Sunday, December 23, 2012

ANAK diKU..nyah Dari Raja Alias......



Kesian kat kakak-kakak di Felda Wilayah Raja Alias ni, berpanas mereka menunggu kemunculan Mazlan Aliman. Hajat hati nak mintak sain autograf dan beri bendera BN kepada Mazlan sebagai cenderahati, tapi Mazlan tak muncul. JANJI TAK DITEPATI. Memang jenis tak boleh pakai si Mazlan ni.

Kembara ANAK cuma muncul di Felda Kepis, Rokan Utara dan Rokan Barat sahaja. Rupanya tak tahan juga peserta ANAK dengan  panas baran orang Felda. Baru mereka tahu penangan orang susah yang dah senang. Belumpun tengahari, Mazlan dan suku sakatnya dah membatalkan kembara mereka dan meninggalkan Wilayah Raja Alias. He...he...he...tu baru terantuk sikit aje kepala, belum pecah kepala lagi. Orang kalau nakal, tak mahu dengar cakap, memang begitu.


Baca Kat Sini














Hari ini, awal-awal pagi lagi, Kembara Oren ANAk telah dihalang dari menjual umpat dan fitnah oleh warga Felda Kepis, Gugusan Raja Alias. Khabarnya, puak-puak ni masih cuba lagi untuk berunding dengan para penduduk agar dapat jual umpat dan fitnahnya namun akhirnya terpaksa berundur apabila penduduk bertegas. Puak-puak ni memang ketegag tak reti bahasa!

Nampaknya semakin hari warga Felda semakin sedar topeng apa yang ANAK pakai. Alhamdulillah. Jagalah Felda anda yang telah memakmurkan hidup anda, yang telah mengangkat darjat anda, yang dahulunya anda cuma dipedulikan oleh orang UMNO dan BN sahaja, tetapi hari ini semua ingin menjadi jaguh untuk anda.

Mana-mana kengkawan dalam Felda yang masih tak kenal ANAK tu, terangkan kepada mereka. ANAK tu adalah anakharam PAS yang bersekedudukan dengan DAP. Itu sebabnya AJK PAS Pusat sanggup bermesyuarat untuk mengarahkan ahli-ahlinya menghadiri Himpunan Oren pada 28 Disember ini.

Percayalah, agenda mereka bukannya Isa Samad. Agenda mereka ialah memecah belahkan masyarakat Felda. Agenda mereka ialah meruntuhkan kekuatan ekonomi Melayu Felda. Kalau betullah agenda mereka Isa Samad, cehhh...korang ingat walaupun sebagai Pengerusi, Isa Samad boleh buat Felda macam bapak dia punya ke? Janganlah berfikiran bodoh macam Mazlan Aliman tu!...antara Melayu kesayangan DAP ( Sumber )