Sunday, January 13, 2013

Saya Mahu Terus Berjuang....


















Presiden FAM, KDYMM Sultan Ahmad Shah tidak melayan desakan supaya baginda berundur sebaliknya KDYMM tuanku menegaskan masih banyak tugas yang belum selesai bersama badan induk kebangsaan itu.

" Saya akan meneruskan tugas sebagai Presiden. Saya seorang Pejuang dan banyak perkara berkaitan bolasepak yang perlu saya selesaikan," Ujar KDYMM Tuanku.sekali gus  menjawab desakan ditimbulkan sekumpulan penyokong tegar bolasepak negara yang menuntut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran kegagalan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala AFF

Memorundum diserahkan kepada KDYMM Sultan Ahmad Shah, supaya Tuanku terus memimpin FAM, diserahkan sendiri oleh Pengerusi Badan bertindak Penyokong Presiden FAM, Saudara Mohd Hafizan Hassan yang mengetuai 103 orang penyokong yang sempat hadir,mewakili berbagai badan NGO serentak dengan laungan " DAULAT TUANKU"

KDYMM Sultan Ahmad Shah sempat beramah mesra dan bergambar dengan Badan Bertindak Penyokong Presiden FAM,