Saturday, January 4, 2014

Melayu..ayuh maju

kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 2014. dan musim persekolahan juga telah bermula.Harga barangan sedikit meningkat naik memeningkan kepala.Mana mahu menguruskan anak naik sekolah,begitu juga dengan keperluan dapur. Rata-rata ramai menyatakan tekanan dengan kenaikan harga barangan


Ramai yang menyalahkan pihak kerajaan kerana menarik subsidi minyak menyebabkan berlaku kenaikan kos operasi seterusnya berlaku kenaikan barangan keperluan. Namun berapa ramai yang cuba mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan sampingan bagi meringankan bebanan kenaikan harga barangan

"Dimana ada kemahuan di situ ada jalan" begitulah yang dilakukan oleh seorang peneroka Felda Palong 15 iaitu En.Kamarulzaman Bin Kamaruddin  yang mengusahakan tanaman tebu seluas 10 ekar di tanah ladang getahnya yang baru sahaja ditebang untuk proses mengantikan pokok getah yang baru. Sementara menunggu proses tanam semula ini,beliau dengan keyakinan yang tinggi telah mengusahakan tanaman tebu berserta dengan beberapa tanaman lain yang memberikan pulangan sampingan.

Tanaman tebu ini dijangka boleh dipasarkan pada bulan puasa nanti. Selain itu juga beliau ada menanam jagung dan kelapa matak. Usaha seperti in dilakukan oleh beliau untuk mencari pendapatan baru setelah pokok getah ditebang dan menjaga kesihatan kerana kita semua maklum warga peneroka merupakan mereka yang biasa bekerja berat diladang
Aku ingin menyarankan terutama kepada anak-anak peneroka yang tinggal di dalam kawasan Felda agar menggunakan kesempatan yang ada mencari pendapatan dengan mengusahakan tanah ayah mereka. Ayuh janganlah kita membuang masa. Marilah kita buktikan warga Felda sebagai komuniti contoh di luar bandar.ditambah pula dengan keadaan sekarang yang memerlukan kita berjimat cermat .jangan bimbang kerana setiap usaha gigih pastikan berjaya