Wednesday, October 17, 2012

Pertugas Sosial Felda Perlu lebih Berani...



Pertugas sosial perlu lebih berani dan mesra menjadi penghubung diantara warga felda dengan pentadbiran felda.Mereka perlu menjadi penyampai maklumat kepada peneroka dan warganya, menyampaikan hasrat peneroka kepengetahuan pentadbiran felda dan kerajaan


Pertugas sosial Felda berperanan menjalankan dasar Felda ditanah rancangan ,diantaranya melaksanakan kerja -kerja pembangunan masyarakat peneroka dan warganya meliputi bidang pendidikkan, ekonomi, keselamatan,keceriaan kampung, menangani gejala sosial dan lain-lain. Petugas sosial perlu lebih agresif supaya tranformasi kearah kesejahteraan keluarga dan masyarakat peneroka dapat dicapai.


Peranan yang dimainkan oleh Pertugas Sosial ini yang telah membawa banyak kejayaan kepada Felda. Kerjasama dan Penyatuan pemikiran antara Pertugas Sosial dan Komuniti Felda di tanah rancangan menghasilkan Kemakmuran dan Kesejahteraan hidup warga Felda....

TERIMA KASIH FELDA...