Tuesday, April 16, 2013

ketua-Ketua Umno Cawangan Dalam N06 Palong Menyatakan Sokongan Pada Ybhg Dato' Lilah












Selepas 24 Jam, YAB Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan mengumumkan senarai calon yang akan membawa panji BN pada PRU 13 ni...Ketua-Ketua Umno Cawangan Di DUN Palong datang ke Bilik Gerakan parlimen Jempol bertemu YBhg Dato' Lilah bin Yasin, menyatakan sokongan padu dan mendokong  calon bagi menghadapi PRU13 ini.

Malah 2 orang yang disebut-sebut menjadi calon untuk N06 ( Palong ), iaitu Othman Parman ( Pak Lurah ) dan Naib Ketua Umno, Sdr Mustapha Nagoor turut hadir menyatakan sokongan terhadap calon yang telah di pilih Pucuk Pimpinan Parti dan berjanji akan memenangkan calon BN di Dun Palong.

Ybhg Dato' Lilah secara peribadi mengaku terkejut dengan pengumuman tersebut dan berjanji akan berusaha keras bersama sama dengan jentera parti  bagi memenangi kerusi DUN Palong ini. Ybhg Dato' juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh semua ketua-ketua cawangan Umno dalam DUN Palong. Ybhg Dato' Lilah akan meneruskan tradisi Barisan nasional yang membela rakyat, rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan,Janji Di Tepati.

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN