Oh Ibu~
ada satu cerita yang di copy paste.
Cerita interesting pagi tadi.
Tadi ada appointment kat hospital PPUM. Masa tunggu nombor dipanggil, ada seorang makcik yang umur dalam 60an, jalan pelan2 dengan tongkat dan membongkok, bersama anak pompuannya dalam lingkungan 22 tahun. Diorang duduk dekat dgn tempat saya duduk. Anak dia mengomel: "Dah sejam tunggu.. letih la mak.."
selang beberapa minit: "Aduh.. bosannye tunggu lama camni.."
selang beberapa minit: "Sakit pinggang tunggu macam ni.."
selang beberapa minit: "Buat rasa mengantok je laahh.."
Tiba-tiba makcik tu berkata, (sila baca dengan nada perlahan, lemah lembut, dan penuh sayu):
"Masa mak mengandungkan kau 9 bulan, satu saat pun mak tak pernah mengeluh, Mira"
BAAAMMM..!!!! Terdiam minah tu. Dan ayat tu seriously umpama beribu2 anak panah menikam jantung & hati saya. Terkesan sangat. Lalu termenangis kat situ..