat...

Setandan buah sawit secara teorinya memang mempunyai sebanyak 22%-25% kandungan yield atau minyak yang terdapat di dalamnya mengikut kawasan, baja yang digunakan, tanah dan sebagainya. Ini termasuk minyak yang terdapat di dalam tandan kosong, minyak yang terkandung di dalam tempurung dan minyak pada PKC. Secara teorinya, minyak di dalam sabut kelapa sawit di anggarkan sebanyak 20% hingga 22% dan selebihnya terdapat pada tandan kosong, tempurungnya dan isirong sawit.

Kadar perahan sawit (OER) adalah sememangnya kurang daripada nilai teori disebabkan banyak faktor.

Faktor 1) Tidak mungkin untuk memerah 100% daripada jumlah minyak yang ada dalam kelapa sawit. Mana-mana kilang sawit juga tidak akan dapat 100% OER. cth seperti makanan, tak mungkin badan kita akan menyerap 100% nutrisi yang terdapat dalam makanan, mesti akan ada yang tertinggal walau sesihat manapun badan kita. Antara kilang yang terbaik di Malaysia yang dipunyai oleh Sime Darby kadar OER paling tinggi adalah 95%.

Faktor 2) Kebanyakkan kilang sawit tidak memperoses minyak yang terdapat pada tandan kosong disebabkan ketidak ekonomi untuk menyediakan fasiliti berbanding hasil yang diperolehi... secara teorinya, terdapat 0.8% hingga 1.2% minyak tedapat pada tandan kosong sawit, tetapi kaedah yang terbaik yang terdapat di pasaran hanya dapat mengeluarkan 50% minyak pada tandan. Jika tidak di proses, maka kadar OER perlulah di tolak dari baki yang terdapat pada tandan kosong.

Faktor 3) Buah kecil dan mempunyai kadar minyak yang rendah disebabkan kurang nutrisi pada pokok.

Faktor 4) Pokok kurang baik disebabkan kurang baja dan penghasilan yield yang rendah.

Faktor 5) Buah muda.

FELDA terkenal kerana mempunyai fasiliti kilang yang tercanggih di negara kita dan mempunyai ladang paling besar di dunia, namun kadar perahan OER di FELDA memang menunjukkan kadar yang rendah. banyak faktor yang saya tahu berlaku di FELDA dan kelima-lima faktor di atas banyak disebut2 menjadi faktor mengapa kadar perahan minyak di kilang FELDA adalah rendah. Terdapat beberapa kilang dan kawasan yang kadar OER sangat rendah mencecah 17% hingga 18% disebabkan sikap peneroka sendiri yang tamak menjual buah muda, malas membaja, malas membersihkan kawasan, dan sebagainya... ladang FELDA milik peneroka juga agak terkenal dengan buahnya yang kecil (gred B) berbanding ladang milik Sime Darby disebabkan kurang nutrisi yang betul. Kadar penggunaan baja hanya separuh dari kadar yang sepatutnya... Ini semua adalah faktor peneroka sendiri.

Oleh yang demikian, kadar perahan minyak sawit di FELDA adalah rendah dan nilai 19% mungkin bertepatan. Kadar perahan yang di rekod oleh Sime Darby adalah sekitar 20%-21%. Perbezaan 1% disebabkan oleh faktor di atas.

Untuk pengetahuan, kenaikan kadar OER sebanyak 1% tidak memberi impak yang banyak kepada peneroka FELDA disebabkan mereka hanya berjaya menghasilkan kira2 16-20 tan sawit sehektar setahun. Seorang peneroka mempunyai 10 ekar atau 4 hektar tanah sawit setiap orang. maka perbezaan pendapatan yg diperolehi hanya sekitar RM 140 sebulan (jumlah ini belum tolak upah memproses oleh kilang), serta bayaran kepada kerajaan berdasarkan kenaikan OER. Dianggarkan hanya separuh boleh diperolehi oleh peneroka iaitu tambahan RM 70 sebulan. Tetapi pendapatan dapat ditingkatkan dengan penggunaan jumlah baja yang betol dan kedah penanaman yang berkesan. penggunaan baja yang betol dapat meningkatkan hasil sawit kepada 24-28 tan sawit sehektar (cth ladang lain di Malaysia). perbezaan 8-10 tan setiap hektar ini memberi perbezaan pendapatan bersih sebanyak sehingga RM 700 setiap bulan setelah ditolak baja, upah baja dan sebagainya juga berdasarkan harga semasa sawit.

Jadi kepada para peneroka yang terlibat, peluang untuk menang dan dapat duit secara mudah RM260K seorang adalah sukar dan tidak betul kaedah yang digunapakai. Sepatutnya nak duit lebih, berusaha lah lebih untuk tingkatkan hasil. Semaklah fakta dengan betul dahulu sebelum bertindak... 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"...

Tambahan lagi, peneroka juga dibayar gaji atau elaun RM500 sebulan ketika proses tanam semula sawit dijalankan selama 3 tahun sementara menunggu sawit berbuah... (masa ni tak payah jual sawit pon dapat duit, so, mana datang duit tu??) yang ini nak beri balik pada kerajaan tak??