Friday, April 5, 2013

Fairuz Mangsa Janji Manismu...???

Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar. 

 Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-
Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)

Sebelum ini nama  Pemuda Pas Jempol ( FAIRUZ ) disebut akan bertanding di Parlimen Jempol...namun selepas pengumuman yang dibuat oleh Mat Sabu menoktahkan segala spekulasi selama ini.