Monday, December 3, 2012

Ayuh Anak Muda Jempol....Baktimu Ditagih..Jasamu Dituntut



Ayuh Anak Muda Jempol, Lentera Perjuangan Kian Marak...Baktimu Ditagih...Keringatmu Dituntut.
Kita Sepatutnya Sudah Bangun Dari Luka Semalam.Kita Mesti Lebih Berani Dari Semalam
Kerana Hari ini adalah hari kita...kerana kini kita yang berkuasa menentukan bangsa

Ingatlah Anak Muda Jempol
Kita bukan lagi budak hingusan yang sering menangis meminta gula-gula. Kita adalah kesasteria dibarisan hadapan..Kita adalah panglima mada hadapan...berdiri teguh bercerai kita roboh



Anak Muda Jempol
Hidup memerlukan perjuangan,perjuangan memerlukan pengorbanan
pengorbanan memerlukan ketabahan dan ketabahan memerlukan keyakinan
yakin dan percayalah
inilah landasan perjuanganmu...
keyakinanmu yang akan menentukan sebuah kejayaan
keyakinanmu menentukan kebahagiaan



Ayuh Anak Muda Jempol, Lentera Perjuangan Kian Marak...Baktimu Ditagih...Keringatmu Dituntut.
Kita Sepatutnya Sudah Bangun Dari Luka Semalam.Kita Mesti Lebih Berani Dari Semalam
Kerana Hari ini adalah hari kita...kerana kini kita yang berkuasa menentukan bangsa

Mari kita Pastikan Parlimen Jempol terus menjadi milik kita
Mari Kita Pastikan DUN Serting juga Milik Kita
Apatah lagi Dun Palong dan Jeram Padang..
Dan Bertekadlah kita untuk merampas kerusi DUN Bahau



Kita melayu merdeka...kita bangsa merdeka
jangan takut pada perjuangan..jangan bimbang pada pengorbanan
kerana kitalah Anak Muda Jempol
UMNO Dulu Kini Dan Selamanya.....