Thursday, January 17, 2013

Osah la...Ustaz Fathul Bari Pon Kahwin Lari Ko...??

Semalam, para pecacai Pakatan Rakyat cuba bikin gempar dan cuba memalukan Fathul Bari, pemimpin muda UMNO yang sangat lantang menyanggah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin dan para pengikut PAS.

Beramai-ramai ler mereka menyiarkan sekeping surat pengesahan pernikahan antara FATHUL BARI dengan ISTERI KEDUAnya, MARIA JOY ERLANO dengan harapan persepsi dapat dibina, kononnya Fathul Bari melarikan anak dara orang dan bernikah di Thailand, destinasi popular untuk pernikahan yang lebih mudah berbanding di Malaysia.
Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Fathul Bari Sendiri mengenai kes tersebut

                 

Berbeza dengan kes-kes popular melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim yang membawa lari anak dara orang dan diancam muncung senapang oleh bapa mertuanya, Fathul Bari pula tidak berbuat begitu. Dia sebaliknya mengislamkan seorang wanita Kristian, melalui pelbagai halangan dari negara asal wanita tersebut untuk pengesahan pertukaran agama dari Kristian ke Islam, berkahwin dengan saksi abang wanita berkenaan yang terlebih dahulu masuk Islam, dipinang oleh abang wanita berkenaan, bahkan membawa isteri pertama dan keduanya untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Ramadhan tahun lepas, Fathul Bari telah pun membuat kenduri perkahwinan dengan isteri keduanya secara sederhana atau lebih tepat lagi, berdasarkan kemampuannya. Justeru, bagi ANJING PENJILAT DAP yang cuba menyindir, kononnya elok kalau Fathul Bari membuat majlis perkahwinan besar-besaran di PWTC, Fathul Bari telah menawarkan kepada mereka untuk menjadi dan mencari penaja untuk tujuan berkenaan.

Dan memandangkan para pecacai Pakatan hanya mengeluarkan sekeping surat yang bertujuan untuk menimbulkan persepsi dan berkecenderungan melakukan fitnah, Fathul Bari telah membenarkan blog ini menyiarkan sebahagian lagi dokumen yang berkaitan untuk 'kemudahan' puak-puak berkenaan... dan ianya merupakan salinan daripada dokumen-dokumen sebenar, bukannya photostat!!!










Dan untuk pecacai Pakatan yang seronok sungguh dengan sekeping surat pemberian orang dalam Jabatan Agama Islam Terengganu itu untuk disiarkan, Fathul Bari juga ada doanya kepada mereka walaupun dia tidak berhajat untuk menyaman mereka. Doa tersebut diambilnya daripada doa Syaidina Saad bin Abi Waqqas r.a, seorang Sahabat Nabi s.a.w ketika dikatakan tidak menjalankan tugasnya dengan baik oleh seorang lelaki.

"Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya mereka ini pembohong dan pendusta dan bertujuan jahat, maka panjangkanlah usia mereka, panjangkanlah kefakiran mereka, dan timpakanlah ke atas mereka fitnah."

semua sumber ini aku ambil dan boleh didapati di the flyingkick.blogspot.com (Disini)