Wednesday, May 1, 2013

Isa Bagi Pukulan TKO kat Kak Ecah Janji Manihmu....












Palong 14- Ybhg Dato' Seri Utama Tan Sri Mohd Isa Bin Abdul Samad, hari ini mengajak semua warga felda di Parlimen Jempol agar memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional. ini kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberikan yang perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat terutama warga felda. Beliau yang merupakan calon BN P127 Jempol, berucap dihadapan 5,000 hadirin dalam majlis pelancaran " Projek Sentuhan Kasih FELDA"

 Sentuhan Kasih FELDA yang meliputi 3 komponen utama iaitu Pembangunan Rumah berkualiti tinggi, Projek Pertanian Bersepadu dan Pembangunan Infrastruktur Moden. Sentuhan Kasih FELDA dilihat mampu memperkasa generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar dengan menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk mereka. Projek Sentuhan Kasih FELDA ini disasarkan kepada golongan Generasi baharu FELDA yang tinggal di tanah rancangan dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri. Oleh yang demikian, program ini akan dapat mengurangkan masalah perpindahan dalam kalangan Generasi muda FELDA ke bandar. Selain itu ia juga salah satu cara untuk mencapai hasrat menjadikan FELDA sebagai penjana ekonomi utama masyarakat luar bandar menjelang tahun 2020.

Ybhg Tan Sri Mohd Isa, yakin dengan pengundi warga Felda yang akan berikan undi kepada Barisan Nasional bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada calon calon BN  N05 Dun Serting ( Ybhg Dato' Shamshulkahar bin Mohd Deli ),di N06 Dun Palong ( Ybhg Dato' H Lilah Bin Yasin ), dan  N07 Dun Jeram Padang ( En. Manickam ) manakala di N08 Dun Bahau, walaupon tidak ada rancangan felda di dalam Dun Bahau,beliau yakin pengundi akan memberikan undi kepada Barisan Nasional, kerana   rakyat sudah bijak dan matang, dan tahu hanya Barisan Nasional yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat jempol.

Selain, Projek Sentuhan Kasih FELDA, Felda juga akan membangunkan rumah untuk generasi baru felda di tanah-tanah rancangan felda yang mempunyai kekosongan lot tanah.Selain di Palong 14, Felda Juga akan membangunkan Projek Sentuhan Kasih Felda di Feldajaya Selatan, bandar Seri Jempol.

Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu mengotakan janji. " Janji Di Tepati " berbanding pembangkang hanya mampu menaburkan " Janji Manismu " namun tidak pandai mengotakan janji...dan pada 5hb Mei ini nanti, rakyat akan gunakan kuasa pada jari mereka bagi memberikan mandat bagi membentuk kerajaan yang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat malaysia khususnya warga felda,yang sentiasa dekat dihati YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak...

Ayuh, semua pengundi warga felda seluruh negara, sekiranya kita sayangkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak!!. Sekiranya Kita mahukan Dato' Seri Mohd Najib Sebagai Perdana Menteri Kita.!! Sekiranya kita mahukan Dato' Seri Mohd Najib terus memberikan limpahan kemajuan dan pembangunan felda...!!! UNDILAH BARISAN NASIONAL..pada 5hb Mei Nanti...jangan kita ragu ragu lagi....UNDILAH BARISAN NASIONAL...!!! UNDI BARISAN NASIONAL...!!!

*** Buek kak ecah, lopeh ni nak buek apo....nak sambung nyanyi ko..?? tolong nyanyikan lagu " melukut di tepi gantang kak...!!!***