Thursday, October 11, 2012

Bila Gendang PRU berbunyi...Hudud akan bernyanyi...


PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA

Pelaksanaan hukum Hudud bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Di sebuah batu bersurat yang bertulis dengan tulisan Jawi yang telah dijumpai di suatu tempat berhampiran Kampung Buluh di Sungai Tersat, Kuala Berang di Hulu Terengganu yang mana tarikhnya ialah 22 Februari 1303 bersamaan dengan 4 Rejab 702 A.H. disebutkan:-

“Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu dimatikan.”

Namun, selepas di kaji melalui bacaan buku Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia karangan Ahmad Mohamed Ibrahim, dapatlah disimpulkan bahawa tidak ada undang-undang Malaysia yang mengikut hukum Hudud atau menggunakan hukum Hudud secara tepat seperti yang disyari’atkan. Sebagai contoh dinyatakan bahawa apabila berzina, hukuman had yang sepatutnya dikenakan dalam Hudud adalah dirotan 100 kali bagi pesalah bukan muhshan, dan direjam sampai mati bagi pesalah muhshan. Namun dalam undang-undang Malaysia, pesalah zina dan rogol dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan tidak melebihi 10 sebatan dan denda di bawah Seksyen 46(2) (cabul), Seksyen 10 (sumbang mahram), Seksyen 11 (zina), dan Seksyen 16 (kehamilan di luar nikah) dalam Kanun Jenayah Syariah 1985, serta Seksyen 375 dan 376 (mengenai rogol) dalam Kanun Keseksaan.

Undang-undang Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri. Ini bermakna kuasa perundangan dan pentadbiran undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Badan yang berkuasa untuk membuat undang-undang berkaitan agama Islam adalah Dewan Undangan Negeri. Keadaan ini menjadikan setiap negeri perlu membuat enakmen tersendiri berkaitan perundangan dan pentadbiran Islam selagi mematuhi Perlembagaan dan tidak melangkaui sebutan-sebutan dalam Undang-undang rasmi negara.... JADI APA LAGI ALASAN PAS UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN??UMNO TIDAK PERNAH TOLAK HUDUD TAPI UMNO MENOLAK HUKUM HUDUD ACUAN PAS YANG JAUH MENYIMPANG.... DEKAT PILIHANRAYA HUKUM HUDUD PUN DI PALU SELESAI PILIHANRAYA,BISU TIDAK BERSUARA



- Sumber Suara Generasi Baru