Friday, May 3, 2013

Palong Perlukan Pemimpin Yang Berjiwa Besar...


Tinggal sehari sahaja lagi, sebelum rakyat malaysia keluar mengundi bagi memilih siapa yang layak menjadi wakil mereka. Pelbagai usaha dilakukan sama ada dari Barisan Nasional sendiri mahupon dari Pas, PKR mahu pon DAP bagi menawan hati pengundi. Ada yang berkempen, ada yang buat walkabout, ada yang panggil artis..macam-macam caralah untuk menyampaikan hasrat calon bertanding meraih perhatian dan mencuit hati pengundi.

N06 Dun Palong, duduk dalam P127 Jempol, Negeri Sembilan. Calon Bagi Barisan Nasional ialah Ybhg Dato' Hj Lilah Bin Hj Yasin yang tidak asing lagi bagi orang jempol. Beliau merupakan Ketua Umno Bahagiam Jempol dan penyandang bagi P127-Jempol. Beliau juga pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Sembilan. cukup luas pengalaman dalam dunia politik dan banyak menabur jasa khususnya di Jempol.
Dari pemerhatian penulis, Ybhg Dato' Lilah seorang yang sangat kuat bekerja. teliti dan mencari sumber rujukan yang sahih setiap permasalahan rakyat. Setiap masalah akan didengar dengan teliti dan cuba diselesaikan sebaik mungkin. sekiranya beliau mampu menyelesaikan, akan segera diselesaikan dan jika tidak, akan dirujuk kepada pengetahuan pihak yang bertanggungjawab atau di sampaikan di sidang parlimen.

Penulis bagi satu contoh, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,telah berhasrat untuk membina sebuah mini stadium di gugusan Felda Serting Hilir. Beliau telah menulis surat kepada YAB Perdana Menteri, agar mempertimbangkan supaya lebih elok dibinakan setiap tanah rancangan Felda dibinakan Gelanggang Futsal Pelbagaiguna untuk digunakan oleh generasi baru felda dan idea ini dipersetujui dan hari ini kita boleh melihat di hampir setiap tanah rancangan felda mempunyai gelanggang Futsal.
Ybhg Dato' Lilah, seorang yang cintakan ilmu pengetahuan.sebab itu di Jempol ada 3 buah kolej iaitu Kolej Yayasan Felda ( yang baru sahaja dinaiktaraf ), Kolej Komuniti Jempol di Mahsan dan Kolej Komuniti Palong yang terletak di Gugusan Palong 4,5 dan 6. malah ada sebuah Giatmara Serting yang melatih anak-anak muda dengan kemahiran kejuruteraan. Kita di Jempol tidak menghadapi masalah untuk melatih anak pelajar untuk mendapatkan kemahiran sekiranya tertinggal dari segi pelajaran arus perdana.

Kepada Pengundi Di Palong,Sokonglah Calon Barisan Nasional N06 Dun Palong, Ybhg Dato' Lilah Bin Hj Yasin,seorang pemimpin yang berjiwa besar, penulis amat yakin banyak pembangunan yang akan di bawa oleh Beliau di palong sekiranya beliau di pilih menjadi wakil orang palong. Pembangunan Generasi Baru menjadi teras utama yang akan di bawa di palong selain memajukan insfrastruktur dan mentranformasikan palong ke arah mensejahterakan rakyat, felda dihati janji ditepati

Setiap Undi orang palong kepada Barisan Nasional samalah seperti mengundi YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul razak.Setiap Undi orang palong kepada Barisan Nasional samalah seperti kita mewarisi kemakmuran ini kepada generasi baru. Setiap Undi yang diberikan Kepada Ybhg Dato' Lilah samalah seperti kita memberikan palong pembangunan yang jitu demi kesejahteraan hidup masyarakat di palong. mari kita sama-sama memberikan kepercayaan kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak untuk terus memimpin kita mentranformasikan negara, mensejahterakan rakyat.sebuah janji ditepati..rakyat didahulukan percapaian diutamakan...

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN

*** Maleh nak tulih calon pkr palong, bukan leh bawa pembangunan dipalong pon sekadar membawa janji-janji yang tak pasti***