Saturday, December 15, 2012

Apa...Bapak Mertua Afdlin Shauki Pembangkang??

Berikut adalah tulisan Afdlin Shauki di wall Facebook beliau


Semasa saya di Gazza, saya di beritahu oleh sahabat saya di sana yg salah satu sebab utama kenapa kebanyakan pejuang mujahideen briged al-qassam (kecuali ketua-ketuanya) memakai topeng adalah untuk mengelakkan fitnah. Fitnah yang mungkin berbunyi "ala si polan tu masuk al qassam tu saja aja nak tunjuk terror"...." ataupun, "dia ni ada kepentingan masuk al-qassam ni"... Fitnah dari mulut orang yg suka JUDGE seseorang tanpa mengenal isi hati dan nawaitu seseorang itu. Jadi untuk nak mengelak dari org membuat fitnah dan orang buat dosa kering, diorang pakai topeng. Sampai begitu sekali mereka ingin mengelakkan perbuatan fitnah ini.


Di Facebook ni pulak ramai yg bertopengkan avatar profil mereka tapi sangat mudah mereka yang suka melemparkan fitnah! 



Saya rasa tak perlu kut, kta memfitnah org jika kita tak ada fakta dan hanya dengar cerita dari kawan-kawan ataupun apa yang kita baca di internet yg tak pasti kesahihannya. Sedangkan yang Maha mengetahui (Allah SWT) akan membalas setiap kejahatan dan kemungkaran. Tak perlu kita menuduh, memburukkan sesiapa.



Jadi macam orang Palestin, bersangka baik pada orang yg berusaha berbuat baik, tak kiralah apa fahaman politiknya.



Saya percaya PAS dan PKR ada ramai org yg baik-baik dan hebat-hebat. Ramai sahabat saya mempunyai ideologi politik berbeza dari saya dan kami masih bersahabat baik. Untuk pengetahuan anda semua bapa mertua saya sendiri pun dalam barisan Pembangkang. Tapi takde pulak kami ni saling membenci, malahan kami mahukan benda yang sama kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan bagi Malaysia ini. Apa yang salah kita akan kata salah (walaupun parti kami sendiri). Yang betul kita sokong. 


Tak kira BN atau PKR, jangan termakan hasutan dan fitnah dari mereka-mereka yang menjual kebencian dan perpecahan. Kita rakyat Malaysia. Semua di sini adalah saudara kita. Terutama sekali juga bagi semua umat islam di malaysia ni. Saya benci POLITIK jika ianya menghala ke arah perpecahan kita.

Baiklah positif positif selalu.

Wallahhu alam.






Boleh layari disini