Thursday, May 2, 2013

Sialllll.....Mengapalah Kau ni tak jadi binatang....



Pensyarah UPM Ugut Pelajar Supaya Sokong Pakatan Rakyat


May 2, 2013   ·   3 Comments

Empat Belas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuat laporan polis mendakwa mereka dipaksa dan diugut supaya membantu kempen Pakatan Rakyat. Mereka akan digagalkan dalam peperiksaan akan datang jika tidak berkempen untuk Pakatan. Pelajar ini turut menyertakan laporan audio kepada polis sebagai bukti.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Serdang petang tadi menyatakan Pensyarah subjek Pengurusan Makmal Sains (STE3504) YM Raja Ibrahim Dato’ Raja Brima Sulong mengugut mereka untuk merendahkan gred jika tidak terlibat dalam kempen PRU, dan akan meninggikan gred jika terlibat dalam kempen Pakatan.

Markah diberikan berdasarkan kekerapan mereka menghadiri kerja-kerja di markas PKR di Olak Lempik, Dengkil dan kemampuan mereka merekrut sukarelawan untuk PKR.
Pensyarah ini juga menyatakan siswa yang terlibat dengan sukarelawan parti Pas, DAP dan PKR boleh menggantikan keputusan ujian dengan kerja luar mereka itu.

Pensyarah ini juga dilaporkan membawa siswa keluar berkempen setiap hari sejak Parlimen dibubarkan. Mereka dikehendaki menyiapkan bilik gerakan, membuat dan mengedarkan risalah, menggantung poster, membuat “profiling’ pengundi dan meminta siswa menyamar sebagai ahli parti UMNO atau Pas/Pkr untuk mengetahui kecenderungan politik pengundi.