Friday, April 26, 2013

Bukan Saja Sepongkis, Seinci pon tak terusik...??















Felda Bukit Rokan Barat- " Tidak Seinci pon Tanah Peneroka yang tergadai," ujar Calon P127 Parlimen Jempol Ybg Tan Sri Mohd Isa Bin Hj Abdul Samad menjawab soalan yang di tanya wartawan mengenai kempen calon PKR N06 Palong, Sdr Rebin yang mengatakan penyenaraian saham FGVH, meyebabkan peneroka telah tergadai tanah yang mereka miliki.

Menurut Tan Sri Mohd Isa Bin hj Abdul Samad, Felda hanya memajakkan Tanah Felda Plantation, Bukannya tanah yang menjadi hak milik peneroka Felda. Beliau juga percaya, pembangkang terdesak untuk meracuni pemikiran warga felda demi meraih undi pada pilihanraya nanti. Inilah taktik taktik pakatan bagi memberikan gambaran yang tidak betul tentang felda.

Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan sepetang di Felda Bukit Rokan Barat, Melawat beberapa orang warga Felda Bukit Rokan Barat yang Uzur serta meninjau tanah tanah kosong yang boleh didirikan perumahan generasi baru.

Tan Sri Mohd Isa, ketika dalam ucapannya mengajak semua warga Felda di Bukit Rokan Barat supaya mengundi Parti yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan membangunkan negara. Sepanjang 56 tahun merdeka hanya Parti Barisan Nasional sahaja yang serius membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum, terutama peneroka felda, yang dahulunya datang dari golongan yang susah dan kini disegani. yang kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komuniti lain.

Malah kerajaan BN tidak jemu membantu warga felda dengan mengadakan beberapa program melahirkan usahawan dan memberikan pendidikan tinggi kepada generasi baru felda. malah bagi mereka yang ingin membesarkan rumah juga ada skim pinjaman pembesaran rumah yang disediakan oleh pihak felda..

*** 5hb nanti, peneroka,gpw,belia & beliawanis serta seluruh warga felda di Jempol akan memastikan kemenangan semua calon BN di parlimen jempol dan Dun-Dun didalamnya***

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN...!!!