Baru ni aku ke satu majlis di Felda. Sengaja aku pergi sebab nak bercampur dengan pakcik-pakcik peneroka Felda ni. Aku ke Felda Ijok di Selama, Perak...
Aku lepak je kat tepi sekumpulan peneroka. Dari perbualan mereka yang rancak, aku dapat tahu bahawa mereka ni semua ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan di kalangan mereka ada juga Ahli Lembaga KPF yang ada kuasa mengundi pada EGM koperasi tu nanti...
Makin lama makin rancak. Makin lama makin hangat dan kuat volume suara mereka...
Actually, diorang tengah bercakap pasal penyenaraia FGVH di Bursa Malaysia. Heh! Siapa cakap pakcik-pakcik peneroka tu tak tahu pasal saham?! Heh!!! Rupanya, diorang hangin satu badan kat Mazlan Aliman (ANAK).
Kata mereka, semua peneroka yang berhak dan merupakan ahli KPF sebenar setuju sangat dengan penyenaraian FGVH tu. Kerajaan dah jamin semua bantuan, imbuhan, bonus, duit raya dan yang paling penting, tanah peneroka, tidak akan diusik sama sekali. Malah mereka akan dapat seperti biasa tiap-tiap tahun...
Dengan penyenaraian ni, depa dapat side income lebih tiap-tiap tahun! Macam ASB tu..!!! Ye laaa...Felda ni kan dapat suntikan dana dari Kerajaan. Lagi pun, Najib yang juga anak kepada Bapa Felda, Tun Razak, takkan la nak ranapkan Felda? Dan tentu la beliau jaga Felda dan peneroka. Lagi pun peneroka ni semua "fix deposit" BN!
Depa kata, puak-puak Mazlan Aliman ni bukan semua ahli KPF pun. Orang luar! Depa kata, Mazlan Aliman ni takut semua peneroka Felda dapat durian runtuh dari kerajaan dan itu akan menyebabkan masyarakat Felda sokong kepimpinan BN sampai bila-bila...selanjutnya
@aku kata...juak juak mazlan aliman ni..cuma tahu nak huru harakan jer...masuk keluar tabur cerita jaja fitnah...bila tak bagi masuk marah..kata tak tahu undang undang...abih tuh ANAK tuh tubuh ikut undang undang ker...Perwakilan KPF semua jangan terpedaya dengan dakyah ANAK dan Mazlan Aliman...Juak Juak tuh saja nak gagalkan...kerana mereka takut dan marah sebab Peneroka masih lagi menyokong Felda dan Kerajaan....wakakakakakaka