Thursday, November 8, 2012

Bicara CSL



1) Saya merujuk kepada mainan politik Pakatan Rakyat berhubung pendirian MCA terhadap hudud PAS. Mereka BERBOHONG mendakwa MCA menyemai ideologi Islamophobia.

2) Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bhari berhubung perkara ini dan MCA tidak menentang pelaksanaan undang-undang hudud berasaskan kepada sumber-sumber Islam yang benar dan menerima penjelasan beliau.

3) Perlu saya tegaskan di si
ni bahawa apabila MCA menimbulkan persoalan hudud PAS, kami TIDAK MENGHINA ISLAM sebaliknya kami mempersoalkan hudud versi PAS. Isu ini dipolitikkan dan dimanipulasikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat bila mereka menyamakan parti politik (PAS) seolah-olah agama (Islam).

4) Selalu saya tegaskan bahawa pendirian Pakatan Rakyat tentang isu ini adalah tidak konsisten. Pengerusi DAP Karpal Singh mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung keputusan Baginda menukar Pengarah JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) dan Baginda menekankan bahawa ia tidak seharusnya dipolitikkan. Walaubagaimanapun, dalam kes MCA menentang hudud versi PAS, pembangkang cuba mendesak campurtangan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia SPB YDP Agong untuk kepentingan politik mereka.

5) Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar konsisten untuk menjuarai isu Islam dan umatnya, mengapa mereka membisu dan berdiam diri apabila Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham secara TERANG-TERANG MENGHINA ISLAM apabila mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam yang berdemonstrasi menentang Sam Bacile sebagai membuang masa dan tenaga? Amat pelik ramai pimpinan PAS membela dan mempertahankan kenyataan beliau. (Ngeh Koo Ham)

6 ) MCA berjuang bersama-sama Rakyat Malaysia menuntut kemerdekaan dan terlibat sama dalam pembangunan Negara sehingga kini dan TIDAK PERNAH SEKALI PUN mempertikaikan Islam dan penganut-penganutnya.

7) MCA menghormati semua agama Buddha, Kristian dan Hindu serta menghormati sensitiviti umat Islam di mana ISLAM ADALAH AGAMA BAGI PERSEKUTUAN.

8) BUKTINYA, MCA menyokong penuh pembinaan-pembinaan masjid, institusi-institusi Islam seperti kemudahan dan insfrastruktur mengerjakan Haji, penubuhan dan pelaksanaan Pusat Pungutan Zakat, sekolah-sekolah agama, perbankan Islam dan penerapan nilai-nilai Islam di dalam sistem pentadbiran dan dasar-dasar Kerajaan. MCA tidak pernah menentang dan senantiasa memberikan sepenuh sokongan serta amat memahami bahawa ISLAM ADALAH AGAMA BAGI PERSEKUTUAN dan AGAMA-AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN BEBAS SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

9) Rakyat perlu sedar bahawa pada Pilihanraya 1986, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pada ketika itu Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan telah menerbitkan manifesto bahawa HUDUD AKAN DIKUATKUASAKAN KE ATAS BUKAN ISLAM.
Pada mukasurat 5 (Lima) manifesto tersebut menyatakan bahawa Hudud akan dikuatkuasakan di Negeri Kelantan tanpa mengira agama, bangsa dan darjat melainkan di dalam perkara-perkara spiritual (ibadat-ibadat khusus) dan kekeluargaan. Pada mukasurat 24, ia menyatakan hak seorang bukan Islam adalah sama dengan umat Islam di dalam hal yang berkaitan dengan sivil dan jenayah dan inilah amalan sebenarnya di dalam hudud. MCA akan mendesak Pakatan Rakyat untuk meletakkan Hudud di dalam manifesto pilihanraya mereka pada PRU 13 berdasarkan apa yang telah PAS nyatakan pada 1986 berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan hudud yang meliputi umat Islam dan bukan Islam atas semangat demokrasi.

10) MCA juga mencabar PAS dan PKR berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang telah menyatakan "langkah mayat aku dahulu sebelum menjadikan Negara ini sebagai Negara Islam". Apakah kenyataan tersebut tidak boleh dianggap menghina Islam??? Bagaimana kenyataan Ngeh Koo Ham yang 'tweet':
“Are Muslims Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )? is that considered an insulting statement towards Islam?

11) MCA sekali lagi mencabar DAP berhubung pendirian mereka di dalam isu hudud. Apakah mereka akan bersama-sama MCA di dalam menentang hudud versi PAS? Sekiranya mereka tidak mahu bersama kami, mereka sewajarnya berhadapan dan menjelaskan kepada Rakyat bahawa:
"DAP MENYOKONG SEPENUHNYA PAS BERHUBUNG ISU HUDUD INI."
Moga DAP menyahut menghadapi cabaran ini dan menyatakan pendirian mereka.

12) Akhirnya, sebagai Presiden MCA, sukacita saya tegaskan bahawa parti ini mendokong sepenuhnya prinsip-prinsip demokrasi. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat perlu meletakkan Hudud versi PAS sebagai manifesto mereka di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Sekiranya ia diterima dan disokong oleh Rakyat Malaysia, MCA akan MENGHORMATI KEPUTUSAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek
Presiden MCA.

sumber di dihttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=382415278505494&set=a.332020273544995.76869.331865920227097&type=1