Friday, July 4, 2014

Jempol Berpesta Gol

SRCC  ( Kelab Sukan Dan Rekreasi Parlimen Jempo ) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Jempol menganjurkan tayangan skrin besar perlawanan Bolasepak Piala Dunia Brazil 2014 di perkarangan stesen bas Bandar Seri Jempol.

Hampir 100 orang belia dan masyarakat setempat berkumpul beramai-ramai menyaksikan perlawanan antara Perancis dan Jerman memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka. Pihak penganjur juga menyediakan juadah bersahur kepada pengunjung.

Penganjur juga mengadakan cabutan bertuah dan teka coklat bola dan paling mengujakan pesta makan buah durian secara percuma kepada pengunjung. Tayangan ini bermula dari 5 Julai sehinggalah perlawanan akhir pada 14 Julai 2014

Penganjur menjangkakan pengunjung akan lebih ramai lagi pada perlawanan yang akan datang

Tahniah SRCC Parlimen Jempol
Tahniah Jabatan Belia Dan Sukan Jempol
Tahniah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol Dan Ajk