Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati Ku

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Monday, January 31, 2011

BANJIR OH BANJIR....



SELEPAS SEMINGGU HUJAN MELANDA DAERAH JEMPOL, AKHIRNYA BERMULA MALAM TADI TERDAPAT BEBERAPA KAMPUNG DISEKITAR DAERAH JEMPOL TELAH MULA DINAIKI AIR...DIFAHAMKAN BEBERAPA KELUARGA DAN PENDUDUK TELAH DIPINDAHKAN DITEMPAT YG SELAMAT...ADA YANG DIBAWA KEBALAI RAYA DAN ADA JUGA YANG MENUMPANG DIRUMAH SANAK SAUDARA...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MEMBANTU MANGSA BANJIR...TERIMA KASIH BOMBA DAN PERTAHANAN AWAM JPA3..TAK LUPA JUGA KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG MEMBANTU MANGSA BANJIR




SESAMBIL TUH LAYAN VIDEO LAGU YANG DINYANYIKAN OLEH HARUN SALIM BACHIK..TAJUKNYA BANJIR...SOBA JOW LAHHHHHHH...

Friday, January 28, 2011

AXL'S andai dapat ku undur masa

Sunday, January 16, 2011

BILA SEMBOYAN DAH DITIUP...

NORMALA SAMSUDIN ( TIGA DARI KIRI ) BERSAMA-SAMA DATO' DR WAN AZIZAH BIN WAN ISMAIL..


PAS letak calon wanita tanding DUN Tenang

Exco Dewan Muslimat PAS pusat Normala Sudirman dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Pemilihan Normala, 38, seorang bekas guru sekolah menengah diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Labis malam ini.

Pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor. Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. Barisan Nasional akan mengumumkan calonnya Rabu ini.

Tuesday, January 4, 2011

APABILA DUA PEMIMPIN DUDUK BERSATU....





SALAM SATU MALAYSIA...
Redup mata memandang bila 2 pemimpin masyarakat jempol duduk dan bersama-sama dalam majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim didalam felda raja alias 3....


YB Dato' HJ Lilah Bin HJ Yasin, Ahli Parlimen Jempol yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Jempol dan YB Dato' Shamshulkahar Bin Mohd Deli,Exco kerajaan negeri sembilan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting,telah bersama-sama menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian serta wang tunai.Melihat dan mendengar sendiri segala permasalahan masyarakat didalam Felda Raja Alias 3..
Ini telah membuktikan pada masyarakat Felda Raja Alias 3 dan kawasan sekitarnya bahawa mereka tidak salah ketika memilih pemimpin mereka pada masa PRU-12 yang lalu..Mereka juga membuktikan pada umum bahawa mereka adalah jentera BN yang sentiasa berpadu berpegang teguh diatas prinsip BN itu sendiri iaitu "BERJASA KEPADA RAKYAT"
Ini juga menutup mulut-mulut yang mengatakan 2 pemimpin ini berseteru sesama sendiri, malah didalam majlis tersebut jelas terpancar senyuman dan keakraban sesama mereka....
semoga jempol maju jaya