Tuesday, December 18, 2012

PENEROKA TAK BODOH....


GEMPARRR..!!! BOSS KPF 'HILANGKAN' BERPULUH JUTA DUIT 112,365 PENEROKA DAN KAKITANGAN FELDA..???!!!
Bina kecemerlangan & kegemilangan PENEROKA FELDA atau SILVER BIRD?

Sebagaimana ditulis di sini, dikatakan wujud 'duri dalam daging' yang sabotaj PM dan peneroka Felda. Dan di sini pula adalah 'subjek' yang menunjukkan ada kepincangan, penyalahgunaan kuasa dan tindakan berkepentingan oleh 'duri dalam daging' di dalam KPF tersebut...

Sebagaimana kita tahu, KPF memegang amanah dan duit seramai 112,635 dan beribu kakitangan Felda di seluruh negara. KPF juga merupakan pemegang saham ketiga terbesar di dalam syarikat Silver Bird selepas Tabung Haji dan Berjaya Group.

Walaupun Berjaya Group (milik Vincent Tan) tu kaya raya, tapi KPF merupakan pelabur yang "paling baik hati" di dalam syarikat SILVER BIRD.

Pada awal pelaburan sekitar tahun 2005, KPF hanya melabur dan memiliki saham sebanyak 3,123,100 saham. Pada pelaburan awal yang dibuat oleh KPF (masa tu KPF bukan di bawah DZ dan kroni-kroninya), KPF berjaya mendapat dividen 4% pada tahun 2005.

Aku difahamkan bahawa itulah yang pertama dan kali terakhir KPF dapat habuan dari pelaburannya di syarikat itu.

Tapi, selepas tahun 2009 di mana DZ dan kroni-kroninya mengambil alih KPF, tiba-tiba KPF punyalah ‘bijak’ dan ‘baik hati’ menambah pelaburan secara mendadak! 3 tahun tak dapat hasil pelaburan, tiba-tiba tambah pelaburan di syarikat tu? Pelik...!

Tahun 2009, DZ baru join lead Felda dan KPF. Pada tahun 2009, DZ tambah pelaburan dan KPF memiliki saham berjumlah 29,542,333, Pada tahun 2011 pula, DZ punya "pandai" tambah lagi pelaburan KPF dalam Silver Bird sebanyak 51,642,333 ataupun 13.36%.





Baru-baru ni, Silver Bird dilaporkan menggantung pengarah urusan kumpulan, pengarah eksekutif dan pengurus besar atas tuduhun penyelewangan kewangan yang berkemungkinan mencecah RM111.5 juta.

Silver Bird..tahu roti High-5? Haaa...yang tu laaa..


Silver Bird juga memaklumkan bahawa anak syarikat miliknya - Standard Confectionery Sdn Bhd, Stanson Marketing Sdn Bhd dan Stanton Bakeries Sdn Bhd gagal dalam pembayaran balik kemudahan perbankan, berjumlah kira-kira RM5.37 juta kepada peminjam mereka yang terdiri daripada Bank Islam Malaysia Bhd, Malayan Banking Bhd dan CIMB Bank Bhd.

Akibat skandal tersebut, pelaburan KPF Holdings Sdn Bhd dilaporkan menyusut melebihi RM10 juta..!!! DZ boleh ganti balik ke duit 112,635 peneroka yang dia hilangkan tu?

Persoalannya, kenapa dah tahu Silver Bird tu rugi berjuta-juta dan tak mampu bayar dividen pada pelabur, KENAPA DZ "PANDAI SANGAT" TAMBAH PELABURAN KPF DALAM SILVER BIRD..???

Kenapa DZ dan konco-konconya tak rujuk dulu dengan konsultan kewangan terlebih dahulu sebelum melaburkan duit para peneroka?

Kenapa tak tengok dulu prestasi dividen Silver Bird sebelum DZ melaburkan duit rakyat kat situ?

Aku difahamkan bahawa KPF langsung tak ada wakil dalam lembaga pengarah Silver Bird. Kenapa tak letak wakil sedangkan KPF merupakan antara pemegang saham terbesar?

Nak tahu kenapa? Sebab, aku difahamkan bahawa DZ memang baik dengan Boss Berjaya Group...

Bagaimana baiknya DZ dengan Boss Berjaya Group sehingga sanggup melabur banyak dalam syarikat yang menyebabkan peneroka kehilangan wang berpuluh juta ringgit akan aku jelaskan kemudian...heh!

Tunggu je...aku nak korang faham isu ni betul-betul. Kasi suspen sikit...heh!

Sumber : Duke