Sunday, January 16, 2011

BILA SEMBOYAN DAH DITIUP...

NORMALA SAMSUDIN ( TIGA DARI KIRI ) BERSAMA-SAMA DATO' DR WAN AZIZAH BIN WAN ISMAIL..


PAS letak calon wanita tanding DUN Tenang

Exco Dewan Muslimat PAS pusat Normala Sudirman dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Pemilihan Normala, 38, seorang bekas guru sekolah menengah diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Labis malam ini.

Pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor. Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. Barisan Nasional akan mengumumkan calonnya Rabu ini.