Wednesday, November 21, 2012

Lagi Bukti Felda Jual Minyak Sawit Ke..... Israel!!!


Ustaz Nor Azizuddin Abdul Manan wrote:
HUBUNGAN DAGANG M'SIA-ISRAEL : ISU PENJUALAN MINYAK KELAPA SAWIT

1. Alhamdulillah, seharian saya berada di hadapan laptop, mencari, mengkaji dan menyelidiki maklumat berkenaan hubungan dagang M'sia-Is
rael yag heboh diperkatakan. Puncanya bermula daripada laman blog Cikgu Bard yang mengatakan M'sia menjual minyak kelapa sawit kepada Isreal, bagaikan mendapat peluru ditangan, blogger dan pencacai "Syaitan Bertopeng Muka Manusia" menyalahkan BN dan Kerajaan M'sia atas isu ini.

2. Agak mencabar untuk saya menulis isu berkaitan ekonomi, pagi tadi saya ke Perpustakaan Awam P.Pinang Sbrg Jaya, saya mendapatkan beberapa buah buku mengenai ekonomi dan "bertapalah" saya disitu dengan anak sulung saya, Ihsan.

3. Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut, saya tegaskan disini bhw M'sia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Haram Israel, walaupun begitu berdasarkan kepada perjanjian Multilateral Trade Relations WTO yang dimetrai pada tahun 1995 (tahun itu juga M'sia secara sah menjadi Ahli dalam WTO, rujuk link :http://www.wto.org/english/thewto_e/countries_e/malaysia_e.htm). Perjanjian ini merujuk kepada hubungan dagang dlm pelbagai pihak dgn tujuan menggalakkan perdagangan bebas dalam dunia globalisasi. Satu lagi perkara yang paling penting dalam soal hubungan dagang M'sia-Israel terdapat satu terma yang dilaksanakan oleh Kerajaan M'sia iaitu : Mengikut Akta Larangan Kastam 1967,semua jenis barangan yang hendak dieksport/diimport ke/dari Israel memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Kem. Perdagangan A'bangsa & Industri (MITI).

4. Dalam ertikata lain, segala urusan import-eksport yang keluar dari M'sia ke Israel atau sebaliknya perlu mempunyai "alasan yang kuat untuk dibenarkan transaksi keluar-masuk barangan itu ke/atau dari Israel". Sebagai cth : barangan yang terpaksa diimport dari Israel ialah mesin2 teknologi tinggi yang tiada diproduksi di negara lain dan pengilang tidak mempunyai pilihan ,maka pihak pengilang mengimport teknologi itu dari Israel tetapi dlm pada masa yang sama mereka perlu melalui beberapa prosuder tapisan. Seperti yang dinyatakan dlm akta di atas, kerajaan M'sia juga perlu menjaga kepentigan kepada pengilang-pengilang atau pelabur2.

5. Perlu juga saya nyatakan pengilang2 @ pelabur2 yang mempunyai hubungan industri dengan Israel adalah terdiri dari pelabur2 luar negara (Foreign Investor) yang merancakkan ekonomi domestik. Teknologi2 yang dibawa oleh pelabur2 ini ada yang dalam proses pengeluaran dan ada yang berkaitan dgn teknologi yang berasal dari Israel , misalnya teknologi berasaskan mikrocip semikonduktor dan antara syarikat yang terlibat ialah Intel (sbg contoh). Andaikata kerajaan M'sia bertegas dalam soal ini spt mengenakan sekatan industri (embargo) tanpa memikirkan kerugian bakal ditanggung pengilang/pelabur2 ini, maka pelabur akan keluar dari Malaysia , impak masa hadapan akan menimbulkan keraguan pelabur2 asing yang lain untuk melabur di Malaysia (Bad Impression). Walau bagaimanapun kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan M'sia ini hanyalah sebagai langkah terakhir, dan pengilang2 ini tak boleh sewenang-wenangnya mengimport/mengeksport barangan2 dari/ke negara Israel tanpa melalui prosedur yang ditetapkan dalam Akta Kastam 1967 yang telah saya nyatakan.

6. Walaupun terdapat data yang dikeluarkan oleh Direktorat Jeneral Kesatuan Eropah Untuk Perdagangan (DGEUT sumber :http://ec.europa.eu/trade/about/) yang mengatakan M'sia adalah rakan dagang ke-25 (Import) dan ke-11 (Eksport) pada tahun 2010, perlu dinyatakan juga ia melibatkan syarikat2 luar yang melaburkan dan membuka perniagaan di M'sia sbg cth dalam isu Minyak Kelapa Sawit ini ialah Wilmar International Co. Ltd yang membuka 5 syarikat berorietasikan Minyak Kelapa Sawit seperti DUBOIS NATURAL ESTERS SDN BHD, NATURAL OLEOCHEMICALS SDN BHD, NATURAL SOAPS SDN BHD, NATURAL WAX SDN BHD dan PGEO GROUP SDN BHD. Bukan sahaja Wilmar I'ntl yang terlibat dalam industri minyak kelapa sawit malahan terdapat lebih 10 buah syarikat A'bangsa yang terlibat dalam industri ini bahkan syarikat2 ini juga pengeksport terbesar minyak kelapa sawit ke seluruh dunia termasuklah ke Israel. Jangan salahkan FELDA semata-mata dalam isu ini. Sumber : http://econ.mpob.gov.my/economy/exporters/EID_exporter.htm

