Friday, April 19, 2013

Tan Sri Isa Yakin Menang Di P127 Jempol












Ybhg Dato' Seri Utama Tan Sri Mohd Isa Bin Abdul Samad, Calon Barisan Nasional  Bagi Kerusi P127 Jempol menyatakan keyakinan akan menang pada Pilihanraya nanti berdasarkan sokongan padu yang diberikan oleh jentera pilihanraya Barisan Nasional Jempol. Malah ujar Beliau, bukan asing di Jempol ini kerana pernah menyandang sebagai Ahli Parlimen Jempol pada pilihanraya 2004 yang lalu.

Tan Sri akan di tentang oleh calon Pas yang merupakan penyanyi yang pernah populor dengan lagu janji manismu Wan Aishah Wan Ariffin,Manakala Dun 05 Serting, Penyandang Sebelum ini Ybhg Dato' Shammshulkahar Bin Mohd Deli akan di tentang wakil dari Pas, Sdr Rahman Ramli merupakan Yang Dipertua Pas Jempol dan juga seorang peneroka di Felda Raja Alias.

N06 Palong menyaksikan pertembungan antara Ybhg Dato' Lilah, Ketua Umno Bahagian Jempol dengan Calon PKR Sdr Birham. Di N07 Jeram Padang Menyaksikan pertembungan 4 penjuru, dimana 2 calon bebas bertanding dengan menggunakan lambang bunga dan ikan. Calon BN diwakili oleh Sdr Manikam, Manakala PKR diwakili sdr T. Kumar yang merupakan seorang peguam. Manakala di N08 Bahau, barisan Nasional diwakili Muka Baru, Dr Yee Mee Maa yang akan di tentang oleh calon DAP

Ybhg Tan Sri juga mengingatkan kepada semua jentera dan poyokong Barisan nasional supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR..

Hidup BN...Hidup BN...Hidup BN