Saturday, April 27, 2013

Israel di serang......??

Berjuta-juta belalang menyeberangi sempadan mesir, menuju ke israel menimbulkan kebimbangan negara itu akan dibelenggu serangan serangga tersebut. Serangga tersebut telah merosakkan pelbagai tanaman di mesir dan israel mengambil langkah berjaga-jaga

Laporan mengatakan, serangga terbabit hanya tertumpu di kawasan selatan Israel tetapi ia turut dilaporkan kelihatan di merata tempat.

Amaran serangan belalang menjelma sewaktu menjelangnya perayaan Pesach (perayaan yang disambut masyarakat Yahudi).

Menteri Pertanian Mesir berkata, belalang yang melintasi negaranya merupakan sebahagian daripada penghijrahan yang normal dilakukan dari utara timur Sudan ke Arab Saudi.

Dia turut menekankan bahawa negara Mesir hanya bertindak sebagai ‘stesen pemindahan’ belalang terbabit yang mempunyai jumlah besar tahun ini.

Serangga terbabit yang tertumpu di ladang pertanian terutama di Giza dan Kaherah, menyebabkan berlakunya kerosakan yang besar.

Sekali gus, mencetuskan kebimbangan merebaknya masalah sedemikian ke Israel.

*** Inilah balasan dari Allah SWT akibat kekejaman dan kejahatan Zionis. Apabila Belalang Juta ini menyerang sememangnya banyak kerosakkan pasti yang akan berlaku. Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau seberat jisim badan mereka setiap hari...***
.