7. Agak menarik perhatian saya dalam laman blog Cikgu Bard mengenai usaha Israel menyimpan stok minyak sawit hingga boleh mengawal harga adalah agak melucukan, kenyataan yang dibuat tanpa mengambil kira fakta pengeluaran negara2 pengeluar sawit di dunia dan jumlah import minyak sawit Israel berbanding negara2 lain menunjukkan kebodohan yang nyata. Data daripada Indexmundi.com jelas menunjukkan M'sia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit ke-5 TERBESAR diDUNIA dalam ISRAEL sebenarnya tidak terdapat langsung dalam senarai negara2 pengeksport minyak kelapa sawit. Sumber :http://www.indexmundi.com/agriculture/?commodity=palm-oil&graph=production

8. Masakan mungkin Israel mahu menjadi spekulator dalam menentukan harga minyak kelapa sawit dunia sedangkan masih terdapat 10 negara terbesar pengeluar minyak kelapa sawit dunia yag menjadi "pemain" dalam industri ini termasuklah M'sia. Fakta ini boleh jadi bakal memakan kembali daging lidah Cikgu Bard kelak.

9. Pencacai PAS yang 'amuk' dalam dinding fb saya tanpa usul periksa, kaji selidik sekaligus membuat konklusi mengatakan bahawa "Malaysia menghantar minyak sawit TERUS ke israel.
(dari Tanjung pelepas Terus ke israel) sedangkan di Malaysia tk cukup minyak sawit. Minyak sawit yg dihantar ke israel tu diambil dari mana? Dari byk tempat dlm malaysia ni, FELDA adalah salah satu daripada nye... (Sumber IOI Group) apa kaitan nye?". Inilah tahap mentaliti pencacai PAS dan Pakatan, sedarkah mereka bahawa urusan pembekalan minyak kelapa sawit berlaku di kilang, pelabuhan adalah tempat produksi penyerahan bekalan yang dibeli oleh negara2 lain untuk dibawa dengan kapal ke sana. Dakwaan M'sia menghantar terus minyak kelapa sawit itu menimbulkan persoalan, syarikat mana yang terlibat dlm urusan penjualan itu (selain FELDA) dan syarikat mana di Israel yang menerima pesanan minyak sawit tersebut ?. Selain Felda, telah saya nyatakan terdapat lebih 10 syarikat lagi yang terlibat dengan industri, rujuk link diatas. Jika FELDA terlibat dalam penjualan minyak sawit ke Israel, saya pasti FELDA telah mematuhi prosedur dibawah Akta Kastam 1967. Tetapi, Dato' Ahmad Maslan menafikan segala produk FELDA pernah dijual ke Israel tetapi wujud penjualan ke Palestine.

10. Jika masih mahu mengatakan FELDA pernah menjual minyak kelapa sawit ke Israel, ianya melibatkan Pelabuhan Ashdod, Israel kerana sebuah syarikat di Palestine iaitu Ajjawi Commercial Stores Company telah memesan barangan itu daripada FELDA. Mengapa menggunakan pelabuhan Ashdod ?, hal ini kerana Isreal mengenakan embargo laut, udara dan darat ke atas Palestine, jadi segala penghantaran barangan ke Palestine mesti melalui pelabuhan Israel terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke Palestine melalui jalan darat Israel.

11. Fakta yang menarik yang boleh dikongsikan bersama ialah, Palestine juga mempunyai syarikat pengeluar minyak kelapa sawit iaitu Vegetable Oil Industries Co. (VOIC) yang bersekutu dengan Palestine Industrial Invesment Compame (rujuk link : http://www.piico.ps/etemplate.php?id=66) tetapi bahan mentah untuk memproses minyak kelapa sawit itu didapati daripada syarikat IFFCO yang berpusat di Dubai UEA yang mana syarikat ini telah menjalinkan hubungan dengan Felda Global Venture (FGVH). IFFCO merupakan rakan dagang M'sia-UAE yang berasaskan minyak kelapa sawit, rujuk link : http://www.iffco.com/iffco_international_malaysia.html. Jadi tidak hairanlah jika minyak kelapa sawit ke Palestine dihubungkan melalui Ashdod dek kerana embargo yang dikenakan oleh Israel. Dalam pada masa yag sama juga, M'sia turut menyumbang dalam perkembagan ekonomi Palestine !, ini FAKTA !.

12. Kesimpulannya, kadang2 saya terfikir juga, jadi pencacai Pakatan amat senang sekali, hanya perlu "dengar" kemudian "publish" tanpa mengambil kira fakta, data dan analisis Itulah bahananya jika akal mendahului ILMU. Jadi, memang munasabahlah ALLAH menurunkan wahyu pertama yang dimulai dengan IQRA' dalam ertikata lain ALLAH mahu manusia ini mengkaji, menyelidik, menganalisis dan sebagainya bukan semberono membuat interpretasi dan konklusi tanpa ILMU.

p/s : saya bukan menunjuk pandai dalam bab ekonomi tetapi melihat 'kebodohan' melampau pencacai PAS dan Pakatan membuatkan saya rimas dengan karenah mereka. Allahumma Asyhad !.
WTO | Malaysia - Member information
wto.org
MEMBER INFORMATION: Malaysia and the WTO - This page gathers key information on Malaysia's participation in the WTO. Malaysia has been a WTO member since 1 January 1995.
 Sumber:http://www.facebook.com/groups/jombersamawargafelda/permalink/368213563272662/