Sunday, December 16, 2012

Najib ikrar kerja keras untuk rakyat


SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan terus bekerja keras untuk rakyat, terutama generasi muda yang juga masa depan negara. 
Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi kerajaan menghulurkan teraju kepimpinan negara bila negara telah maju dan makmur. "Terima kasih kerana percaya kepada saya dan saya harap anda akan terus menyokong Barisan Nasional. 
"Kerajaan amat serius dalam menarik penglibatan belia kerana anda akan 
menjadi pemimpin negara kita satu hari nanti," kata Najib kepada peminat 
setianya yang berhubung dengan beliau menerusi Facebook yang dipanggil Ah Jib 
Gor, yang dalam bahasa Mandarin bererti abang Najib di sini, hari ini. 
Najib berharap belia tidak melakukan kesilapan bila memilih seorang perdana 
menteri dalam pilihan raya umum akan datang. 

"Tolong sokong BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang 
atau anda akan mendapat Ah Jib Gor atau abang yang salah," katanya sambil
disambut dengan sorakan 'Ah Jib Gor' daripada peminatnya. 

Najib yang turut menyampaikan sijil keahlian kelab, berharap 300 ahli kelab itu di Sandakan, yang dilancarkan pada September akan bertambah kukuh. - BERNAMA

"Tolong sokong BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang atau anda akan mendapat Ah Jib Gor atau abang yang salah," katanya sambildisambut dengan sorakan 'Ah Jib Gor' daripada peminatnya.